Thursday, February 16, 2017

Saranan Mak Cik Peah (bukan nama sebenar)

Seorang mak cik yang tak pernah kahwin tanya seorang perempuan yang dah tiga tahun kahwin - "bila nak dapat anak?"

Soalan yang sangatlah tak patut ditanya aku rasa.

Bukan je sebab macam tak jaga sensitiviti. Tapi juga sebab soalan bila tu sesuatu yang jadi di atas izin Allah.

Soalan bila nak dapat anak ni susahnya nak jawab macam nak jawab soalan bila nak mati. Takde siapa pun tahu bila dia akan mati ye dak.

Tapi perempuan tu jawab baik-baik - "belum ada rezeki.." clichè jawapannya. Eheh.

Tapi lepas tu mak cik tu bagi cadangan yang cukup bernas - "kau buatlah."

(Adoi mak cik. Ingat buat anak macam buat cekodok? Buat-buat terus jadi?)

Tapi atas dasar bersangka baik dan hormat orang tua aku terjemahkan cadangan 'buat' itu maknanya ikhtiar berubat. Boleh gitu? 😅

Tuesday, February 14, 2017

The Drugs


Malam tadi berjaya menghabiskan dos terakhir segala ubatan. Walau banyak cabarannya. Eleh.

Hehe. Ye la, ingat senang ke nak mendisiplinkan diri makan ubat? Ubat ni dua kali sehari, ubat tu tiga kali sehari, ubat yang ini telan dua biji, ubat yang itu telan sebiji, ubat lagi satu setengah jam sebelum makan, ubat yang itu selepas makan. Ha nampak, nak sebut pun dah penat.

Ada la dua tiga kali hampir-hampir missed ubat sebab lupa. Lepas makan selesaikan pinggan mangkuk periuk kuali dalam sinki, tiba-tiba dengar teet teet mesin basuh dah selesai basuh kain baju gi ampai kain dulu, lepas tu baby nak susu lepas tu itu ini itu ini lepas tiga jam baru ingat ubat belum makan. Toing..

Tapi apa-apa pun tahniah lah atas kejayaan aku menghabiskan segala dadah-dadah (baca:drugs) yang doktor bagi tu. Tepuk tepuk..

Harap-harap nanti boleh lah bf balik. Yay..

Sunday, February 5, 2017

Pertemuan


Setelah dua hari berpisah pagi tadi bertemu jua.

Pertemuan tak sampai satu jam. Sekadar melepaskan rindu.

Entah berapa hari lagi boleh jumpa lagi.

Ulcerative Colitis

What Is Ulcerative Colitis?

Highlights

Ulcerative colitis occurs when the lining of the large intestine (colon or bowel) and the rectum become inflamed.

The cause of this condition is unknown. Researchers no longer believe that stress is the cause.

Ulcerative colitis is a chronic condition. Treatment usually involves drug therapy or surgery.

Copy & paste from here

Untuk keterangan lanjut sila terjun ke sini

Wednesday, February 1, 2017

Menakutkan (updated)


Aku penakut jarum. Pengalaman ditusuk jarum dan jahitan-jahitan semalam memang boleh buat aku seriau.

Tapi bil hospital tadi lebih menakutkan.

RM 1k GST. Kata incek papa. Rupa-rupanya incek papa salah tengok bil. Hehe.

Tapi beza bil sebelum GST dan selepas GST adalah 1k. Tengok charge perubatan dan harga ubat semua naik.

Pagi tadi sempat layan berborak dengan aci cleaner hospital. Dengar keluhan dia tentang kos sara hidup. Gaji seorang tukang cuci nak sara hidup dengan lima anak bersekolah.

"Kata sekolah kerajaan free. Mana ada free. Itu bayar ini bayar. Satu worang anak buku yuran juga bayar dua ratus. Kalau lima anak? Ayo.. "- petikan keluhan aci cleaner hospital.

Sana sini cukai. Sana sini harga barang naik. Tadi dapat pulak khabar harga minyak naik.

Tapi dia kata kita rakyat mesti tahu berterima kasih dengan kerajaan.

Ok fine. Terima kasih banyak-banyak.