Showing posts with label info tambahan. Show all posts
Showing posts with label info tambahan. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Laluan Masuk Baru ke AKLEH

Beberapa bulan lepas laluan masuk baru ke AKLEH dibuka tapi sampai hari ni nampak macam tak ramai yang guna. Lebih kurang 3 bulan (rasanya) dibuka tapi Google Map masih belum update laluan ni.

Entrance (baru): Jalan Tun Razak arah utara, selepas lampu isyarat simpang jalan Yap Kwan Seng, betul-betul sebelum Flat PKNS Jalan Tun Razak.

Exit:
1st exit: KLCC
2nd exit: Jalan Sultan Ismail
2nd exit U-turn: boleh ke Keramat, MRR II, Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya.
3rd Exit (Last exit): Jalan Ampang

Jadi kepada yang biasa guna laluan Binjai, masuk Jalan Tun Razak yang sesak,kemudian naik flyover untuk masuk AKLEH, apa kata cuba jalan ni pula.

Sumber: Google Maps

Thursday, October 14, 2010

Petua Tembikai Manis


Dulu-dulu ada orang bagi petua ni kat saya.  Lupa pula siapa.  Kawan? Makcik? Nenek? Entah.  Tapi petua tu saya ingat sampai hari ni.

Orang tu kata kalau nak tembikai jadi manis, sebelum potong rendamkan sebiji buah tembikai tu dalam air garam.  Lepas tu keluarkan, bersihkan, lepas tu potong.

Tapi sampai hari ni saya belum cuba lagi petua ni jadi tak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

Nak cuba?

Monday, August 2, 2010

Apa Itu Bicara Cinta?


Cinta itu aku. Aku adalah Cinta. Oleh itu Bicara Cinta ialah kata-kata aku. Blog Bicara Cinta pula ialah blog tempat aku berbicara (baca: merapu) di alam adamaya untuk melampiaskan nafsu pemikiranku yang selalunya diklasifikasikan sebagai ntahapehapentah.

Pada awal penubuhannya blog ini kononnya ingin bertemakan penulisan serius lagi berilmu (sila sebut eleh..). Akhirnya melencong, menyimpang dan hampir sesat dengan bahan-bahan picisan diselang seli laporan aktiviti tuan blog yang asyik mengelat daripada memaparkan wajahnya secara jelas (tapi tak la ngelat abis macam joyah. heee..).

Kali ini sudah masuk kali ke tiga Blog Bicara Cinta menukar kepala blog. Kenapa? Saja-saja.

Namun niat asal untuk terus menggunakan Bahasa Melayu (sekarang dipanggil Bahasa Malaysia? Entah, tanyalah DBP. Selalu sangat tukar-tukar.) masih dapat dikekalkan (tepuk tepuk tepuk) walaupun terdapat perbendaharaan kata dan tatabahasa yang tidak pernah ada dalam sukatan pelajaran sistem pendidikan negara hasil evolusi bahasa yang berkembang pesat agar tidak pupus sebagaimana beberapa bahasa di dunia hari ini (kepupusan bahasa sila klik sini) sekaligus cuba untuk mengurangkan efek negatif PPSMI yang dianggap oleh blog ini sebagai program yang mengarut lagi merapu yang akan melahirkan bangsa Malaysia yang perasan seperti orang putih walau hakikatnya cakap bak Pua Chu Kang (tak salah berbahasa Inggeris tapi tolong lah jangan dalam proses pembelajaran sains dan matematik. Tolong la.).

(Eh, dah nak lunch. Daa..)