Memandangkan si leng lui itu bakal melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah (bukan tahun depan tapi), sekarang mamanya sedang berkira-kira di sekolah mana si leng lui ini akan bersekolah.
Maka mamanya pun mula lah ushar sana ushar sini mana sekolah yang sesuai dengan princess mama yang ini.
Ada satu sekolah. Kata orang sekolah yang itu bagus. Tapi jauh lah sikit.
Sekolah yang dekat ini pula kata mereka kurang bagus.
Tapi bagaimana menilai sekolah yang bagus?
Sekolah yang bagus mengikut pandangan kebanyakan ahli komuniti kita adalah sekolah yang berprestasi tinggi yang tersohor dengan tahap pelajar lulus peperiksaan adalah seratus peratus dan bilangan A yang berbakul-bakul.
Maaf. Pendapat di atas (jangan pandang atas) tidaklah mampu aku terima mengikut perkiraan otak dan naluri kemanusiaan aku.
Sekolah tempat belajar ilmu. Bukan tempat kejar A dan ranking.
Bukan sekadar nak habiskan silibus lepas tu hafal sekerat-sekerat mana-mana yang mengikut ramalan nujum peperiksaan bakal keluar dalam peperiksaan.
Eleh. Macamlah aku tak tau trick n treat untuk skor exam. Aku bekas scorer kot (eh TERcanang pulak. Sori..).
Lambat pandai takpe asalkan ada kesungguhan dan akhirnya ilmu itu mampu dikuasai. Setiap orang ada kemampuan yang tak sama. Itu fakta.
Belajar ilmu dan esok jadi orang. Ini kata orang kampung aku dulu-dulu.
Betul. Biar jadi orang.
Bukan jadi budak yang depan mak bapak pijak semut pun tak mati tapi kat sekolah kaki buli kawan sampai mati.
Bukan setakat dapat cgpa tinggi tapi idea macam longkang tersumbat.
Bukan jadi pemimpin yang dulu kini dan selamanya kelentong.
Bukan belajar tinggi-tinggi tapi dah besar tak reti nak cari makan.
Bukan jadi pemegang amanah yang khianat.
Bukan jadi ustazah yang ijazahnya berderet-deret tapi memperlekehkan hukum Allah.
Bukan jadi technician yang pakar repair itu ini tapi merosakkan anak orang.
Bukan jadi cikgu yang tak minat pun nak jadi cikgu.
Bukan jadi doktor yang selfie dalam bilik bersalin berlatar belakang yang mengaibkan.
Eh, macam makin jauh dari jalan cerita. Huh.
Ok berbalik cerita sekolah untuk leng lui.
Setelah berkira-kira aku rasa aku nak sekolah kebangsaan yang biasa-biasa.
Sekolah yang TIDAK menjadikan bilangan A dan ranking sebagai tujuan dan inspirasi sekolah.
Sekolah yang cikgu-cikgu nya mendidik anak-anak jadi insan.
Ya. Jadi insan. Yang berakhlak.
Ada ke sekolah macam tu kat sini? Hah? Hah?
Thursday, November 26, 2015
Friday, November 20, 2015
It Is Just Got Too Obvious
Kot ye nak cari makan janganlah sampai orang lain tak dapat makan.
Orang ini agaknya lupa.
Yang memberi rezeki itu Allah yang maha kaya.
Bukan anak Encik Razak.
Thursday, November 19, 2015
School Concert and Graduation Day
Hari Graduasi dan Konsert Sekolah dua kanak-kanak riang itu berlangsung minggu lepas di Auditorium Muzium Negara.
Macam biasa bermula dengan bacaan doa, perasmian, ucapan yang semua berlaku dengan pantas diikuti acara penganugerahan sijil untuk anak-anak 6 tahun dan anugerah-anugerah lain. Si leng chai dan si leng lui itu tidak memenangi sebarang anugerah. Hehe.
Selesai upacara graduasi maka bermula lah konsert. Ada tarian (kebanyakan persembahan), ada story telling (directly read from the book, bagus, dah pandai membaca BM dan BI), ada sketsa, pantomim, nasyid, bacaan doa dan zikir.
Dipersembahkan oleh kanak-kanak 3 tahun hingga 6 tahun. Comel dan berkeyakinan semuanya. Paling penting semua nampak enjoy persembahan sendiri.
Kalau aku nak berdiri atas stage macam bebudak tu aku rasa menggigil dah. Tapi diorang relaks je aku tengok macam hari-hari kerja naik stage.
Nak cerita banyak genre laporan tak reti jadi meh lah kita tengok gambar-gambar yang dicilok tanpa pengetahuan pihak tadika. I'm sori... (amir sesat sini pulok doh).
![]() |
| Lepas konvo kita campak topi segi empat tu tinggi-tinggi. |
![]() |
| Barisan tenaga pengajar dan staf dalam kostum bertema fairy tales. |
![]() |
| Kelas si leng chai itu dalam persembahan pertama. Hai angry bird! |
![]() |
| Si leng lui kat tengah-tengah. Lagu Siti Nurhaliza. |
![]() |
| Kalau kita nak makan kita baca? Bismillah... Kelas EDP (early development program) 3 tahun. Aloh comel... |
![]() |
| La la.... Kun Anta dari anak-anak 5 tahun. Bukan kelas leng lui tapi. |
![]() |
| Bole chudiyan.... Persembahan paling memukau hari tu oleh para graduan. |
![]() |
| Snow White and the dwarfs? Eheh. |
![]() |
| Cikgu kelas si leng chai jadi queen dalam cerita Disney-Brave |
![]() |
| Kombinasi dua kelas 5 tahun jadi lah sketsa dan nasyid yang menggetarkan jiwa. Huu. Baju-baju tu dapat terus. Ok tahun depan tak payah buat baju raya. |
Sejujurnya kagum dengan usaha cikgu-cikgu dan staf.
Kebetulan pergi belakang pentas dan nampak macamana staf mempersiapkan budak-budak. Penuh kesabaran dan budak-budak pun nampak enjoy. Lega.. Sebab teringat ada satu tadika lain yang berjenama ada komplen pasal cikgu yang agak racist dan kurang sabar. Kat belakang pentas tengking budak. Scary. Alhamdulillah tak berlaku di sini.
Ok dah.
Ha nampak tak reti tulis report. Hadoi.
Tuesday, November 17, 2015
A Question To Mr. President
You are boarding the Air Force One, ride on The Beast, your secret agents pave way days before you are here ensuring nothing could be a threat to you, and upon your arrival security is tight.
What are you scared of?
Friday, November 13, 2015
Lena Dalam Pelukan
Siapa yang tidur dulu dia menang. Hehe..
Abaikan pemandangan belakang.
Ini bukan pertandingan cari benda tersembunyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)












