Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

mariberkasihsayang.blogspot - blog not found

Maskot rasmi BBC - Tenkorak yang bahagia

Semalam tangan gatal nak tukar setting itu ini, tiba-tiba terasa pulak address mariberkasihsayang.blogspot tu macam complicated, tiba-tiba terfikir nak tukar jadi blogbicaracinta.blogspot, macam lebih senang nak taip dan sebut. Sekali nak redirect address tak dapat.

Jadi kepada kawan-kawan yang semalam nak cuba jenguk BBC tapi dapat notis 'blog not found', ampun tok. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekarang, dengan rasminya diumumkan,

Blog Bicara Cinta aka BBC sudah bertukar alamat daripada mariberkasihsayang.blogspot kepada blogbicaracinta.blogspot.

Harap maklum dan sekali lagi harap maaf, segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Cinta

Saturday, December 4, 2010

sindrom perasan bizi

bizi.
kerja.

bizi.

kerja.
bizi.

bizi.
hujung minggu pun kerja.

kat ofis internet kena block. nak blogging kat rumah budak kecik tu tak bagi.

hmm...

ngantuk la pulak...

esok nak gi bayar saman, nak jenguk rumah yang dah lama tinggal.

zzzzzz......

p/s:(dalam mimpi)
1-sila abaikan entri yang sia-sia ini.
2-tahniah untuk mrs.ecam.

Friday, November 19, 2010

Salam Aidiladha

Hari ni dah masuk hari ketiga = 13 Zulhijjah 1431.  Dah lambat ke nak ucap salam aidiladha? Tak kan? Ok, salam aidiladha untuk semua pembaca Bicara Cinta.  Selamat berkorban.  Jangan terkorban.

Tuan rumah BC akhir-akhir ni perasan agak sibuk jadi dah lama tak update.  Sesekali nak mengelat aku tempek resepi-resepi yang budak darjah satu pun boleh buat.  Ada lagi stok nak mengelat ni tapi kalau tiap kali pun nak tempek resepi nanti jadi macam Asia Food Channel la pulak.

Selingan:

 Ni masa Piala Malaysia 2010 itu hari.  Muka seposen.

Adui...


Ok, nak membizikan diri balik ni.  Daaa...

Friday, September 3, 2010

سلام عيد الفطر


Assalamualaikum

Sempena Ramadhan yang mulia
dan Syawal yang bakal menjelma
saya menyusun sepuluh jari
mohon dimaafi segala dosa
salah dan silap saya
sedar atau tidak
harap diampunkan

Kepada yang memandu
pandu cermat
banyak bersabar
bertolak ansur
bersangka baik
minta maaf dan memaafkan
hormat menghormati sesama pengguna jalan raya
(diorang pun bayar cukai juga. hee..)
Jangan bongok bongkak di jalan raya

Doakan kami selamat di sepanjang perjalanan

Terima kasih semua

Selamat Hari Raya!!

p/s: jumpa dua minggu lagi.

Tuesday, August 17, 2010

Ucapan 30 Saat dari Bryan Dyson

Tadi saya ada menerima emel dari seorang teman.  Ucapan pendek tiga puluh saat oleh Bryan Dyson - bekas Ketua Pegawai Eksekutif Coca Cola.  Begini ucapan beliau:

    Bayangkan hidup sebagai satu permainan menimang (juggle) lima biji bola di udara.  Bola-bola itu adalah Kerja, Keluarga, Kesihatan, Sahabat dan Semangat, dan kamu cuba mengekalkan lambungan bola-bola ini di udara.

    Lama kelamaan kamu akan faham bahawa Kerja adalah bola getah.  Andai bola getah itu terjatuh, ia akan kembali melantun.  Tetapi empat bola yang lain - Keluarga, Kesihatan, Sahabat dan Semangat - diperbuat daripada gelas.  Andai salah satu terjatuh, ia akan selamanya tercalar, terguris, terbelah, retak, atau berkecai.  Ia tidak lagi akan sama dengan sebelumnya.  Kamu harus memahaminya dan berusaha untuk itu.

    Bekerjalah dengan efisien sewaktu di pejabat dan pulanglah tepat pada waktunya.  Luangkanlah waktu yang diperlukan kepada keluarga, rakan, dan dapatkan rehat yang cukup.

'Value has a value only if its value is valued'

*****

Teringat pula tujuh tahun lepas saya pernah memberikan ucapan sebelas patah perkataan pada malam penamaan calon.  Tengoklah, kalau ada 'mood' bercerita saya akan bercerita penglibatan saya dalam politik pada suatu masa dahulu.

Itupun kalau saya ada 'mood' la.  Hee...

Monday, August 2, 2010

Apa Itu Bicara Cinta?


Cinta itu aku. Aku adalah Cinta. Oleh itu Bicara Cinta ialah kata-kata aku. Blog Bicara Cinta pula ialah blog tempat aku berbicara (baca: merapu) di alam adamaya untuk melampiaskan nafsu pemikiranku yang selalunya diklasifikasikan sebagai ntahapehapentah.

Pada awal penubuhannya blog ini kononnya ingin bertemakan penulisan serius lagi berilmu (sila sebut eleh..). Akhirnya melencong, menyimpang dan hampir sesat dengan bahan-bahan picisan diselang seli laporan aktiviti tuan blog yang asyik mengelat daripada memaparkan wajahnya secara jelas (tapi tak la ngelat abis macam joyah. heee..).

Kali ini sudah masuk kali ke tiga Blog Bicara Cinta menukar kepala blog. Kenapa? Saja-saja.

Namun niat asal untuk terus menggunakan Bahasa Melayu (sekarang dipanggil Bahasa Malaysia? Entah, tanyalah DBP. Selalu sangat tukar-tukar.) masih dapat dikekalkan (tepuk tepuk tepuk) walaupun terdapat perbendaharaan kata dan tatabahasa yang tidak pernah ada dalam sukatan pelajaran sistem pendidikan negara hasil evolusi bahasa yang berkembang pesat agar tidak pupus sebagaimana beberapa bahasa di dunia hari ini (kepupusan bahasa sila klik sini) sekaligus cuba untuk mengurangkan efek negatif PPSMI yang dianggap oleh blog ini sebagai program yang mengarut lagi merapu yang akan melahirkan bangsa Malaysia yang perasan seperti orang putih walau hakikatnya cakap bak Pua Chu Kang (tak salah berbahasa Inggeris tapi tolong lah jangan dalam proses pembelajaran sains dan matematik. Tolong la.).

(Eh, dah nak lunch. Daa..)