Monday, March 14, 2016

Pekebun Kecil

Minggu lepas Ladybird Organic Farm di Broga telah menerima lawatan daripada sekumpulan pekebun kecil dari Ampang.

When I say pekebun kecil I really mean it. Literally.

Pekebun kecil yang ceria. Mungkin rahsianya terletak di kepala. Arnab ada rimau ada beruang ada. Perlu dicontohi pekebun seluruh Malaysia.

Cara-cara buat baja organik menggunakan tahi lembu. Si leng lui aku rasa duk jauh-jauh tutup hidung. Aih...

Dah belajar siapkan tanah dan baja, belajar menyemai benih. Si leng chai tak nak usik tanah. Terbang angan-angan mama nak anak mama berkecimpung dalam pertanian.

Lepas tu benih tu akan bercambah jadi baby sawi. Aktiviti yang tak payah usik tanah baru nampak muka si leng chai ni.

Baby sawi akan dipindahkan ke tanah untuk membesar dengan sihat dan kuat.

Perbincangan para pekebun sambil jalan ala drama Melayu.

Bila sawi dah matang semua pekebun kecil dibenarkan menuai. 

merancang komplot?
Dan rusuhan berlaku. Kami bukan herbivor!!

Para pekebun: give us the big fat hen or you'll burnt by our superpower! Everybody fire!
Uncle geng ayam: o ok, guys, easy... easy..

Fine, u guys can feast on this big fat chicken.
This is what we call food. Not that greeny leafy thing. (ouch!).
Penat menuai atau penat makan?
mimpi sayur atau mimpi ayam?

Kesudahannya semua ibu bapa dapat stok sawi untuk dua minggu.

Mmbeekk...

***

Kredit kepada cikgu Lily untuk semua gambar.




Wednesday, March 9, 2016

Kenapa Politikus Berbohong


Politikus mencipta kebohongan baru untuk menutup pembohongan lama.

Oleh itu pembohongan yang kita dengar daripada mereka adalah bukan yang pertama.

Dan dibohongi oleh mereka adalah satu bentuk penghinaan.

Hancing.

Monday, March 7, 2016

Musibah dan Kata

Aku paling takut nak bercakap dengan orang yang ditimpa musibah.

Rasa macam susah nak cari perkataan yang sesuai yang boleh membantu meringankan beban perasaan orang tu.

Ayat kegeraman dan trending untuk orang yang ditimpa musibah selalu yang aku dengar 'sabarlah'.

Aku rasa ayat tu macam sedikit annoying. Lebih-lebih lagi kalau musibah tu besar. Maaf, aku cuma berterus-terang. Bukan ayat tu tak elok tapi macam tak kena tempat.

Sabar? Memang dia tengah bersabar lah tu. Kau ingat dia tengah buat apa? Kau tak pernah rasa bolehlah kau cakap sabar.

Hehe. Bukan marah korang. Tu contoh yang orang tu mungkin rasa tapi dipendamkan aje dalam hati.

Ayat bersabar kadang rasa macam orang yang cakap (yang tak pernah rasa pun musibah macam tu) nak menunjuk ajar macamana nak menghadapi musibah. Annoying tau.

Orang yang ditimpa musibah memerlukan sokongan. Tapi aku rasa kita  gagal nak bezakan antara sokongan dan nasihat.

Hasilnya kita TERjadi kaunselor jadian yang TERlajak prihatin nak bagi nasihat, tunjuk ajar, dan tips untuk menangani beban perasaan ditimpa musibah.

Waktu-waktu paling sukar macam tu rasanya cukup kalau kita bagi pelukan, dan mendengar.

Kalau tiada kata-kata yang sesuai untuk diucap aku rasa diam itu lebih baik.

CCTV Mounting yang Selamba

Sambil-sambil tunggu bot incek papa snap gambar sebagai lampiran report untuk pn mama. Hehe.

Tiba-tiba hari ni baru pn mama terperasan sesuatu.

Sesuatu yang buat pn mama tepuk dahi laju-laju.

Alkisah, pn mama sedang berkecimpung dengan satu projek lain - platform preservation. Jadinya platform tu akan jadi platform tanpa manusia dan dikawal dari jauh.

Jadi pn mama tengah perah otak selak-selak semua gambar-gambar dari site untuk cari stuktur yang sesuai untuk mount cctv dengan cara clamp sebab nak elakkan hot work (weld).

Benda putih kat sebelah kiri gambar tu macam menyindir aku.

Seolah-olah berkata : ko penin2 pikir, ko tampal je cenggini pakai gam gajah.

Sekali rupanya taruk cenggini kat handrail pun boleh.

Saturday, March 5, 2016

Nak Kena Cium?

Antara bahagian kesukaan mamanya kat hensem kecit ni adalah tang mulutnya.

Kalau nak selfie ngengada pun tak payah susah-susah nak buat-buat duck face kekunun cumel.

Lagi best bila mamanya hulur pipi dan cakap cium sini sikit dan dia datang dan mulut dia yang seksi melekat kat pipi dengan sound effect yang dia buat. Mmuahh...

Tapi sebelum tu kenalah sediakan kain lap sebab lepas cium akan ada kesan sampingan di pipi.


Bibir yang menggiurkan. Jangan kata kau tak tergoda.

Ha apa? Nak cium? Berani?