Tuesday, May 31, 2016

Movie Review : Angry Birds

Konon-konon sempena cuti sekolah bawa anak-anak tengok movie.

Beli tiket sesi family friendly. Kalau dah nama family friendly kau faham-faham je lah. Akan ada iklan-iklan secara live ; iklan susu - bunyi bayi lapar, iklan kanak-kanak milo yang bertenaga - tak reti diam dan ada masalah volume control, iklan kanak-kanak ribena yang riang gembira ketawa dengan lawak yang tak macam lawak. Tapi akhirnya kita pun akan turut ketawakan ketawa diorang yang comel.

Tapi family friendly tu bukan masalah bagi aku sebab aku sendiri pun bawak kanak-kanak susu, ribena dan milo.

Masalahnya bila tengok movie tapi rasa macam adoi bila nak abis ni.

Dan rasa macam menunggu untuk rasa terhibur tapi tak sampai-sampai.

Dan rasa menyesal dah membazir masa, tenaga dan duit.

Dan rasa tobat dah tak nak tengok movie di bawah jenama yang sama.

Dan bila anak tanya, "mama bila nak abis ni" memang buat aku rasa menyesal macam college student salah pilih kursus.

Kalau kau pernah tengok Rio atau Rio2, jangan letak harapan pada Angry Birds sebab nanti kau akan kecewa.

Dan bila movie tamat anak kata yay dah habis :p

Tapi untuk mereka yang sedang mengikuti angry management course movie ni mungkin sesuai untuk melatih kesabaran.




Friday, May 27, 2016

Cikgu-cikgu yang Comel


Ini bukan budak sekolah.

Ini cikgu-cikgu sekolah tadika.

Comel kan.

Thursday, May 26, 2016

Tenggelam Timbul

Apa pasal itik ni timbul setengah tenggelam setengah.

Hari ni budak-budak tadika itu exam sains.

Pagi ni si leng lui tanya sains tu apa?

Adoi.

Wednesday, May 25, 2016

Planet Sistem Suria


Satu hari si leng chai itu minta kertas.

Dah dapat kertas dia capai balang plastik yang aku isikan segala mak nenek pensel warna krayon pen pensel bagai.

Biasalah, kutip celah-celah sofa, bawah meja, dalam tong kitar semula pun ada, jadilah rojak pensel warna.

Selesai lukis dia datang bercerita.

Mula-mula okay lah dia cerita pasal planet-planet yang dia lukis dari mercury, venus, earth, mars, jupiter, saturn, uranus, neptune, pluto.

Hari-hari dia asyik ulang cerita planet sampai nama-nama planet melekat kat otak mama dia.

Lepas tu dia cerita pasal bintang lain yang lagi besar dari matahari.

Dia cerita pasal canis majoris, aldebaran, betelguese.

Tapi semua tu takde dalam lukisan dia.

Mungkin sebab tak muat ruang  kertas. Almaklum, bintang gergasi.

Friday, May 20, 2016

Eksperimen Tanam Rumput


Si leng chai itu tanam benih rumput di sekolah.

Sambung eksperimen di rumah.

Bangun pagi nak siram rumput dulu sebelum siram diri sendiri.

Dia suruh mama letak kat cahaya matahari.

Dia kata pokok nak hidup kena ada cahaya matahari dan air. Bagus. Tercapai objektif eksperimen.

Tapi pagi ni lupa siram. Harap-harap rumput tu panjang umur.