Wednesday, August 31, 2016

Lapangkan Dada


Minggu lepas dia baru pecahkan beberapa souvenir kaca (wedding doorgifts) di rumah atuknya.

Pagi tadi dia dengan segala sukacitanya sambil menyanyi riang masukkan sisa-sisa roti canai dalam cawan milo mama.

Yang lain macam biasa lah kerja buat sepah sampai lantai rumah macam baru lepas kena tsunami.

Budak kecik - di sebalik wajah penuh innocent ada kuasa pemusnah yang dahsyat.

Berlapang dada dan expect the unexpected.

Tapi tadi tetap kena marah. Supaya dia tahu itu salah. Kalau tak nanti naik tocang orang lain pun dapat susah.

Tuesday, August 30, 2016

Merdeka!


Selamat menyambut hari kemerdekaan untuk semua warganegara Malaysia.

Dengan doa

Semoga Malaysia bebas dari najis rasuah.

Sunday, August 28, 2016

Why Do Muslim Women Wear Hijab?


Akhir-akhir ni isu hijab hangat di negara-negara barat.

Bila burkini (muslimah swimsuit) diharamkan di beberapa pool dan pantai di perancis aku rasa sakit hati.

Lebih-lebih lagi bila insiden di pantai Nice di mana polis mengarahkan wanita muslim menanggalkan hijab dan pakaian luar di khalayak.

Alasan mereka? Burkini dan hijab tidak menghormati nilai-nilai moral dan sekular masyarakat setempat.

Lepas tu ada la pulak sorang rakyat Malaysia yang perasan pandai bagi komen seolah-olah itu adalah isu tempatan mereka, berdasarkan nilai-nilai tempatan mereka, yang katanya sebagai negara yang majoritinya beragama kristian, kita tidak seharusnya bereaksi kecewa dengan keadaan di sana.

Hello incek, pertama, incek tahu tak muslim itu bersaudara? Diskriminasi yang mereka terima
sedikit sebanyak kami di sini pun terasa juga.

Kedua, incek bercerita tentang mereka yang majoritinya beragama kristian, incek tahu tak dalam  bible wanita diwajibkan berhijab? Ok, saya yang tak sepandai incek nak quote sikit ayat bible, 1Corinthians:11;

[5] But every woman that prayeth or prophesieth with her head uncovered dishonoureth her head: for that is even all one as if she were shaven.

[6] For if the woman be not covered, let her also be shorn: but if it be a shame for a woman to be shorn or shaven, let her be covered.

Mungkin imej Islam yang tercemar dengan aktiviti ekstremis menjadikan mereka semakin fobia dengan Islam sampai nampak orang berhijab pun macam nampak hantu kum kum. Adoi.

Tapi itulah, Islam dinilai menerusi ekstremist dan militan yang tidak mengamalkan suruhan Rasulullah dan tidak meninggalkan larangan Rasulullah.

Seolah-olah kalau ada sebuah lamborghini dipandu melawan arus trafik kemudian melanggar beberapa kereta lain dan berlaku kemalangan maut, nak salahkan lamborghini atau salah pemandu yang memandu melawan arus?

Mengikut logik yang menilai Islam itu sebagai masalah, dalam kes ini lamborghini itulah yang salah.

Hello, yang salah itu pemandunya lah. Tak ikut law kemudian langgar orang. Apa kena-mengena dengan lambo yang tip top condition tu?

Islam dan muslim adalah dua perkara yang berkaitan tapi berbeza definisi.

Banyak insiden keganasan hari ini adalah salah penganutnya dan bukan agamanya.

Menilai agama biar dari kitabnya. Menilai penganutnya akan membawa banyak salah faham sebab ramai penganut tak ikut pun apa yang disuruh dan dilarang dalam kitab.

Tapi itulah, kalau Si Jurutera sudah menyiapkan buku manual dan spesifikasi, siap dengan tutornya sekali, tapi kita memandai-mandai buat spesifikasi sendiri dan menderhaka pada Si Jurutera, banyaklah yang rosak sana-sini.

Thursday, August 25, 2016

Dr Mahathir minta maaf hilangkan kuasa Agong


Sumber asal di sini

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Malaysia supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.

Ia susulan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru blognya.

Bagaimanapun, beliau berkata Akta MKN yang dilihat memberikan kuasa seakan-akan darurat kepada perdana menteri itu bukan termasuk undang-undang yang tidak memerlukan perkenan Agong.

“Pindaan tersebut [pada 1993] tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, terdapat lebih 30 perkara tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan kelulusan Agong tanpa perlu mendapatkan nasihat perdana menteri seperti dalam penggubalan undang-undang lain.

Katanya, kuasa berupa darurat di bawah Akta MKN sudah pun termaktub di bawah perlembagaan yang memberikan kuasa itu sepenuhnya kepada Agong seperti diperincikan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Malaysia.

“Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan,” tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata Agong boleh menggunakan peruntukan di bawah Perkara 130 Perlembagaan Malaysia dengan mencabar kesahihan Akta MKN.

“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta Majlis Keselamatan Negara yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Akta MKN diluluskan Disember tahun lalu apabila 107 ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak.

Ketika dibentangkan tahun lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam rang undang-undang MKN perlu diperhalusi. Bagaimanapun, ia diwartakan tanpa mendapat perkenan Agong, berdasarkan pindaan 1993 yang diusahakan Dr Mahathir.

Akta yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu membolehkan perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.

Pindaan perlembagaan 1993 berlaku susulan krisis berpanjangan dengan istana selepas insiden seorang jurulatih hoki, Douglas Gomez, dikasari Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris.

Ia terus mencetuskan isu mengenai kekebalan raja-raja di bawah undang-undang sedia ada, dan disusuli media melaporkan pelbagai penyelewengan di pihak istana.

Papan Iklan

Pagi ni aku perasan papan iklan elektronik di plaza tol AKLEH ada iklan baru.

"Keep driving. There's no pokemon here"

Bagus.