Friday, November 30, 2012

Cerita Seorang Awek Kastam

Satu hari sewaktu pulang dari Singapura.

Seorang awek kastam sedang membelek-belek sambil cop-mengecop buku-buku kecil warna merah kitorang dengan muka serius tahap 13. Mungkin merajuk dengan boifren agaknya sebab dia ajak dating tapi boifren dia nak tengok bola. Aku agak la. Tak pula aku tanya sebab aku takut kalau aku tanya nanti dia akan cop-mengecop muka aku pula.

Sedang dia membelek-belek sambil cop-mengecop buku-buku kecil warna merah itu tiba-tiba dia bertanya dengan muka serius yang masih di tahap 13. Mungkin percubaan untuk beramah-mesra agaknya. Aku agak juga la sebab soalan dia pendek je, "Dari mana?" Menda soalan pendek, aku pun cuba jawab pendek juga lah, "Dari Thailand".

Aku rasa jawapan aku macam lawak tapi tidak kelihatan langsung tanda-tanda akan terukir senyum di wajahnya. Udah datang dari Singapura dia boleh tanya dari mana. Mungkin dia pun cuba untuk bergurau-gurau katak iaitu sejenis gurauan tanpa senyum dan tawa.

Selesai cop-mengecop dia hulurkan buku-buku kecil warna merah dengan ekspresi wajah yang masih sama, dan kitorang berlalu dengan ucapan terima kasih.

Lupa aku nak babai dan suruh kepochi aku bagi flying kiss. Mungkin babaian dan flying kiss itu boleh menerbitkan sedikit seri di wajahnya.

 
Inilah punca aku ke Singapura

Thursday, November 29, 2012

Kasut Ini Pijak Karpet Merah

 Hmm... Nampak macam ok.


Kalau zoom kat sini kantoi.


Macam tu lah kalau dah jadi PA untuk 3 orang. Nak siapkan budak kecik, budak tak berapa kecik, bapak budak, akhirnya mak budak lupa bawa kasut dua inci tinggi yang tersimpan dalam rak kasut sejauh 200km (agaknya) dari tempat kejadian.

Akhirnya kasut yang dipakai untuk ke jamban ini memijak karpet merah yang penuh glamer itu.

Dua inci tinggi? Motif? Tengoklah gambar tu.

Tapi takpe, tengok yang lain siap sempurna, bahagia rasa hati.

Friday, November 23, 2012

Siri Cerita Pendek Kepochi - Pujian Untuk Nenek

 Kepochi: otey, sume buleh matan!

Pada suatu malam, seorang nenek sedang meyiapkan makan malam, datang seorang kepochi 2 tahun setangah menjenguk dapur.


kepochi: Nenek, dah macak belum?

Nenek: Dah.

kepochi: otey, dud del.. (ok, good girl..)

Nenek: (tepuk dahi)

Dan di luar kedengaran...

"Atuuk, matan.. papa, matan.. Acu, matan..Anyah, matan..!"

Wednesday, November 21, 2012

Melukis Dengan Cahaya

Sekarang ramai orang hobinya snap foto. Ramai yang ada kamera mahal yang jenis ada teropong tu, apa nama tu, DSLR? DLSR? DSAI? Entahlah. Aku bab bidang ni memang fail. Nak on pun aku tak tau mana butang nak ditekan.

Aku kagum dengan orang-orang yang berhobikan snap gambar ni yang pandai bereksperimen dan mengeksploitasi cahaya, sudut dan setting-metting lalu menghasilkan gambar-gambar yang boleh buat aku tenung dan termenung lama-lama.

Seronok tengok orang-orang ni melukis menggunakan cahaya, teringin juga aku nak lukis guna cahaya macam diorang. Jadi berbekalkan kamera kecik otomatik yang aku dapat free masa beli TV yang mana anak aku yang umur 2 tahun tu pun pandai guna, aku pun cuba jugalah melukis menggunakan cahaya ni.

Jangan cakap pasal ntah ape shutter, setting itu, setting ini lah bagai, sebab aku tak faham bebenda tu sume. Lagipun kamera yang aku pakai ni tak ada setting untuk benda-benda tu sume. Tapi tak taulah kot tiba-tiba teropong besar tu boleh fit pulak kat kamerayangdapatfreemasabeliTV ni. Keh keh keh, jahat betul imaginasi aku.

Inilah hasilnya..

Salah satu spesis bunga melur

 Suka tang curl kat hujung kelopak tu

 Incek Semut: Tumpang lalu kak...

 Rupa-rupanya tengah-tengah bunga tu ada semut menyorok

Tiba-tiba nampak ni. Macam pelik.

Agaknya benih dia kot..

Tak tau apa nama bunga ni

Ni batang pokok bunga yang tak tau nama tu

Close up kat atas tanah pulak

 Bunga ni tumbuh kat celah-celah rumput tapi lagi tinggi dari rumput

Sepohon bonsai dalam pembikinan oleh Incek Kimi

Cuba ambil angle dari bawah konon nak bagi nampak macam pokok besar tapi spoiled dengan bumbung kat atas tu

Bonsai dalam mangkuk megi

Wayar-wayar yang melilit pokok ni diperbuat daripada tembaga, khas untuk buat bonsai.  Incek Kimi sanggup terbang ke Siam untuk cari benda alah ni.

Ok dah.