Thursday, April 28, 2016

Merarau Nasi Lemak CPL


Kepada peminat nasi lemak yang rindukan home cook nasi lemak boleh cuba nasi lemak CPL.

Nasi yang sihat. Lemak terasa tapi minyaknya tiada. Nasi lemak yang selalu aku makan minyaknya lebih lemaknya hilang entah ke mana.

Ikan bilis dalam jumlah yang optimum. Nasi lemak yang aku selalu sarapan paling banyak ada tiga ekor. Selalu juga kalau label nasi lemak sotong jangan harap nak bersua dengan ikan bilis. Bagi aku ikan bilis adalah aksesori penting. Takde ikan bilis tak sempurnalah nasi lemak.

Sambal yang smooth dan takde biji cili. Tak lah aku sibuk nak sembunyi-sembunyi cungkil biji cili lekat kat gigi. Dan rasa yang mild sesedap seadanya. Hmm camana nak explain ye.. Kalau nasi lemak yang kita beli dari pembuat nasi lemak pro selalunya sambalnya gelap dan bau belacannya sampai ke hidung, sambal nasi lemak CPL ni ala lembut gitu.

Dan didatangkan dengan telur dadar yang macam orang tabur atas pulut kuning tu.

Timun dipotong cantik pulak tu. Presentation bersih, kemas dan cantik. Nasib baik bulan lepas belum launch lagi. Kalau tak mungkin gambarnya dah masuk majalah TIMES.


Eh tak tau? Bulan lepas dalam majalah TIMES nasi lemak diiktiraf top 10 menu sarapan antarabangsa yang sihat. Yu don play play ah..


Wednesday, April 27, 2016

Kenapa Allah Tak Buat Kereta?

Sambungan entri semalam.

Si leng chai itu yang tanya.

Dan si leng lui juga ulang soalan. Dia pun nak tahu juga.

Allah boleh buat segala-galanya tapi kenapa Allah tak buat kereta?

Aku jawab,

sebab

Allah dah bagi otak, manusia fikirlah sendiri camana nak buat kereta.

Ooooooo... kata diorang.

Faham lah tu. Hehe.

Soalan dari budak yang ini aku tak perlu jawab sebab aku tak reti bahasa Korea.

Tuesday, April 26, 2016

Siapa Yang Buat?


Satu hari dua kanak-kanak riang ini berdiskusi tentang ciptaan Allah dan ciptaan manusia.

Bumi tu Allah yang buat. Matahari tu Allah yang buat. Matahari tu sebenarnya bintang (fakta tambahan dari si leng chai). Pokok tu Allah yang buat. Langit tu Allah yang buat.

Rumah manusia yang buat. Sekolah manusia yang buat. Kereta manusia yang buat.

Tiba-tiba diorang diam. Sekali keluar satu soalan best.

"Mama, kenapa Allah tak buat kereta?"

Sila lah share jawapan yang sesuai kat ruang komen.

Next entry aku share jawapan yang aku bagi kat bebudakbanyaksoal ni.

Monday, April 25, 2016

Formula Mengorat Isteri yang Paling Praktikal

Kau perasan tak bila frekuensi leter bini-bini bini kau bertambah kau akan nampak dia sebenarnya semacam kalut dan korang perasan tak di sebalik kekalutan itu dia sebenarnya kepenatan dan perasan tak di sebalik kepenatan itu dia mengejar tugas-tugas urgent yang tak pernah selesai.

Tugas-tugas yang nampak sungguh remeh macam basuh botol-botol susu anak-anak, masak, cuci pinggan mangkuk, kemas dapur, gosok kuali, buat susu anak-anak, cuci baju, sidai kain, suap anak makan, packing beg sekolah, jadi orang tengah anak-anak yang bergaduh, buat kopi untuk bapaknya itu ini itu ini yang semua kena buat dalam masa yang sama.

Dan kau perasan tak di sebalik leteran-leteran itu tersembunyi bahasa-bahasa sindiran dan di sebalik sindiran-sindiran itu tersembunyi satu perasaan cemburu.

Bukan cemburukan perempuan lain tapi cemburukan laki sendiri.

Cemburu sebab kau lakinya balik rumah boleh duduk goyang kaki order kopi dan dia terkejar-kejar buat kopi sambil risaukan kain di ampaian sebab langit sudah gelap.

Cemburu sebab kau lakinya bila nak makan dan dia nak duduk makan sama kau bagi arahan-arahan yang dia kena bangun setiap kali nak suap nasi -  tambah kicap, tambah nasi, tambah ais, nak telur dadar, nak air sirap, sampai dia naik menyirap.

Bila kau dah sendawa baru dia dapat duduk dan bila dia nak suap nasi kau panggil "maknya, anak berak ni.." sambil kau bersandar kat sofa tengok bola sambil cungkil gigi dan maki penjaga gol bodoh sebab bola dah dapat tangkap tapi terlepas juga.

Cemburu sebab bila kau dah tidur, dia ada sepuluh kerja lagi belum selesai.

Cemburu sebab bila dia nak buat kerja anak-anak merengek suruh tidur sama dan dia tau bila dia letak kepala atas bantal peluang untuk bangun sambung kerja amatlah tipis sedangkan kau dah berdengkur.

Cemburu sebab pagi-pagi dia siapkan 5 orang anak nak ke sekolah, tadika dan taska sampai dia pakai tudung pun senget dan muka berminyak badan berpeluh dan terlupa nak sembur perfume dan kau melenggang masuk kereta dan tekan hon dengan maksud " oi cepatlah".

Lepas tu dalam kereta bila terbuka siaran motivasi pagi ada ustaz suruh bini-bini berhias untuk suami kau kuatkan volume sambil cakap "ha betul tu".

Cemburu sebab dia dah habiskan masa 12 jam kat luar tolong kau bayar hutang dan beli barang dapur dan keperluan anak-anak tapi kau tak reti nak menghabiskan 5 minit tolong dia di rumah.

Cukuplah. Tak rajin lah pulak nak senarai panjang-panjang. Eheh.

Kau pernah dengar tak ustaz bagi ceramah yang Rasulullah s.a.w. pernah kata bahawa manusia yang paling baik adalah yang baik layanannya kepada bininya?

Kau tau tak kau perlu berlaku adil walaupun kau cuma ada sorang bini?

Kau tau tak Rasulullah bila balik rumah dia akan sama-sama buat kerja rumah dengan bini-bini dia?

Kalaupun kau tak mampu tiru Rasulullah kau tirulah incek papa. Ehem. Hehehe.

Aku bangun tidur aku tengok kain baju dah bersidai kat luar.

Aku tidur malam tak sempat gosok baju dia bangun pagi-pagi gosok baju sendiri.

Aku tengah makan dia tolong urus anak nak gi toilet.

Tiba time rajin dia tolong mop lantai.

Eh, macam promote laki sniri pehal? Eheh.

Jadi bila kau buat kerja rumah sikit-sikit (sikit je) bini kau akan rasa serba salah kalau nak berleter dan rasa bersalah bila terlanjur leter dan part paling best kau nak keluar lepak kedai mamak ke nak futsal sampai lebam ke nak karok dengan geng ke kau cuma perlu inform dia tanpa perlu minta kebenaran.

Taulah kan sekarang lakinya nak bagitau je nak keluar jap belum habis ayat bini dah sergah "kawan ke bini lagi penting?", macam lakinya kena mintak izin pulak nak keluar. Kih3.

Lepas tu kau akan perasan bini kau dah rajin nak melawa macam zaman-zaman kapel dulu.

Lepas tu kau akan perasan ayat sarkastiknya makin lama makin pupus.

Lepas tu kau akan perasan yang senyumnya lebih manis.

Dan banyak lagi lah perkara best lain.

Jadi moral yang paling penting yang kau perlu tahu ialah

Happy Wife Makes Happy Life.

Cer try.

Thursday, April 21, 2016

Mangkuk

Pagi ni singgah isi minyak kat Petronas Ampang Ukay.

Lorong-lorong sepi antara pam sempit tapi kalau pandai dan seharusnya kenalah pandai muat je dua kereta besar kat lorong antara pam.

Ada sejibik merc park sebelah pam no. 8. Gaya parking yang tak berperikemanusiaan. Blok lorong. Orang lain (aku) tak boleh park untuk isi minyak di pam sebelah yang satu-satunya kosong.

Seorang lelaki berimej korporat umur aku agak 45 ke atas keluar dari kereta.

Akhirnya kitorang tunggu pam hujung.

Sekali nampak lelaki korporat tu melenggang keluar dari kedai Mesra bawa paper.

Dia masuk kereta dan blah.