Ini sup ketam versi paling simple. Er, dan cepat. 10 minit pun boleh siap (*Tertakluk kepada terma dan syarat). *Terma dan syarat: 2-Air panas mesti available (sambil hiris-hiris bawang, cuci ketam, bolehlah masak air. Tak perlu didih puh, janji panas sudah..)
 |
Bahan-bahan: halia, bawang besar / bawang merah (suka hati lah), bawang putih, lada hitam (suka hati lah nak ambil air dia je ke atau nak terjunkan sebiji-sebiji atau yang dikisar halus). |
 |
Ketam. Jangan lupa ketuk dulu dengan alu lesung untuk senang makan. Gambar ketam bergelimpangan; sila lihat sambil dengar lagu Orochimaru. Seram tak? |
 |
Langkah 1: tumiskan semua bahan. |
 |
Langkah 2: Masukkan ketam. |
 |
Er, gaul-gaul lah sikit.. |
 |
Langkah 3: masukkan air yang baru mendidih. Nak pakai air yang belum masak pun boleh tapi ambil masa sikit untuk masak. |
 |
Tada... 10 minit je cik Jah.. |
4 comments:
aku nak makan je...
masak malas.... hahaha
nak ketammmm...!!!!
dapnyaaa...
@Nizam.Ariff
biar kurang masak, jgn kurang makan. hehe..
@CiKPuaNLawA
nak? mael ade jual. dua singgit.
Post a Comment