Tuesday, December 11, 2012

Sebut Betul-betul...

Gambar yang tiada kaitan dengan entri; Paling kiri budak 2 tahun, paling kanan budak 1 tahun.

Perkataan-perkataan yang selalu kita jumpa tapi sering disalah sebut:

1-Lingerie.
Sebutan salah yang selalu kita dengar; Lin-Je-Ri.
Sebutan lagi salah yang kadang-kadang ada orang sebut; Ling-Ge-Ri.
Sebutan betul; Lon-Je-Ri.
Lon; bunyi 'O' seperti 'O' yang terdapat dalam perkataan 'Switch On'.
Je; bunyi seperti sebutan 'senang JE'.
Ri; bunyi seperti 'Ri' dalam perkataan 'Rimas'.

2-Grand Prix.
Sebutan salah yang selalu kita dengar; Gren-Priks.
Sebutan betul; Gron-Pri.
Gron; bunyi 'O' seperti 'O' yang terdapat dalam perkataan 'Switch On'.
Pri; bunyi 'Pri' seperti 'Pri' yang terdapat dalam perkataan 'Primadona'.

Sekian. Semoga info ini berguna untuk semua.

Monday, December 10, 2012

Siri Cerita Pendek Kepochi : Saya Suka Menyanyi

Bergaya dengan spek percuma Drypers Drypantz

Kepochi masih pelat. Tapi kalau bercakap insya Allah boleh faham. Kiranya pelat kepochi di tahap mild. Walaupun pelat kepochi sangat suka menyanyi, dan bila menyanyi pelatnya yang tahap mild akan meningkat jadi strong.

Kadang-kadang liriknya boleh tahan. Kadang-kadang merapu. Kadang-kadang kita boleh faham. Kadang-kadang dia sendiri pun tak faham. Tapi dia masih menyanyi dengan gembira. Kucipret pun gembira dengar kepochi menyanyi - sambil bergoyang-goyang dan jerit-jerit. Mungkin kucipret pun menyanyi sama cuma tidak dapat dikesan oleh telinga-telinga yang mendengar. Atau mungkin sebenarnya dia cuba memberi sokongan kepada kepochi. Mungkin.

Ini antara lagu-lagu wajib kepochi. Kalau terer cubalah translate.

ae bi tci di ii ep ji
hesh ai jay tay elemenopi
tu ar esh ti yu vi
dabuyut ets wai en ji
naw ai no ma ae bi tci
net taem woncu sing weiiiiiiiit mi...
ae bi tci
ae bi tci

lagi-

alep ba ta ca jim a oa
da dja ro jai cin cen cod
dod to jo ....
abedebede..
blublublubla..
merapu.. merapu..

lagi-

itci bit paider wenap pe wote pot
daon tein de lein en wot de peide aut
aut ten de can en dadat tol de lein
itci bit paide en ap de pot de dein..

Boleh faham? Keh3..

Friday, December 7, 2012

Cara-cara Buat Sushi

Akhirnya dua minggu lepas saya berjaya buat sushi (dua minggu lepas buat hari ni baru nak cerita. hee...). Apa-apa pun, terima kasih kepada laman ini - sushifan.com.

Sebelum ni bila google cara-cara nak buat sushi selalu je ditunjukkan cara yang bagi saya adalah sangat complicated. Nasi nak kena kipas sambil gaul, lepas tu kena pakai bekas dan sudip kayulah bagai. Tapi sebenarnya senang je kalau tau alasan disuruh menggunakan bekas dan sudip kayu. Lagipun tak payah kipas, switch on saja kipas siling. Benda senang jangan disusah-susahkan.

Ok, jom belajar buat sushi. Mula-mula meh tengok bahan-bahannya.

Beras calrose
1-Beras - jenis calrose. Boleh tengok kat label paket tulis calrose rice. Jenama yang popular - Sumo, yang ada gambar atlet sumo tengah nganga mulut luas-luas depan mangkuk nasi sambil pegang penyepit. Ada juga jenama lain macam Sakura, lain-lain saya tak ingat. Harga standard RM10.90/kg. Hmm, patut lah sushi mahal..

Perisa sushi
2-Perisa sushi - atau cuka beras. Pernah makan tapai nasi? Wanginya lebih kurang macam tulah. Ada bau wangi manis-manis masam.

Seaweed sheet
3-Seaweed sheet - atau juga dikenali sebagai nori, helaian rumpai laut yang digunakan untuk balut sushi. Boleh dimakan begitu sahaja.

Timun Jepun dan kawan-kawannya
4-Inti - buat permulaan gunakan inti yang senang dulu - surimi (isi ketam), timun jepun, telur dadar.

1- Masak nasi - kat paket nasi selalunya dia tulis nisbah beras : air = 1 : 2. Tapi saya syorkan gunakan nisbah 1 : 1 sebab 2 : 1 adalah sangat lembik.


Nasi yang dah masak

2-Teet, teet, nasi dah masak, pindahkan ke dalam bekas plastik yang cukup ruang untuk kacau nasi tu nanti. Kenapa saya cadangkan bekas plastik sedangkan sejak 5 tahun lepas saya google semua mencadangkan bekas kayu? Sebabnya, bekas plastik senang nak cari ler... Dek nak cari bekas kayu lah 5 tahun saya menangguh percubaan mensushi. Yang penting, JANGAN gunakan periuk nasi atau sebarang bekas atau sudip logam. Sebab? Untuk mengelakkan tindakbalas cuka beras dengan logam terutamanya aluminium.

Beras calrose rupa dia agak pendek

3-Kacau nasi sambil merenjis-renjis dipilis dengan perisa sushi. Agak-agak kalau masak pakai satu mangkuk kecil beras renjiskan lebih kurang 1/4 cawan perisa atau 30ml atau lebih secukup rasa. Cara nak merenjis terpulang, isi dalam cawan dan renjis dengan sudu atau pakai shringe ubat anak, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Jangan tepung tawar sudah..


4-Bentangkan seaweed atas lapik buluh, ratakan nasi dengan sudu yang dicelup air sejuk (pakai air masak ye..) untuk mengelakkan nasi melekat kat sudu. Jangan takut nasi basah, takpe. Nak celup sudu tu dengan air tiap kali nak ratakan pun takpe.

Inti surimi
5-Letakkan inti.

Ni dah siap gulung. Mesti gulung pakai lapik buluh ni.

6-Lepas tu gulung guna lapik buluh tadi.

7-Potong menggunakan pisau basah. Siapkan 1 kole air masak untuk basahkan pisau. Kalau ada pisau Jepun yang material karbonapentah tu, yang sangat tajam dan tak payah tekan kuat untuk potong tu lagi bagus. Atau kalau dalam simpanan atuk anda ada pedang Jepun pun boleh bah.


Cubaan pertama saya

7-Apa lagi, ittadakimasu!!. Boleh cicah pakai sos sushi - kosong atau dicampur wasabe (macam kita makan tempoyak kacau dengan cili api tu..), atau alternatif lain kicap cair yang masin yang selalu buat kicap untuk cili potong kat kedai-kedai tom yam, atau boleh juga cecah budu. Betul, tak tipu, boleh pakai budu.

Soalan lazim - mana nak cari benda alah ni sume? Jawapan - kat Aeon (fka Jaya Jusco) supermarket ada jual starter kit yang terdiri daripada seaweed + buluh gulung + perisa sushi + sos soya (kicap), boleh didapati dekat rak yang jual sushi. Tapi beras dijual berasingan. Harga starter kit ni kalau tak silap RM28.00 sahaja.

Baiklah, selamat mencuba! Gambatte!!

Thursday, December 6, 2012

Kata-kata Kongsi



 I always cry & complain because I have no shoes until I meet a man who has no feet - Anonymous.

Tuesday, December 4, 2012

Alien? Cis.

City of Petra, Jordan
Bulan lepas kat History Channel selalu keluar pasal Ancient Alien. Macam-macam cerita alien. Piramid pakai teknologi alien, alien bina stonehenge, zaman dulu-dulu alien datang ke bumi lepas tu pass teknologi diorang kat manusia, itu ini itu ini sampai kadang-kadang naik muak tengok 'kemajuan' yang dimiliki bangsa alien.

Kagum dengan piramid dan kata alien yang bina seolah-olah nampak pokok bergoyang dalam keadaan tiada angin dan kata hantu yang goyang.

Aku bukan nak kondem History Channel atau nak kata alien itu totally mengarut atau nak kata orang-orang yang percaya alien itu tahyul. Alam ciptaan Allah ini masih banyak yang kita tak tahu jadi aku akui semua tu tak mustahil.

Tapi yang menjadi masalah di sini bila segala-galanya yang mengagumkan yang datang dari masa lampau dan zaman dulu-dulu dikaitkan dengan alien. Itu ini itu ini semua alien yang buat, alien yang bina, pakai teknologi alien. Sampai agama, tuhan, dewa, sembahan semua nak dikaitkan dengan alien. Seolah-olah manusia ni tak tahu nak pakai otak. Macamlah manusia tak reti nak berkembang maju. Semua alien nak kena tolong. Sebagai manusia aku rasa terhina, perasaaan yang macam bila politikusMelayuyangbutasejarahperasancambagus kondem bangsa Melayu.

Bila difikir-fikir aku rasa puncanya datang daripada sikap kita yang perasan bagus. Kita rasa kita lebih maju dan nenek moyang kita adalah manusia mundur yang tak berkembang. Kita rasa kita je yang reti bina bangunan tinggi-tinggi dan nenek moyang kita cuma tau cari gua dan duduk dalam tu. Kita rasa kita je yang reti buat jalan raya dan nenek moyang kita menyusur denai. Kita rasa kita je yang ada sistem pembetungan dan nenek moyang kita melepas hajat celah-celah semak.

Di atas rasa tak puas hati dan terhina oleh alien-alien yang kononnya bina piramid aku mula belek-belek tafsir Quran sebab kata ustaz-ustaz segala jawapan dan petunjuk ada dalam Quran. Aku tengok indeks di bawah tajuk bangsa-bangsa terdahulu. Ditakdirkan Allah aku jumpa sedikit klu dalam ayat ke 149 surah as-Syu'ara yang bermaksud:

'Dan kamu pahat dengan terampil sebagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah'

Aku tengok balik ayat-ayat lain yang sebelum ayat tu, lalu tahulah aku bahawa ayat ini menceritakan tentang kaum nabi Saleh - kaum Tsamud. Ayat-ayat sebelum tu menceritakan kehancuran kaum Ad selepas mendustakan ajaran yang dibawa nabi Hud. Sebelum tu lagi ada pula cerita nabi Nuh dan bahteranya.

Aku mula mencongak. Kaum Tsamud pandai pahat gunung untuk buat rumah. Mereka bukan duduk dalam gua. Kemahiran pahat gunung untuk buat rumah bukan mudah. Kalau setakat pakai pahat dan tukul tak taulah berapa lama boleh siap satu rumah. Mesti ada teknologi tertentu yang diorang pakai. Nak buat sudut 90 darjah pun tak boleh main hentam saja. Mesti ada teknik yang tepat. Aku pernah tengok gambar rumah-rumah yang dipahat di lereng-lereng gunung tapi lupa pula kat mana, nampak gah. Kat Petra, Jordan pun ada. Kat Petra siap dengan sistem saliran dan jalan. Ada stadium lagi.

Lepas tu aku teringat pula kisah nabi Nuh dan 100 pengikutnya yang bina kapal besar yang boleh muat binatang-binatang sepasang setiap jenis. Kecik-kecik dulu dalam bayangan aku kapal nabi Nuh adalah kapal kayu kuno yang sangat besar dan ada layar. Sekarang aku rasa imaginasi aku dulu tu salah.

Fikir-fikir lagi, kalau teknologi nabi Nuh tak cukup maju adalah hampir mustahil kapal sebegitu besar boleh siap dalam tempoh yang singkat, boleh lagi muat macam-macam haiwan, dengan hanya tenaga 100 orang pengikut, di mana dalam 100 orang itu ada wanita dan kanak-kanak. Macamana kalau kapal itu adalah kapal besar yang canggih yang dibina dengan teknologi dan kepakaran jurutera-jurutera yang lebih kurang sama dengan yang kita ada sekarang?

Aku cuba mencongak lagi. Usia nabi Adam aku lupa tapi kalau tak silap aku adalah 900 tahun lebih, dan seingat ingatan aku yang ingat-ingat lupa nabi Nuh berdakwah selama 900 tahun (kalau salah tolong betulkan). Ikut susunan 25 rasul nabi Nuh adalah rasul yang ke-3 - Adam, Idris, Nuh. Kalau nabi Adam hidup 900 tahun, tempoh dakwah nabi Nuh sebelum banjir besar 900 tahun, kalau campur jumlahnya kurang lebih 2000 tahun. Kalau campur jangka hayat nabi Idris? Itu belum kira lagi jarak antara zaman nabi Adam, Idris, dan Nuh. Kalau campur paling minima pun agaknya lebih 2000 tahun.

Dalam masa lebih 2000 tahun agak-agak peradaban manusia dah sampai tahap mana? Masih dalam gua? Dalam khemah? Dalam pondok? Bercucuk tanam dan memburu kijang?

Zaman sekarang tarikh dikira berdasarkan kelahiran nabi Isa. Sekarang tahun 2012. 2000 tahun dulu manusia naik kuda. Sekarang manusia ada kereta, ada bullet train, ada kapal terbang, ada roket. Di zaman nabi Isa dulu manusia berniaga di pasar-pasar. Sekarang ada sekian banyak mega mall. Shopping online lagi. 2000 tahun dulu manusia bercerita mulut ke mulut, pakai surat, pakai perutusan, pakai merpati. Sekarang ada TV, radio, tablet, internet, uni-fi. 2000 tahun dulu manusia berperang pakai kuda dan pedang. Sekarang pakai kereta kebal dan bom nuklear.

Kalau dalam masa 2000 tahun manusia boleh membangunkan bermacam-macam teknologi dan sistem yang ada sekarang, tak mustahil di zaman nabi Nuh dulu semua ini pernah ada. Tambahan pula nabi Adam lebih jelas dengan kecanggihan di syurga yang mungkin dicerminkan dalam idea generasi selepasnya.

Kemudian peradaban maju zaman nabi Nuh hancur ditelan banjir. Kemudian muncul peradaban baru, sampai masa ada yang musnah ditelan bumi, ada yang musnah diawet lava gunung berapi. Kemudian tamadun kembali ke 0 dan pelan-pelan kayuh lagi dan bina lagi peradaban baru.

Jarak antara nabi Adam sampai nabi Muhammad tak taulah aku nak congak. Entah berapa peradaban yang dah naik turun. Celah mana alien datang transfer teknologi pun aku tak tau.

Aku yakin semua kesan-kesan buatan mengagumkan dulu tu manusia yang buat - piramid, bandar-bandar purba yang sistematik, CD-CD purba yang ditemui di China, malah ada kesan radioaktif di bandar purba Mohenjo Daro yang menjadi kontroversi kewujudan teknologi nuklear pada zaman dahulu.

Penat manusia dulu-dulu bina peradaban, akhirnya alien yang dapat nama. Betullah kata pepatah Arab - Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. Aihh..