Friday, May 29, 2015
Dah Berak Tolong Flush Sendiri
Nak kahwin perlu duit.
Itu fakta.
Bila takde duit boleh berhutang.
Fahamlah. Sekarang semua pakai duit.
Sekadar untuk melicinkan perjalanan majlis rasanya takde hal selagi bukan untuk bermewah dan tunjuk gah.
Masalahnya adalah bila mintak tolong orang lain buat pinjaman peribadi, lepas tu kau bayar orang tu on off, itu pun lima kali je..
Dan orang tu ikat perut nak membayar hutang kau, nak suap mulut anak bini, bayar bil itu ini, belanja dapur bagai dan kau buat selamba macam takde apa-apa.
Kau kerja, bini pun kerja, tanggungan takde, rumah tak payah bayar, belanja dapur tak payah, bayar kereta je kot.
Takde duit? Melancong ada pulak duit.
Yang tukang bayar hutang kau tu pernah seminggu tong beras dia kosong kau tau?
Pengajaran:
1-Kalau rasa tak suka bayar hutang jangan berhutang.
2-Kalau tak mampu berjimatlah mana patut. Tukang bayar hutang kau tu dulu kahwin pelamin pun buat sendiri je.
3-Jangan buat loan untuk orang lain terutama yang dah tau tahap kredibilitinya kurang tinggi.
nota: aku mewakili tukang bayar hutang itu melepaskan perasaan kecewanya sebab aku dengar pun boleh bengang. Apa da..
p/s: contohi adik kesayangan ambe dan suaminya yang kahwin bajet. Pelamin, langsir bilik pengantin, sarung bantal, karpet putih ropol-ropol, dan macam-macam lagi hiasan semua pengantin yang buat sendiri pakai barang RECYCLE. Yang pengantin lelaki pulak duit belanja kahwin pakai duit simpanan. Rupa-rupanya dia dah menabung untuk kahwin sejak mula kerja. Berwawasan betul. Sejuk ati mak.
Thursday, May 28, 2015
Bukan Mainstream
Semalam beli ayam satu ekor.
Suruh chicken man tu potong empat.
Sambung beli barang lain.
Balik rumah tengok macam ni dia potong empat.
Kat whole leg pun ada dada.
Macam ketumbuhan?
Mungkin ini teknik baru?
Atau mungkin juga dia dari another school of chicken cutting.
Suruh chicken man tu potong empat.
Sambung beli barang lain.
Balik rumah tengok macam ni dia potong empat.
Kat whole leg pun ada dada.
Macam ketumbuhan?
Mungkin ini teknik baru?
Atau mungkin juga dia dari another school of chicken cutting.
Wednesday, May 27, 2015
Nak Kena Cium?
Masuk bulan ni aku berjaya meniggalkan bedak selama tiga bulan.
Tahniah untuk aku sebab berjaya menjimatkan perbelanjaan sebanyak empat puluh lima ringgit dalam tiga bulan tersebut.
Tiba-tiba rasa seronok pulak.
Bila dah tak berbedak dah tak kisah lagi dah muka digomol-gomol si hensem kecik itu.
Dia kalau boleh nak ngap aje hidung, pipi, dahi mama dia.
Dah tu basah kena air liur.
Mashem-mashem gitu.
Tapi seronok kena cium kena gigit dengan budak takde gigi.
Nak cuba?
Cerita Tiga Budak Pagi Tadi
Pagi tadi si kecik hensem itu champion. Macam selalu. Memang dia pertama bangun. Kadang-kadang sebelum subuh.
Mama selesai je solat Subuh mata dia celik.
Tempat kedua jatuh kepada leng chai.
Mama simpan hensem kecik tu dalam cot kat luar, mama gosok baju sekolah tiba-tiba dengar bunyi klepet klepet tapak kaki lari dan tiba-tiba "Dud monin mama!" sambil buat gaya Olaf.
Mama buat-buat terkejut. Opocot macam biasa dan leng chai keh keh gelak ingat dia berjaya buat mama terperanjat. Dia tak tau mama pandai wayang.
Nombor tiga leng lui keluar bilik terpisat-pisat duduk atas sofa dengan mata buka sikit je sambil tanya mama hari ni sekolah ke?
Mama jawab ye sekolah dan dia balas seronoklah sekolah.
Berbaloi lah mama bayar yuran tadika nampaknya. Eheh.
Tuesday, May 26, 2015
Annoying
Nak anak ramai boleh.
Bila sistem kerja dan sistem percukaian kita mesra insan.
Dan sistem kita berjalan atas dasar kemanusiaan.
Dan ditadbir dengan perikemanusiaan.
Bukan berkiblatkan material.
Macam sekarang.
Kalau anak sakit pun tak boleh nak bagi cuti sebab merugikan syarikat (konon), dah tu susu lampin bagai semua nak cukai tak payahlah nak cerita pasal anak ramai.
Kenapa?
Takut nanti tak cukup pembayar cukai?
Subscribe to:
Posts (Atom)

