Friday, June 10, 2016

Langit Tanpa Bintang

Masa duk kampung dulu-dulu pandang langit nampak bintang bertaburan.

Bintang tiga beradik sekejap je dapat cari. Alnitak, alnilam, mintaka nampak jelas.

Tengok lagi lama in sha Allah boleh nampak betelguese dan rigel. Itu pun kalau langit takde awan dan malam betul-betul gelap. Belatrix dan saif kalau rajin lagi tenung langit lama-lama dan nasib baik muncullah dia.

Tapi semenjak duk sini aku tak pernah nampak bintang. Malam pun langit nampak cerah.

Mungkin silau dek  lampu-lampu.

Kesian orang KL dan orang-orang sekitar.

Wednesday, June 8, 2016

Tabiat di Bulan Puasa

Bulan puasa ni aku suka gugel resepi. Aku rasa bukan aku sorang je. Ramai yang buat macam tu.

Tapi bila balik kerja akhirnya singgah bazar ramadhan.

Tuesday, June 7, 2016

Ikan Masin


Idea untuk sahur esok.

Jangan tanya resepi. Kau tengok aje gambar tu.

Kalau tak tau juga cer buka kamus bergambar.

Friday, June 3, 2016

Seorang Mak Cik dan Kurma Yusof Tayo

Pada satu hari berlaku perbualan antara seorang makcik dan bini anak buahnya.

Makcik: kurma sekarang berapo hingget ah sekotak?

Bini anak buah: entahlah. Average 10 ringgit kot.

Mak cik: yo ko? Apo mahal nar? Dulu acik boli 8 hingget yo.

Bini anak buah: yo la, kok dah kono gst naik lah hargo eh. Tambah lak duit kito murah, import barang mahal la deyh..

Mak cik: heh, kurma yusof tayo tu penang mari lah (tone tak puas ati sungguh)

Bini anak buah: iyo... tapi buah kurma tu arab mari. Takdo kurma tu potik kek penang tu dowh..

Mak cik: eh..

*****

Bila bisikan yusof taiyoob bergema di siaran radio, dan iklan buffet ramadhan meriah di sana sini, itu tanda-tanda bulan Ramadhan dah dekat sangat dah.

Selamat menjalani ibadat puasa.

Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu rahmat, keampunan, dan keberkatan. Semoga hati terus dibukakan untuk menerima hidayah-Nya. Semoga sampah-sampah ego dan takbur lebur dari hati kita semua. Amin.

Thursday, June 2, 2016

Menangkap Makhluk Halus

Itu hari selepas beberapa hari balik kampung, balik rumah masuk dapur aku disambut makhluk halus bersayap yang terperangkap dalam oven.

Cak! Seprais!!
Lepas tu teringat perangkap lipas yang aku buat. Cepat-cepat buka kabinet bawah sinki.

Aku rasa ada dalam 4 bangsa lipas ada dalam tu. Dan entah berapa generasi - atuk nenek anak cucu. Agaknya lah.


Nak buat perangkap lipas ni senang je.

Mula-mula cari balang plastik, isikan sisa-sisa roti ke biskut ke dalam tu, sapu keliling balang sebelah dalam dengan minyak masak yang dah pakai atau marjerin, tutup dengan plastik yang dah dilubangkan agak-agak muat untuk lipas masuk, seal plastik tu dengan getah, ikat ketat kat mulut balang tu, tinggalkan balang tu kat tempat yang lipas suka bersiar-siar. Lepas beberapa hari pergilah tengok berapa ekor makhluk halus ni terperangkap dalam balang.

sumber: anonymous

Lepas tu kalau kau rajin (baca:takde keja) kau simpanlah dalam frame dan letak label. Heheh.

Selamat mencuba.