Semalam cuti.
Kelmarin cuti.
Hari ni kerja. Ahh... bolehlah rehat lunch time nanti.
Betul. Cuti itu lebih penat daripada masuk kerja. Tapi aku tetap sukakan cuti. Berkhidmat untuk orang-orang tersayang.
Wednesday, November 30, 2016
Monday, November 28, 2016
Kasut Sekolah Generasi Baru
Di zaman segala barang serba mahal dan bercukai, bila nampak kasut sekolah harga bawah RM 10 seperti kena jackpot.
Kat Giant ada kasut sekolah RM 5. Kat AEON Big ada kasut sekolah kanvas RM 7.90. Kat AEON Big tu juga ada kasut sekolah getah ala crocs RM 3.
Disebabkan bajet yang sangat sangat ketat aku belikan kasut sekolah kanvas RM 7.90 untuk dak leng lui. Sayangnya saiznya susah nak jumpa. Setelah berusaha menggali akhirnya jumpa dua pasang. Bolehlah..
Nampak leng lui gembira dapat kasut sekolah putih aku pulak yang rasa macam sedih. Sebab masa aku sekolah dulu kasut sekolah aku jauh lebih baik daripada ni. Huhu.
Wednesday, November 23, 2016
Gatal
Budak ini malam tadi asyik gatal-gatal tergaru-garu sana sini. Garu badan garu kepala.
Bila aku tanya kenapa gatal ni dia dengan sungguh konfiden tapi muka berkerut jawab,
"Tutu.." (kutu).
Hmm.. Aku tak rasa kepala pesen rambut macam ni sesuai sebagai habitat kutu rambut.
Tuesday, November 22, 2016
Pemimpin Buruk Pe'el
Akhir-akhir ni aku makin muak dengan pe'el sesetengah mereka yang bergelar pemimpin.
Terutama mereka yang nampak sangat macam budak-budak hingusan yang bila naik angin je bahasanya mula lah keluar ayat caci maki yang tak sepatutnya disebut oleh orang yang bergelar pemimpin. Pemimpin seharusnya berketerampilan. Seharusnya macam orang. Bukan macam ... (isi sendiri tempat kosong).
Bila mereka mula menghina orang dengan perkataan 'haram jadah' (dah tu hidung berdarah), hina surname 'Kok' (tapi kat kepala pakai songkok), ugut nak sembelih orang, ugut bunuh, hina dengan nada berbunyi sexist, kurang ajar dengan perempuan, dan lagi dan lagi dan lagi, serius aku rasa marah walaupun orang yang mereka hina itu bukanlah orang-orang kegemaran aku.
Tak suka dah lah, nak hina nak caci buat apa. Caci maki bukan boleh buat martabat kau naik setinggi gunung pun. Kau tak perasan bila kau caci orang kau nampak sungguh bodoh. Sungguh sengal. Sungguh ... er sial. Maaf, tak bermaksud nak maki tapi perkataan itu nampak sangat tepat digunakan di sini.
Sebab apa sial? Sebab bila kau caci maki orang yang mana agama kita larang, kau memburukkan agama dan bangsa. Reti?
Ah sudahlah. Aku leter panjang-panjang pun bukan boleh ubah pe'el diorang ni.
Aku ada satu lagu nasihat untuk diorang yang KONONNYA pemimpin yang membela Melayu dan Islam.
Harap dihadam segala nasihat.
Siti Nurhaliza - Kurik Kundi
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan
Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya
Chorus
Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya
Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat
(Pulau Pinang)
Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita
Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya
Ulang *
(Perak)
Ada O ada E
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza
Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate
Selembut tarian hoi
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya
Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan Kuala
Cakap tidak serupe
Dihitung beratus-ratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Di lubuk yang mana
Tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar
Makin banyak yang terpendam
Di sini ibunya
Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya
(Negeri Sembilan)
Mana usang diperbahrui
Mana lapok hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan
Kalau panjang cantik manis
Minta dikerat
Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato
Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa
Tak boghadat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghadat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah
Ulang Chorus
(Terengganu)
Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias molek sungguh la wei
Santun lakunya wei merendah suara
Bagai berpayung wei rasa teduhnya
( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe
Jange dale habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe
(Sabah)
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku
(Sarawak)
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kamek nyambut madah tuan hulurkan
Kitak nyambut madah kamek hulurkan
Ulang *
Ulang Chorus
Sunday, November 20, 2016
Merasa Suasana Kampung di Kuala Pilah
*Untuk monambah suasano dan ponghayatan disarankan supayo bacolah entri ni sambil mendongar lagu ayam den lapeh, apo kono eh jang, atau apo-apo lagu yang soangkatan dongannyo. Sekian terimo kasih.
*****
Cerita minggu lepas. Kawan atuknya jemput ke Kuala Pilah merasa suasana kampung. Peluang tak disia-siakan. Setuju aje. Si leng chai itu paling teruja bila tahu ada aktiviti menangkap ikan.
Gerak pagi-pagi dari rumah atuknya kat Seremban singgah sarapan di pasar sehari kat Tanjung. Disebabkan semua cucu-cucu atuk pakai kasut lawa lepas sarapan atuk belanja selipar. Takkan turun sungai pakai kasut sukan dan kasut lip lap lip lap ye dak.
Gumbira cucu-cucu atuk dapat selipar baru. Baru diorang tahu kat pasar bukan je ada jual ikan, tapi selipar, baju, mainan, jam tangan, macam-macam pun ada.
Dalam perjalanan boleh tengok banyak rumah kampung, tengok kerbau, kambing, sawah padi. Dak kecit hensem tu nampak kambing dia buat bunyi bek.. nampak kerbau dia buat bunyi mooo.. Dan mama pun kena layan sama mengembek.
Leng lui nampak kambing. Dog katanya. Adui. Teringat masa dia kecik dulu pun dia panggil dog kat kambing. Dah besar ni takkan tak kenal lagi nak oi..
![]() |
| Ini lah rumah nya. Kampung Beting. |
Tiga kanak-kanak riang bukan main teruja pertama kali jejak rumah design macam ni dan ada lantai kayu.
Siap melompat-lompat atas rumah nak dengar bunyi lantai papan.
Si leng chai itu dah tak boleh kawal lagi. Masuk pintu dapur keluar pintu depan, lari-lari terjun tangga, lari-lari kat laman nan luas yang rumputnya baru dipotong ditemani rama-rama, latar belakang pokok-pokok durian dan manggis dengan efek bunyi unggas dan aliran sungai. Wah..
Nasib baik dia tak terjun tingkap.
![]() |
| Kanak-kanak riang teruja lepak kat tangga. Mula-mula nampak tangga diorang dah wah... |
Kat tepi rumah ada anak sungai. Bolehlah budak-budak yang tak pernah jumpa sungai main-main air.
Dak kecit yang sorang tu takut nak cecah kaki kat air. Mungkin sebab nampak air tu mengalir ikut arus.
Si leng chai dah tak tahan akhirnya dia berkubang dalam air cetek tu. Dia sorang yang basah satu badan.
![]() |
| Atot... kata dak kecit tu. |
Macam biasa dak leng chai itu banyak persoalan yang bersarang di mindanya. Mula-mula jejak kaki masuk air dia tanya nenek dalam sungai ada ikan jaws tak?
Dalam sungai mana ada jaws kata kakaknya. Belum habis akaknya bagi penerangan habitat jerung dia tanya soalan nombor dua - buaya ada tak?
Oi mulut jangan celupar! Laju aje papanya sound. Heheh.
Selesai aktiviti sungai balik makan tengah hari lauk tema nogori - gulai lomak cili padi daging salai, gulai lomak cili padi cendawan kukur, gulai lomak cili padi pucuk paku, ikan sungai goreng (lupa lak spesis apa), sup sayur (nama daun tu pun lupa. Rare), dan telur dadar.
Dah solat, rehat, minum petang, pukul 4 ptg pack barang gi melawat kawan atuknya yang ada bela rusa.
Tujuan atuk nenek nak melawat kawan, tujuan cucu-cucu nak melawat rusa.
Sampai je lepas salam mukaddimah bagai cepat je si leng chai tanya rusa mana? Adeh. Dia memang tak reti nak menyembunyikan keterujaan.
Lepas tu tuan rumah bagi roti untuk bagi rusa makan. Leng chai pandang roti. Lepas tu dia mintak nak makan roti. Macam-macam betul budak yang sorang ni.
![]() |
| Leng chai pandang rusa makan roti. Sedap pulak nampak roti tu. |
Lepas tengok cara-cara bagi rusa makan dua kanak-kanak riang tak nak bagi makan kat mulut rusa. Geli katanya. Takut rusa tu jilat tangan. Akhirnya diorang campak roti jauh-jauh macam bagi ayam makan. Oi nak..
![]() |
| Aloo, sini ada roti meh la makan. |
![]() |
| Nampak tak kat belakang ada budak ketiduran. Macam ni punya tidur kot bunyi bom pun tak sedar. |
![]() |
| Rusa ni yang sekor namanya Abang, yang lagi sekor namanya Nyet Nyet. |
Dulu ada empat ekor rusa kata tuan rusa. Satu hari tuan rusa masuk hospital ada komplikasi jantung dan paru-paru.
20 saat degupan jantung dah berhenti. Keliling dah pakat-pakat baca yasin. Doktor pakai benda yang ada renjatan letrik tu. Alhamdulillah panjang lagi umur.
Tapi kat rumah dua ekor rusa jantan kebetulan tiba-tiba sakit tenat. Lepas tuannya balik yang seekor mati yang lagi seekor sempat disembelih. Tinggallah Abang dan Nyet Nyet.
Selesai aktiviti berpiknik kat rumah kawan atuknya dengan juadah pengat durian, roti, cekodok pisang, air oren, kopi, kentang, dan nugget (betul macam piknik. Terharu dengan layanan tuan rumah), gerak balik Seremban lalu jalan lama Serenban-Pilah ikut Bukit Putus.
Tengah-tengah bukit tu ada segerombolan monyet menunggu ehsan pemandu yang nak hulur roti ke pisang ke kfc ke.
Malamnya gerak balik Ampang. Esok hari nak kojo.
Hari esoknya baru tahu masa kitorang menikmati kedamaian kampung ada kekalutan dan insiden pinochio berdarah hidung di Ampang Point. Keh3. Ah gasak koranglah. Kitorang tak suka gaduh-gaduh.
Semoga semua diberikan hidayah dan cintakan kedamaian. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)









