Thursday, June 13, 2013

Rahsia Utama Kejayaan Kedai Mamak

Halal?
Kedai Mak Jah kat hujung tu pun halal.
Tapi pelanggan tak banyak macam kedai mamak tu.

Sedap?
Kari, kari, dan kari.
Lagi lagi kari.
Kedai Cik Pah kat seberang tu lagi banyak menu.
Tapi mamak tu jugak yang lebih maju.

Pelayan cun?
Hmm, hemsem?
Tepuk dada tanya selera.
Pelayan kedai tomyam kat sebelah tu cun ape..
Kedai mamak tu jugak yang orang pergi.

Murah?
Sekali makan nasi amik kau tujuh hengget.
Maju juga.

Servis?
Ya.
Tepat sekali.
Servis paling cepat.

Teh tarik satu!
Siap!!
Belum sempat order dah siap.
Sambil tunggu teh tarik yang 'dah siap' layan bola dulu.

Moral?
Berniaga kedai makan jangan lembab.
Hee..

Friday, June 7, 2013

Ulangtahun Perkahwinan Aku Yang Ke-4, Aku...

Gaji baru masuk. Ingat nak bayar utang sana sini tapi kat rumah takde tenet. Tiba Isnin terpaksa amik cuti, budak-budak tak sihat. Hari Selasa, pagi-pagi sampai terus klik klik bayar utang. Selesai, mengadap designer pulak. Tup tap tup tap, gi washroom. Baru nak duduk member sound bos panggil. Super urgent. Adoi, tatot lak. Tak pernah bos ada hal urgent dengan aku.

Knock knock bilik bos (gaya mat saleh kot..). Bos senyum. Sebab aku senyum agaknya. Tapi aku perasan ada yang tak kena. Aku tarik kerusi dan duduk (Lupa pulak bos ada suruh duduk ke tak). Tengok jam, pukul 10.30 pagi.

"I nak you pergi site hari ni jugak. Flight pukul empat... Bla bla bla..."

Gila (cakap dalam ati je, mana berani cakap depan bos kan..). Aku tak maksudkan bos gila tapi bagi aku ni macam kerja gila. Pukul 10.30 tau, tak tau apa-apa pasal projek tu, nak kena buat travel request, amik PPE dan segala macam preparation, ada lebih kurang satu jam kena briefing pasal scope yang nak di'cover', lunch time kena terus balik, amik anak-anak kat taska, balik packing barang-barang sendiri dan anak-anak..

Lastly aku dapat tau kat mana salah dan silap sampai aku yang kena pergi, replacement. Yang pasti bukan salah bos aku. Bukan juga salah designer yang patut pergi. Tapi salah dia / mereka yang buat kerja slow dan cuai. Betul, kadang-kadang orang buat kotor dan kita yang kena bersihkan. Damn (carut mat saleh la pulak..)

Aku call ibu. Nasib baik ibu faham. Dia yang tengah jaga makcik yang kurang sihat lagi nak kena jaga anak-anak aku sepanjang pemergian aku. Adui. Pukul satu dia sampai ofis, bersama makcik yang lupa bawak lampin. Terpaksa singgah dulu kedai cari lampin. Lunch time, biasalah, jalan jammed. Singgah taska amik anak-anak. Sampai rumah, berlari masuk rumah, tak mandi, solat nantilah kat airport, pack brg2. Nak kejar flight pukul 4.

Betul, kelam kabut. Ibu hantar ke KLIA. Lepas tu bawak anak-anak balik Seremban. Bertuah aku dapat mak mertua macam ni. Hee..

Aku tak check-in bag. Terus pergi departure. Dengan beg aku yang hanya 8.5kg - berat total termasuk safety shoe, helmet dansumebendenyertuh. Berat limit 30kg. Macam dah membazir 21.5kg.

Flight transit pulak tu. Adui.. Turun kapal besar, tunggu kapal kecik. Ada la dalam dua jam kot. Sampai hotel pukul 10 lebih. Dalam flight tadi sempat study sikit hapekebendenyer nak di'check' nanti. Esok pagi kena gerak pukul 5.30 pagi. Accomodation atas kapal. Lagi sekali aku , adui... Dan betul sangkaan aku, dalam ratusan personel atas barge aku sorang pompuan.

Dan hari terakhir aku kat atas barge tu adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan incek papa yang ke-4. Adui lagi..

Bila balik ke darat, dapat call Kepo Chan, dia tak nak cakap. Merajuk. Lagi-lagi adui.. Nak pujuk anak-anak la pulak balik nanti, belum lagi nak pujuk bapaknya. Ibu bagitau hari pertama aku pergi si Muhd 6 kali bangun tengah malam cari aku. Huhu..

Jadi kepada mereka yang buat kerja yang ada sangkut-paut dengan hidup orang lain, tolonglah jangan slow dan cuai. Kesannya bukan aku je yang rasa, anak-anak, incek papa, dan paling susah, mak mertua aku yang tiba-tiba kena jadi babysitter yang dalam masa yang sama jaga orang tua, dan segala projeknya tergendala.

Dahlah slow, cuai, boleh pulak perasan bagus, pastu buat pulak undang-undang tak masuk akal - hapuskan travel advance.. Nasib baik awal bulan. Kot hujung bulan aku akan shoot emel "Sorry, I've run out of cash" dan aku wondering apa bos-bos akan buat kat diorang yang slow itu.

Sorry ye kawan-kawan, emo pulak entri kali ni. Adoyai...

Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke-4 aku sendirian pandang api di tengah lautan.

Wednesday, May 29, 2013

Jangan Baca

motif utama? saja nak post entri dari tengah laut. hahaha.. daa..

Thursday, May 23, 2013

Aku dan Kopi

Aku adalah seorang pencinta kopi yang tak pernah merasa kopi Starbucks dan Coffee Bean.
Setakat ini kopi paling sedap aku pernah rasa adalah black coffee Hai Peng, Kemaman. Sekarang ada yang dah siap pek so boleh dinikmati di luar kedai kopi.
Mula-mula buka individual pack, pastu cium (dengan hidung, bukan dengan mulut ye) dulu, letak dalam kole bersama sebatang kulit kayu manis dan tuangkan air yang baru mendidih. Aromanya boleh buat aku senyum. Aku suka letak krimer pekat manis satu sudu kecil. Cukup. Tapi pastikan kopi dan kulit kayu manis telah mengeluarkan aroma secukupnya baru campur krimer.
White coffee? Setakat ni champion untuk white coffee kat tekak aku adalah Tenom White Coffee keluaran Yit Foh. Malangnya aku tak tau kat semenanjung ni kat mana nak dapat. Jadi, kalau ke Sabah atau kawasan sekitar harus beli stok lebih.
Sesekali teringin nak brew sniri tapi nantilah dua orang budak bertuah tu dah besar.

Wednesday, May 22, 2013

Gulai Lomak Cili APi


Nak dimulo'an cerito, den sobonar eh bukan urang nogori semilan pon. Den mula-mulo duduk sini taun duo ribu ompek. Maso tu den kojo kilang yo. Duduk umah flet, menyewo sorang-sorang kek tingkek ompek, ponek jangan dikato, ari-ari turun naik tingkek ompek dongan safety shoe, nasib den idup laei sampai ari ni. Hee.. koliling sumo umah Bangla ngan Nepal yo. Jadi bilo dah lamo duduk kek nogori ni den macam dah beasimilasi dongan adat dan budayo kek sini. Walaupun memulo koliling dongan Bangla ngan Nepal.

Agak eh dah takdir, jodoh an pulak dongan urang Soromban, keturunan Minang. Tibo-tibo pulak akhir-akhir ni den tengok asal lagu loghat nogori yo jadi lagu hit. Kok den dongar lagu-lagu ni sumo memang takdo masaelah den nak paham cumo lagu ayam den lapeh yo den tak paham-paham sampai skang, kono jugak mak mentuo den translate an. Almaklumlah, bahaso Minang..

Yang sobona eh, dongan mukadimah panjang ni den nak kobar an satu bondo yo, den suko rangkap ni dalam lagu yang Waghih nyanyi tu. Haa, ekau dongar den nyanyi ni yo:

"Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dah ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang"

Ayat ni podeh tapi lomak yo raso eh. Macam makan gulai lomak cili padi yo raso eh.

Tapi, walau camano pun, lagu watimang landok totap di ati den.

Wei, gi k lauk nuh!! Mende mung..