Friday, April 8, 2016

Penjelajahan Angkasa yang Tidak Kesampaian dan Harapan Baru


Ada dua apps dalam hp aku yang si leng chai itu suka. Satu, macam budak-budak lain - Youtube.

Dua - Google Earth.

Dia sungguh kagum dengan globe yang dia boleh pusing-pusing tu dan cari Ampang kat peta Malaysia. Dia pusing-pusing globe dan kagum dengan kutub selatan dan macam-macam soalan keluar. Dia takjub bila tahu bahawa bumi itu bulat dan besar. Aku kata kat dia bumi itu Allah yang buat.

Aku belum cerita lagi yang bumi itu ada orbit, bumi itu terapung tanpa tali, dan segala macam fakta menakjubkan yang aku sendiri pun takjub. Sistem solar pun aku belum bukak cerita. Sebab cerita pasal kutub utara yang aku tak tahu apa tu pun tak habis-habis sebab budak ini macam kakaknya suka bagi soalan berantai dan rantaian dia memang panjang dan kalau salah jawab boleh buat aku terbelit.

Korang faham kan macamana kalau budak lima, nam tahun mula tanya satu soalan bermaksud ada berpuluh-puluh lagi soalan lanjutan walaupun jawapan asalnya cuma memerlukan ya atau tidak.

Soalan kedua akan pergi kepada kenapa lepas tu kenapa lagi lepas tu kenapa lagi lepas tu lagi-lagi kenapa sampai kita naik bosan diorang akan tukar pulak soalan macamana. Huk huk.

Walaupun kau jawab 'tak tahu' jangan ingat kau boleh terlepas daripada rantaian soalan tu sebab soalan lepas tak tahu adalah 'kenapa tak tahu'? Adoyyai.

Berbalik kepada Google Earth. Bila tengok budak ni kagum dengan planet bumi buat aku teringat aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Aku lupa bila aku mula tahu bahawa bumi ini sebuah planet bulat yang terapung mengorbit matahari tapi masa tu aku memang sungguh takjub dengan bulan dan bintang di langit malam dan tenggelam dalam keasyikan dan keajaiban kosmos. Eceh...

Masa tu ada satu set ensiklopedia kulit tebal bergambar yang mak beli sebelum aku pandai membaca lagi yang aku suka baca dan ulang baca sampai lebam terutamanya buku Alam Semesta. Tetiba teringat ni nanti balik kampung nak cari ada lagi ke buku ni. Hehe.

Aku suka pandang langit malam. Kebetulan rumah kampung masa tu bilik airnya luas dan berbumbungkan langit jadi di situlah aku duduk mencerap langit. Sambil pandang ensiklopedia tu aku cari bintang dan peta bintang dan buruj yang macam dalam gambar tu tapi aku tak pernah dapat cari semua.

Mungkin sebab kecondongan bumi atau bintang-bintang tu hanya boleh dilihat di hemisfera utara atau selatan. Entah. Satu-satu yang aku boleh cari dengan senang cuma tali pinggang orion tu je. Senang sangat tu. Ha ha.

Lepas tu aku buat alat ukur bintang tiru macam yang dalam ensiklopedia tu tapi tak pernah faham macamana nak guna.

Sayangnya bila aku mula sibuk nak UPSR aku tinggalkan semua tu dan lepas masuk sekolah menengah aku tenggelam dalam perlumbaan mengejar A dan ranking. Padahal mak ayah tak kisah pun kalau A tak banyak. Aihh..

Sekarang aku harap aku tidak menjadikan anak-anak sebagai trofi untuk aku bangga-banggakan.

Lambat pandai takpe, lambat catch silibus pun takpe, janji ilmu tu diorang faham dan melekat dalam hati dan diorang tahu bila dan macamana nak gunakan.

Mungkin sebab tu bila diorang tak berapa faham homework yang cikgu bagi aku suruh diorang tutup buku dan main. Lepas tu diorang akan main building block atau melukis atau mewarna atau main dengan kit eksperimen sesi tahun lepas. Ye lah, homework tu kalau siap tapi tak faham lebih baik tak payah buat walaupun betul. Kan kan kan.

Tapi kalau ada masa aku tolong la ajar. Kalau ada masa la.. Hee..

Kalau nanti diorang ada minat yang takde dalam silibus buku sekolah aku harap diorang tak dihanyutkan arus trend mengejar ranking dan meninggalkan impian mereka di pinggiran.

Aku harap juga nanti diorang tak menjadikan aktiviti bersekolah dan menuntut ilmu itu tujuannya sekadar untuk cari kerja. Rugilah kalau macam tu. Nanti jadi macam aku.

Lagi aku harap biarlah penyakit suka bertanya itu berkekalan dan harap-harap cikgu-cikgu diorang nanti sabar dengan segala pertanyaan.

Harap-harap impian jadi kenyataan.

*****

Malam tadi diorang tengok cerita Tomorrowland yang aku rekod. Banyak betul soalan dia. Fuh..

Wednesday, April 6, 2016

Kebetulan

Sebagai seorang blogger, pernah tak korang publish satu entri tentang sesuatu topik yang kau tak tahu pun sebenarnya sedang panas.

I just did.

Baru malam tadi aku tau betapa hangat isu tudung dan ada nasihat dari seorang ustaz untuk melabuhkan tudung.

Kebetulan sungguh.

Tuesday, April 5, 2016

Tak Wajib Bertudung

Setuju dengan pendapat ustaz Azhar Idrus.

Bertudung itu tak wajib.

Yang wajib ialah menutup aurat.

Kalau bertudung tapi tak menutup aurat (macam aku zaman aku jahil dulu-dulu. Huk.) tak ke nampak pelik.

Lagi pelik bila bertudung tapi akhlak berterabur.

Dah pakai tudung tiba-tiba rasa takbur sebab pakai tudung mahal yang bukan semua orang mampu beli.

Tak salah nak melawa tapi kalau dah sampai merosakkan hati (rasa ujub dan riak) eloklah cepat-cepat taubat. Kan kan kan.

Jadi meh lah kita sama-sama tengok cermin. Dada-dada yang gebu tu kasi tutup.

*****

Surah Al-Araf, Verse 26:
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

O children of Adam! We have indeed sent down to you clothing to cover your shame, and (clothing) for beauty and clothing that guards (against evil), that is the best. This is of the communications of Allah that they may be mindful.


 Al-'A`rāf:26 - Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Monday, April 4, 2016

Lebih Salah


Kadang-kadang (atau mungkin selalunya) respon kita terhadap sesuatu kesalahan adalah lebih salah daripada kesalahan itu sendiri.

Kalau korang rasa korang faham sila bagi contoh di ruang komen.

Friday, April 1, 2016

Kitalah Punca Masalah

Pendapat aku ini datang dari pemerhatian aku sebagai orang biasa-biasa.

Jadi kalau ada yang salah dan ada potensi sesat lagi menyesatkan (nauzubillah) diharapkan kamu, kamu, dan kamu tolong sedarkan aku supaya kembali ke pangkal jalan insya Allah.

Ok berbalik kepada tajuk - apa masalah orang Islam ni sebenarnya?

Maksud aku, Islam adalah agama yang sempurna (I mean it), indah (I mean it too), walaupun mungkin tak semua yang disyariatkan dalam Islam itu kita suka tapi ya Islam itu the ultimately perfect religion.

Konsep ketuhanannya ultra sempurna.

Kitab sucinya ultra jitu.

Undang-undangnya sungguh adil dan saksama.

Tapi imejnya sungguh tercemar.

Sana-sini ada orang takut Islam.

Sana-sini orang Islam bawak masalah.

Apekehel?

Ok, abaikan seketika faktor-faktor syaitonirrojim dan segala faktor-faktor di luar Islam.

Kalau nak betulkan faktor luaran sampai bila pun tak selesai.

Macam nak dakwahkan syaitonirrojim supaya kembali ke pangkal jalan.

Nampak tak betapa gila idea nak membetulkan pandangan masyarakat terhadap Islam dengan meletakkan masalah tu datang dari luar dan nak kena repair dari luar.

Jadi meh tengok faktor dalaman.

Islam agama yang sempurna jadi macamana boleh ada faktor dalaman?

Haa tu lah. Perasan bagus sangat. Itu pun salah satu punca juga.

Eh, jangan la pulak tuduh aku kata Islam tu ada cacat cela.

Islam itu sempurna tapi yang mencacatkannya adalah Muslim.

Ya. Orang Islam sendiri yang mencacatkan agama Islam. Er dengan kata lain - KITA.

Kita maksudnya kamu, kamu, kamu, dan AKU.

Yang namanya Islam tapi bulat-bulat tolak Islam tu dah satu hal.

Yang bermuka-muka pun satu hal lagi. Asal cakap quote ayat quran, dah cambetul dah, dah tu cakap pasal wasatiyyah, tabayyun, kesatuan ummah lah bagai, cambagus dah. Tapi rupanya itu sekadar percubaan nak sembunyikan bangkai.

Lagi satu, yang ni kita sebagai orang biasa selalu buat - Kita praktik Islam sekerat-sekerat.

Buat sekerat tinggal sekerat.

Yang patut buat tapi kita tak buat kita buat-buat tak perasan.

Yang buat sekerat kita tonjol-tonjolkan macam besar sangatlah amal yang kita buat.

Masalah tu.

Contoh buat sekerat ikut Islam sekerat ikut nafsu:

Solat, puasa, semua buat tapi makan rasuah. Pang! Penampor sejibik.

Namanya imam tapi lepas solat duk serambi surau sambil hisap rokok sambil mengutuk (baca: mengumpat) pemimpin negara dan rambut bininya. Krik krik krik..

Pakai tudung tapi bila duduk kat belakang nampak spender. Ada gambar stroberiberi.

Baca quran tak faham lepas tu buat-buat faham lepas tu berkobar-kobar nak bom orang. Ah bingai.

Cakap pasal hudud berdegar-degar tapi bila parking sesedap rasa park kat petak OKU.

Buat masjid sana sini tapi kata hudud out-of-date dan zalim.

Drive nak pergi majlis ilmu tapi bila depan ada kereta jalan slow disondol-sondol di high light dengan maki hamun sorang-sorang dalam kereta secukup rasa.

Buka taska jaga anak orang tapi sudahnya budak yang dijaga lebam sana lebam sini retak sana retak sini. Entah orang ke anjing yang jaga.

Bini tolong cari duit 12 jam kat luar tapi kat rumah lakinya haram nak tolong kerja rumah walaupun 5minit untuk gosok baju kerja sendiri.

Curi, rompak, rogol, judi, pecah amanah.

Semua pun orang Islam ada buat.

Lagi sekali, apakehel?

Ok tolak ke tepi jap faktor undang-undang.

Tau lah mesti ada yang kata ha tu lah, hudud tak nak terima.

Hudud itu kena bincang dalam bab lain.

Berbalik kepada persoalan asal.

Apa yang tak kena?

Akhlak.

Ya. Akhlak.

Masalah kita adalah AKHLAK.

Kita tekankan syariat. Bagus. Tapi akhlak pun kenalah seiring.

Allah dah bagi Quran dan dah terangkan spesifikasi untuk akhlak yang baik.

Tak cukup? Allah utuskan lagi rasul sebagai model.

Tapi tu lah. Kita (termasuk aku lah) ni ego lebih, perasan bagus, hasad, berprasangka, tamak, etc etc.

Baru buat tahajud sekali dah perasan suci macam malaikat.

Nampak orang tak tutup aurat tiba-tiba perasan sendiri lagi bagus sebab bertudung.

Cerita bab agama pung pang pung pang tapi nak masuk tol selamba potong queue.

Pakai dah macam muslimah sejati tapi makan kenduri ambik lauk buffet menggunung tapi makan dua tiga suap je.

Nampak tak buruknya akhlak kita?

Jadi mulai hari ini meh kita ikut akhlak Rasulullah s.a.w.

Mula-mula meh bersihkan hati. Susah kan. Tapi meh lah cuba.

Buang prejudis. Buang hasad dengki. Buang perasan bagus. Istighfar banyak-banyak dan jom pakat-pakat kira dosa sendiri. Bukan sibuk dengan dosa orang.

Kemudian mulakan dengan langkah pertama yang paling simple.

Kalau sebelum ni pattern muka ketat (macam aku) mulakan dengan selalu senyum.

Kalau sebelum ni pattern suka forward cerita dan berita sensasi (macam aku) yang ada potensi mengaibkan orang mulakan dengan simpan dulu berita tu. Lepas 3 hari baru tengok balik then fikir balik patut ke tak patut forward berita tu.

Kalau sebelum ni gelojoh di jalan raya (macam aku jugak), cuba bertenang dan selalu istighfar. Kereta lembab depan kita kat fast lane, sabar, tak payah hon, bagi high beam sikit cukuplah, tak perlulah maki dengan percuma.

Lain-lain fikirlah sendiri ya. Banyak sangat kalau nak senarai.

Dengan orang yang kita tak kenal, dengan uncle Chong kedai tayar, dengan minachi jual jambu batu, dengan pak Mat lori buah, dengan Ali rojak, dengan anak-anak, dengan suami dengan isteri, dengan mak ayah, mak mertua pak mertua, ipar duai, kawan-kawan pejabat, bos dan big bos, dengan cik kak kaunter pejabat pos, dengan jiran, dengan kucing dengan anjing, dengan semualah, berakhlaklah dengan semua.

Semoga dengan akhlak yang baik itu bakal mempermudahkan urusan orang-orang yang berdakwah dan membuka hati ramai orang untuk menerima hidayah Allah.

Insya Allah..

***

Hah apa lagi, istighfar lah.
Eheh.