Tuesday, March 31, 2015
Berselirat Bak Jiwa Kacau
Teringin nak tengok segala-galanya wireless.
Atau sekurang-kurangnya pengurangan seoptimum mungkin jumlah wayar yang berselirat untuk satu-satu set peranti.
Lebih-lebih lagi untuk kegunaan domestik.
Untuk desktop kalau boleh satu wayar sahaja untuk punca kuasa. Monitor, tetikus, papan kekunci, dan pencetak aku harap adalah wireless.
Untuk seterika juga. Aku harap boleh beroperasi dengan bateri yang boleh dicas semula. Juga pencuci hampagas. Bagus kan kalau tanpa wayar?
TV, modem, dekoder TV satelit, pemain DVD dan blu-ray, kalaulah boleh berhubung dengan skrin TV tanpa menggunakan wayar.
Bila tiada wayar senang sikit nak bersihkan belakang desktop dan rak TV.
Pemandangan juga akan lebih kemas dan mendamaikan jiwa
aku.
Monday, March 30, 2015
Knock Knock
Kejadian berlaku pada tahun lepas. Tempat kejadian di sebuah hospital. Aku ada temujanji dengan gynae.
Macam biasa mula-mula kena dapatkan urine sample. Tandas depan ada orang. Aku pergi tandas belakang.
Incek papa tunggu di hujung lorong. Aku amanahkan si leng lui itu menunggu di depan pintu sebab pintu tak boleh kunci.
Dengan pesanan kalau ada orang nak masuk cakap kat orang tu mama kat dalam.
Belum selesai berurusan kat dalam tiba-tiba ada beberapa siri knock-knock kat pintu. Sudah..
Lepas knock-knock aku dengar suara leng lui itu,
"Do you wanna build a snowman~"
Masa tu dia belum habis demam frozen.
Huh, sia-sia aku cemas.

Friday, March 27, 2015
Tuesday, March 24, 2015
Utoraman
![]() |
| Leng chai terkesima bahunya dipegang utoraman zero. |
![]() |
| Tetiba je leng chai itu lebih berminat dengan raksasa baltan. |
![]() |
| Naik cable car dia naik ngantuk. Huarghhh... |
Subscribe to:
Posts (Atom)