Thursday, August 30, 2018

Karya Cucu Cikgu Seni

Aku kalau nak tengok seni mural dinding ni tak payah gi jauh-jauh. Bagi je budak empat tahun tu cat tau lah dia apa nak buat. Tapi aku tak nak. Sebab jiwa seni aku tak cukup dalam nak menghadam karya abstrak dia. Segala cat dan berus lukisan adalah dilarang sama sekali untuk sampai ke tangan dia.



Satu hari tu aku dengar 'pap pap pap'. Sambil tu ekor matanya melirik mama. Mulut mama terkunci. Tahan sabar. Tapi mata mama bagai berbicara "dey, seronok tampar-tampar dinding, nak penampor? "


Tapi lepas selesai seni mural dan dia dah pegang berus dengan bancuhan warna apantah dan nak mula lagi satu projek seni, mama dah tak boleh tahan sabar. Piak! Mama jentik tangan dia. Waaaa.. Bunyi siren bomba.

Dah satu dinding kau kerjakan senang hati kau nak kerjakan baby cot yang putih mulus tu.



Yang senyum tersipu-sipu tu lah artisnya.

Tuesday, June 5, 2018

Kadang-kadang Ibu Bapa Lebih Perlu Disekolahkan

Bila kau ada anak, dan mula hantar anak-anak ke taska dan tadika, kau akan jumpa macam-macam jenis ibu bapa. Dari jenis yang biasa-biasa sampailah jenis yang luar biasa. Jenis yang luar biasa ni pulak yang jenis boleh buat cikgu tadika dan pengasuh taska pening kepala.

Pening kepala melayan kerenah anak-anak dah satu hal. Masih boleh handle. Biasa lah budak-budak. Sepuluh budak sepuluh ragamnya.

Pening kepala melayan kerenah ibu bapa yang luar biasa ni memerlukan kesabaran yang lebih tinggi. Jenis yang terlebih cerewet, perfectionist dan tak tahu bertenang. Silap sikit je siaplah kau cikgu tadika dan pengasuh taska. Lebih-lebih lagi si pengetua. Memang kena fire kaw-kaw. Masaklah korang.

Lebih luar biasa bila bukan setakat cikgu, pengasuh dan pengetua yang kena, budak tadika umur empat tahun pun boleh kena dengan ibu bapa jenis ni. Kot anak dia kena cakar ke, kena gigit ke, siaplah dia nak korek nak tahu budak mana yang buat lepas tu nak jumpa budak tu. What?! Kalau setakat nak jumpa cikgu ke pengasuh ke, mak pak budak tu ke, logik la kan. Kau nak jumpa budak tu buat hape? Nak marah dia? Nak gigit dia balik? Budak 4 tahun, kot dia tembak orang pun mahkamah tak boleh gantung mati dia.

Dari satu sudut, ye betul, ibu bapa ada hak untuk komplen. Contohnya pagi-pagi dia bancuh susu untuk anak, letak dalam beg, sampai taska suruh pengasuh bagi anak, alih-alih pengasuh tu lupa. Ok fine, memang salah pengasuh. Atau dia bagi ubat dan pengasuh lupa bagi. Ye, itu salah pengasuh. Tapi tegur la elok-elok. Mana tahu ada prosedur yang kita tak aware, contohnya untuk anak yang ada ubat nak kena tulis pesanan dalam log book ke, lepas tu follow-up dengan pengetua dia, tau la pengetua dia nak kejar pengasuh yang mana satu. Proper la kan. Bukan meroyan dekat group whatsapp. Silap-silap dah terbuka aib sendiri.

Lepas tu kena la ingat, pengasuh tu bukan jaga anak kita sorang. Untuk budak 4 tahun ke atas, kalau tak silap aku nisbah satu pengasuh enam kanak-kanak yang dia jaga. Kau kalau jaga anak sorang pun tak terkejar kan. Ini pulak seramai entah berapa orang. Dah dihadkan tapi ada pulak ibu bapa merayu-rayu nak enrol anak. Akhirnya terima juga. Bukan masalah nak untung lebih. Lagipun bisnes taska tadika ni pun untungnya bukan macam bisnes lain. Kos pengendalian tinggi. Nak letak yuran tinggi-tinggi pun fikir juga kemampuan ekonomi ibu bapa. Dah tu, cikgu-cikgu dan pengasuh pun nak juga merasa naik gaji, sekali sekala nak juga merasa bonus dan benefit lain. Kalau tak ada minat dan kesungguhan bisnes bidang ni memang susah nak survive. Pendek kata bidang ni lebih kepada tanggungjawab sosial.

Kalau anak-anak tu pagi-pagi senang hati ke tadika, jemput balik waktu petang pun gembira (silap-silap tak nak balik), balik dah siap mandi, duk taska makan minum cukup, kencing berak semua ada orang cuci, syukur Alhamdulillah. Dengan yuran lebih kurang RM400 sebulan anak boleh attend formal class (siap pakai certified & high quality syllibus lagi kau) + ada orang jaga makan minum kencing beraknya + bersosial dengan kawan-kawan, syukur lah.

Kau kalau dibayar gaji RM700 ke, RM900 ke, RM1000 ke, kau sanggup kerja 7 pagi sampai 7 malam, jaga makan minum, mandi pakai, cuci kencing cuci muntah cuci berak paling kurang 6 orang anak orang lain? Kerja 8 jam kat ofis buat kerja menghadap pc sambil minum kopi dengan gaji RM3k 4k sebulan bos bagi kerja lebih pun dah berkokok. Kata menda mung?

Bila anak-anak belajar berkawan, fitrah budak-budak, biasa la ada gaduh-gaduh, rebut-rebut, lari sana lompat sini terjatuh sana lebam sini, itu ini. Itu semua pun proses pembelajaran. Bukan setakat buka buku dan belajar A B C 1 2 3. Budak yang pernah rasa sakitnya jatuh akan belajar untuk berhati-hati. Budak yang tahu tak bestnya bergaduh perlahan-lahan akan belajar berdiplomasi. Budak yang pernah mengalami betapa annoyingnya terpaksa berebut akhirnya akan belajar bahawa berkongsi dan win-win itu lebih seronok.

Paling penting, pengalaman-pengalaman ni bila diorang ceritakan kat mak pak diorang, dan mak pak diorang pulak pandai bimbing macam mana nak deal dengan situasi, macam mana nak bersangka baik, bila kena minta maaf, bila kena ucap terima kasih, macam mana nak memaafkan, tang mana nak kena bertegas, akhirnya pengalaman-pengalaman ni membentuk akhlak dan memacu common sense diorang. Dah besar esok masuk dalam masyarakat kemahiran-kemahiran untuk berakhlak dan beradab ni dah jadi jati diri dan insya Allah terhindar dari penyakit hipokrit. Jadi lah mereka manusia berakhlak dan tak menyusahkan masyarakat.

Tapi itulah, dalam sibuk-sibuk ibu bapa nak sekolahkan anak-anak, sebenarnya ibu bapa ni terlebih dahulu perlu disekolahkan. Aku tak la bermaksud tak boleh komplen langsung dengan pihak taska dan tadika. Ada tempat memang kena tegur. Ada tempat memang salah pihak tadika/taska. Tapi cara 'tegur' tu pun kadang jauh lebih salah dari kesalahan yang di'tegur'. Kononnya nak menegur tapi 'tegurannya' dah bersulam dengan buruk sangka dan tuduhan, tambah lagi buka aib orang. Kalau ayat dah pakai banyak '!!!' itu bukan tegur. Itu marah namanya. Marah tu pangkat nafsu paling tinggi. Mu tau dok lagi? Tengah puasa ni bawak-bawak la bersabar.

Sebagai ibu bapa, BELAJAR la untuk redha, bertenang, dan jadi bijak. Itu lebih baik untuk anak-anak. Lebih baik untuk semua orang, dan lebih baik untuk diri sendiri. Dan ye, BELAJAR untuk hargai penat lelah dan kasih sayang cikgu-cikgu tadika dan pengasuh taska. Sebab tak ramai orang ada kemahiran dan boleh bertahan dalam profession ni. Belajar juga untuk bersyukur. Ada orang sanggup jaga dan sayang anak kita itu pun satu bentuk nikmat Allah. (Maka nikmat Allah manakah lagi yang kau dustakan?)

Paling penting belajar la untuk BELAJAR. Bukan sibuk nak mengajar orang di saat diri sendiri yang perlukan ajaran.

Monday, May 21, 2018

Diari PRU14 Aku

07 Mei 2018
Incek papa tiba-tiba mengemukakan cadangan yang sungguh bernas - Lepas ngundi jom balik Terengganu. Amboi incek, sedap aje buat keputusan last-minute. Tapi aku setuju dengan sepenuh hati sambil otak laju berkira-kira sempat ke tak nak basuh semua baju yang nak dibawa, sempat ke nak kering, nak lipat, nak packing - kain-baju untuk semua 4 kanak-kanak riang ria + mama yang osem tak hengat. Baju yang elok tak banyak yang tinggal. Pusing-pusing gilir-gilir baju tu jugak. Baju yang dah bersih ada tapi ada lah cacat sana-sini, koyak situ, singkat sini. Baju mama memang terhadlah bulan-bulan kebelakangan ni. Dah sangkut kat peurt. Ha ha hadoi. Belum kira nak packing toilettries, krim pesakit kulit, ubat-ubatan, susu-susuan, botol-botolan, makanan budak yang gigi baru 6 batang, dan itu, dan ini, dan lagi, dan lagi..


08 Mei 2018
Balik kerja, tapau roti canai untuk makan malam sekeluarga (supaya tak banyak kerja nak kena masak cuci periuk kuali bagai dengan drama jejak kasihan dak kecit peluk kaki masa tengah masak), jemput semua kanak-kanak riang-ria-gembira-sentiasa-bising-selalu balik rumah, lepas tu incek papa patah balik ofis nak siapkan kerja nak cuti panjang amik kesempatan cuti plihanraya yang best dan bernas gila sebab buat hari Rabu. See, this is how we could turn bad things into a good one (konon).

Tapi cabaran terbesar bila incek papa masuk ofis malam dan balik tengah malam ialah - camana aku nak packing dan mengemas segala macam mak-nenek kat rumah tu dengan aman dan damai tanpa iklan-iklan dari semua kanak-kanak riang-ria-gembira-sentiasa-bising-selalu ni?

Tengah aku mengemas kat dapur dak kecit gigi nam batang tu nak terjun tiruk dari atas sofa. Ok, kemas dapur put on-hold. Tengah aku solat maghrib dia dan abang dia datang ba-cak dan main sorok-sorok dalam telekung. Pasrah. Kang aku cak diorang kang nanges lak lagi tak jadi kerja aku. Tengah diorang bergaduh berebut main blok kayu dan berebut channel tv + berdebat entah apa isunya pun aku tak tahu, aku amik kesempatan makan roti canai laju-laju sebelum ada yang datang buat aduan dan laporan yang aku tak kuasa nak buat siasatan lanjut sebab balik-balik kes yang sama. Alhamdulillah, takde kes tercekik roti canai.

Tapi kesimpulannya malam tu berlalu tanpa aku sempat packing apa-apa, kain baju kat ampaian terbiar tak berangkat, pinggan mangkuk dan botol-botol susu bergelimpangan dan lain-lain tak dapek den nak kobar an cano kecah eh. Senang cerita, mari semua kita tido.
Aku sedar incek papa balik tapi malas nak tengok jam. Pagi esok je lah aku tengok.




09 Mei 2018
Aku bangun macam hari nak gi kerja - pukul 4 pagi. Angkat kain, sidai kain yang anak dara jepun tu dah siap basuh, lipat dan mula packing. Azan subuh je packing dah siap 70%. Incek papa ke surau. Kejut dak leng chai dan leng lui tu bangun subuh dan siap mandi semua, pastu  pandai-pandai lah diorang nak packing barang ekstra nak bawa balik kampung.

Lagi dua dak kecit tukar lampin je. Pukul 7.15 angkut semua keluar gi tempat mengundi. Konon-konon nak dapat giliran paling awal. Lagi awal dari calon-calon bertanding.
Pergi Dewan Dato Ahmad Razali. Tengok ada banyak polis dengan moto besau, ada trak polis, kereta polis, abam-abam polis, tapi takde pulak nampak orang datang nak ngundi. gate pun tutup lagi. Awal sangat kot. Takpe, jom sarap dulu.

Sarapan depan sekolah. Tengah sarapan nampak calon parti dacing sedang beramah mesra dengan pengundi yang sedang beratur kat luar pintu pagar sekolah yang belum dibuka.
Selesai sarapan Pergi balik dewan tadi. Incek papa keluar dulu. Konfiden nanti ngundi aku dapat priority lane. Aku tunggu dalam keta dengan anak-anak. Tiba-tiba incek papa datang balik. Rupanya bukan itu dewannya. Lor...

Start enjin keta, patah balik, sambil berkira-kira, buka google maps, cari Dewan Orang Ramai Taman Dato Ahmad Razali. Tiba-tiba nampak satu keta hitam. Hah, konal keto ni. Jiran kita ni. Jom folo dia. Mak kata jangan ikut orang yang kita tak kenal. Tapi cik kak ni kitorang kenal. Hehe..

Tiba-tiba keta ni masuk lorong-lorong kecik, celah-celah taman perumahan dan parking tepi jalan. Pandang kiri, pandang kanan, pandang depan, belakang. Dewannya mana? Malu bertanya sesat jalan kan. Jadi incek papa turun dan tanya akak jiran ni. Aku nampak akak tu macam tergelak. Mesti incek papa dah buat pengakuan jujur yang kitorang folo dia. Eheh.

Rupanya itu jalan belakang, Parking banyak sebab tak ramai orang ikut jalan tu. Lepas tu kena jalan sikit, ada jambatan, belah kiri ada pokok sukun yang lebat berbuah, belah kanan ada pokok-pokok apa entah, belah bawah nampak sungai mengalir celah-celah batu sungai, bunyi unggas dan mergastua bersahut-sahutan. Wah wah wah. Ni nak gi ngundi ke nak trekking wei.

Rupa-rupanya dewan tu celah-celah blok flat. Tak pernah tahu ada dewan kat situ.

Tengah beratur nampak calon parti mata lebam baru selesai mengundi tengah beramah-mesra dengan pengundi dan bagi tisu serta nasihat elok-elok celup jari, dakwat meleleh. Sempat salam. Nampaknya dia ingat lagi 07 Mei itu hari dia belanja aku sarapan kat depan sekolah tu. Heheh.

Barisan panjang. Tengah beratur ada petugas SPR nampak aku dan panggil aku potong barisan. Tau dah.. Perut dah takleh sorok dah. Heheh. Incek papa tanya dia camana? Bini ikut priority lane, lakinya pegang budak yang dah tak keruan terjerit-jerit nak lepas tak nak dukung, keliling dia ada lagi tiga budak yang macam biasa kalau tak dikawal selia bakal melakonkan babak-babak drama tanpa skrip dan kamera.

Sekali petugas SPR tu suruh incek papa beratur kat barisan warga emas. Hehe. Jadi aku masuk dulu, aku bawak sekali dak hensem yang mulut becok tu. Banyak betul soalan dia. Tanya itu, tanya ini, ba cak kat kotak undi,  buat inspection kat peti undi. Petugas-petugas SPR tu pandang je.

Masa buka kertas undi tu nampak logo bulan, dacing, mata lebam, dan gajah. Entah camana boleh terfikir nak tulis dalam kotak tu 'Awas, Gajah Melintas di Hadapan'. Tapi nasib baik aku dah matang dan tak nakal macam budak. Jangan rosakkan undi. Pangkah betul-betul supaya orang yang kita tak berkenan dapat 'dipangkah' keluar. Hehe.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, pukul 9 pagi semua selesai - sarapan dah, ngundi dah, walaupun dengan bawa 4 orang budak. Balik rumah, mandikan 2 budak lagi, finalise barang-barang yang nak pack, chow.

Jadi malam tu aku tengok keputusan di kampung halaman terchenta. Disebabkan keputusan macam agak liat nak keluar, sesi analisis politik bersama mak aku berlangsung agak lama. Lepas tu dah malas nak nunggu keputusan. Tido.

***
Aku rasa panjang dah entri kali ni. Next entri tak tau lah bila akan keluar. Boleh lah baca satu perenggan dulu, pastu sambung-sambung baca. Keh3. Lagipun telefon pintar belum baiki lagi. Duit nak baiki henpon tu lagi bagus aku pakai untuk beli susu anak, lampin anak, beras, ayam ikan, bayar yuran taska, tadika, belanja sekolah, etc. etc. etc. Tunggulah ekonomi dah elok sikit nanti baru baiki. Time tu bolehlah up entri macam tahun-tahun lepas.

Wednesday, February 7, 2018

Khabar Berita Pertama Dari Mak Cik Untuk Tahun 2018

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Setelah sekian lama akhirnya hari ni berjaya log in. Pinjam pc pejabat. Sementara tunggu incek papa pulang dari menjalani kursus BOSIET (Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training). Petanda tak berapa lama lagi mak cik bakal kembali jadi ibu tinggal. Ibunya tinggal di daratan. Bapanya turun ke laut. Eheh.

Sebelum bercerita lebih lanjut ingin mak cik memohon maaf kerana tidak dapat menyambung leteran-leteran mak cik.

Mula-mula tu bizi bebenor. Bizi tahap nak stalk blog orang pun tak sempat. Kejar project deadline sebab nak bercuti hujung tahun itu hari.

Lepas tu tahun baru dimulakan dengan insiden telefon pintar digigit anak teruna sampai hilang gambarannya. Sampai hari ni tak bertelefon pintar. Bila tak bertelefon pintar memang payahlah nak update blog yang hidupnya semacam segan matinya tak malu mahu. Begitulah, sepintar-pintar telefon pintar tetap tak dapat mengelak gigitan seorang budak yang kegeraman.

Dua ke tiga hari telefon yang pintar itu digigit kereta pula dipancung orang. Segala kerugian material ditanggung si pelaku. Claim insuran dia. Itulah, lain kali jangan potong Q ye. Tapi kerugian masa dan tenaga serta hutang budi tetap ditanggung badan.

Eh, dah nak Isyak. Papehal solat dulu. Panjang umur insya Allah mak cik datang berleter lagi.

Daa..





Tuesday, September 26, 2017

Arak 2017: Episod 1- Pandangan Seorang Loyar

Kadang-kadang bila kita nak tunjuk pandai, kita sebenarnya lebih kepada memandai-mandai, akibatnya kita taklah nampak pandai.

Tak kira lah kita lawyer ka, majistret ka, ahlil musik ka, doktor gigi ka.



Mula-mula sila rujuk gambar.

Kemudian sila klik sini untuk lebih faham apa yang makcik nak leter nanti.

Dah terjun ke pautan sinun? Dah baca? Sila hadamkan.

Nanti bila senang mak cik akan kembali berleter.

Ok, see you.