Kau tau, kalau kau pernah bagi anak-anak menonton you tube, diharap pantau apa yang ditonton.
Kalau terlepas juga sila periksa history anak-anak selesai menonton.
Watak kartun kanak-kanak tak naif seperti yang kita fikir. Kartun juga tak semurni yang kita anggap selama ini.
Kalau tak percaya betapa kotornya pencemaran watak kartun kanak-kanak, kau cubalah taip satu watak kartun mainstream yang digemari kanak-kanak seluruh dunia.
Frozen, Elsa, Spiderman, Hulk, Ultraman, Gummy bear - just to name a few.
Walaupun kau dah setting retricted mode, location Malaysia, kartun-kartun bodoh ini tetap muncul mengejek di skrin smartphone atau tablet.
Dari tema keganasan, seks, dan banyak lagi perkara tak senonoh dan sangat tidak sesuai ditonton kanak-kanak. Jadi kalau anak kau tiba-tiba pandai buat perkara yang pelik-pelik yang kau tak ajar sila benarkan diri kau untuk rasa risau dan cepat bertindak.
Aku bagi contoh paling mudah - frozen. Perkataan dengan 6 huruf yang paling ramai kanak-kanak pandai eja. Kau cuba tengok hasil yang aku screenshot.
Scary kan? Jadi kau rasa sebagai ibu bapa apa yang patut kau buat?
Monday, June 12, 2017
Thursday, June 8, 2017
Luka Lama Belum Sembuh Sudah Ada Luka Baru
Pak-pak arab bergaduh lagi. Di saat Israel meraikan ulangtahun ke 50 pencerobohan bumi Palestin. Macam ada sesuatu. Terasa seperti ada bidak-bidak catur sedang disusun. Entahlah.
Wednesday, June 7, 2017
You Tube
Baru tadi aku uninstall applikasi you tube. Sebab budak hero yg no. 3 itu belum reti pilih video klip yang bermakna. Suka sangat tap kat kartun parodi.
Aku bab parodi kartun ni memang meluat. Aku rasa meracun budak-budak. Aku dah set restricted mode pun ada je yang bocor.
Tapi tiba-tiba rasa bersalah pulak. Sebab dak leng lui dan leng chai itu setakat ni mematuhi syarat dan peraturan menonton you tube.
Yang dua orang tu kalau nak mesti minta izin, elak tap video yang disyaki tak sesuai, kalau diragui tanya mama dulu. Lepas tu kalau tersalah tap perodi ada je yang cepat bagi laporan.
Teringat pulak yang malam tadi.
Malam tadi dak leng chai itu minta tolong aku eja solar system. Lepas tu dia taip di ruang search kat you tube.
Lepas tu dia bersandar sambil layan beberapa klip. Aku tengah layan adik dia yang mengantuk. Dak leng lui dah tidur. Penat puasa agaknya. Si hero ikut papanya ke klinik.
Tiba-tiba dia datang tunjuk satu video klip. Dia replay suruh aku terangkan. Aku tengok. Rupanya pasal global warming.
Jadinya malam tadi aku buat kelas pengajaran global warming. Penyebab global warming, ozon, pencemaran, apa nak buat etc.
Pagi ni tengah sahur (pukul 6.30 pagi. Hehe), dia cerita pasal global warming kat adik dia yang buat muka 'ada aku kesah'.
Sekarang aku nak kena buat pertimbangan sewajar-wajarnya nak reinstall ke tak.
Monday, June 5, 2017
Berita Pagi Ini
Pagi ni dapat emel.
***
Assalamualaikum semua.
Dukacita dimaklumkan bahawa khidmat penghantaran makanan mulai hari ini DIHENTIKAN kerana pihak urusan telah mendapat kontrak penyediaan kuih sebanyak 1600 biji setiap hari sehingga penghujung Ramadhan.
Sekian, terima kasih.
***
Mula-mula memang rasa dukacita. Sebab selalu tu kalau aku order lauk atau kuih dapatlah mengurangkan kekalutan aku di rumah bila balik kerja (Balik kerja simpan hasil tenusu dalam peti ais sambil keluarkan ayam ikan beku nak rendam. Sambil rendam ayam ikan sambil basuh botol-botol susu. Sambil basuh botol sambil masak air. Sambil masak air sambil kutip baju kotor. Sambil kutip baju kotor sambil layan kanak-kanak bergaduh. Sambil jadi orang tengah sambil rendam kain baju. Sambil rendam kain sambil basuh pinggan mangkuk. Sambil basuh pinggan sambil masak nasi. Sambil tunggu nasi masak sambil susukan budak no.4.) Ah cukup, banyak pulak kerja sambilan yang tak menjana pendapatan. Kah.
Tapi kemudian rasa sukacita pula. Maknanya rezeki si pembuat kuih itu melimpah dan konsisten hingga ke hujung Ramadhan.
Semoga perniagaannya terus maju. Semoga kuih-muih dan lauk-pauknya kekal sedap dan berkualiti. Semoga pengusaha itu sentiasa sihat dan bersemangat.

Jubah Budak Lelaki Berkualiti Dengan Harga yang Kacak
Satu malam dak leng chai itu nak ikut papanya tarawih.
Nak pakai jubah katanya. Jubah yang mama beli atas permintaan dan spesifikasi tuan punya badan.
Sebelum puasa itu hari ushar jubah di mall. Harga semua main ratus-ratus. Ah, beli online lagi murah. Lalu mama shopping sambil mulut mengunyah nasi dan telinga dengar radio.
Sambil bersantai, shopping kat sini - aurabusana. Dapatlah jubah yang sama kualiti dengan yang kat mall yang ratusan ringgit itu tapi yang ini cuma RM49 termasuk cas penghantaran.
Dah beli terjumpa pulak yang lagi murah dengan potongan 50% sebab kategori factory reject tapi masih cantik dan sesuai dipakai cuma ada sedikit defect. Kalau nak tengok silalah jenguk ke sini - Tudung Si Comel.
(Sekian iklan free)
Setelah briefing (baca:warning) lebih kurang - pergi solat, jangan main-main, jangan buat bising, jangan merayau luar surau.
Kebetulan malam itu lah papanya jadi bilal tarawih. Agak-agak kalau takleh nak bawak bolehlah dak leng chai ini yang back-up. Hee..

Subscribe to:
Posts (Atom)