Thursday, January 22, 2015

Cable Tag Number

Bulan lepas budak comel itu masuk hospital. Satu minggu.

Lepas satu minggu, balik rumah, internet connection ilek. Syarikat berkenaan janji datang repair seminggu kemudian.

Disebabkan kitorang pakai IPTV jadi dua minggu tak tengok tv. Takde beza sangat pun bagi aku sebab aku bukan selalu dapat tengok tv.

Tapi masalah besar bila dua kanak-kanak riang tak boleh tengok kartun.

Tapi itu bukan cerita pokok di sini.

Ceritanya pasal technician yang ingat orang bodoh.

Menda mukaddimah dah macam satu entri rupanya cerita baru nak mula. Eheh.

Begini ceritanya.

Tiba masa yang dijanjikan si technician itu datang mengenalpasti punca dan dapatlah diketahui bahawa connection port untuk unit kitorang dalam cabinet dalam bilik di tingkat bawah dah ada orang disconnect dan sukasukiati je cucuk cable baru.

Ko pehal.

Eheh, standard ayat bengang gitulah kekdahnya ye dak. Tapi takdelah aku terbercakap sebegitu. Tambahan pula hanya Incek Papa yang berurusan dengan technician itu.

Bla bla bla (cerita dipendekkan) Incek Papa pun mencadangkan setiap cable dilabelkan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku lagi. Dan disertakan harapan supaya mana-mana technician jangan sesukati nak disconnect cable orang.

Tapi technician tu cakap diorang tak labelkan sebab perbuatan tersebut merbahaya.

WHAT!!?? Gaya terkejut ala-ala beruk dramatik gitu..

Ah Beng aaa..

Cable yang berpanas berhujan kat tetengah laut pun suma ada tag number lu tau ka? Dalam cabinet apa cable lu crita tak bleh? Hah? Hah?

Lu tak tau sini mari wa ajar apa macam mau taruk cable marker.

Haiyyaa..

Wednesday, January 21, 2015

Buat Baik Berpada-Pada

Akhir-akhir ini selalu makan luar. Sebab incek papa asyik kena stayback dan aku balik dulu jemput anak-anak riang di taska dan tadika dan lepas maghrib keluar lagi jemput incek papa pula di pejabat. Masak? Memang taklah kalau dah ada tiga budak nak disiapkan sebelum maghrib - nak servis, nak susu, nak gaduh. Belum kira nak kena kemaskan baju-baju kotor, botol susu dan bekas-bekas bekal dari taska dan tadika. Tambah pula yang berstatus bayi itu asyik nak melekap je. Hmm, tapi seronok juga. Kecoh-kecoh layan bebudak. Baru tiga pun kecoh. Kalau enam? Eheh..

Tapi itu bukan cerita pokok.

Ceritanya pasal bila makan kat luar terutamanya kat warung-warung tom yam macam biasa akan ada anak-anak datang minta sedekah, jual ayat seribu dinar, jual 4 qul, jual yasin, awek-awek minta derma palestin, syria, adik-adik yang minta derma untuk sekolah yang tak tau betul wujud ke tidak, dan yang sewaktu dengannya.

Maaf, bukan aku nak menghasut kau, kau , dan kau supaya jangan menderma. Cuma aku sebagai seorang yang skeptik nak berkongsi cara yang lebih baik untuk berbuat baik.

Pertama, anak-anak yang datang minta sedekah dan buat muka kesian. Biasanya mereka bergerak secara berkumpulan walaupun yang datang approach cuma seorang sebab ahli yang lain akan approach orang lain. Ramai yang tau diorang cuma alat untuk orang lain. Nak bagi, nanti akan menyuburkan aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak, tak dibagi, kesian juga takut nanti kanak-kanak tersebut pulang tanpa hasil mungkin kena balun dengan bos diorang.

Jadi apa kata daripada bagi diorang duit, cuba belanja diorang makan. Dan lepas tu (bila-bila senanglah..) sila laporkan pada mana-mana badan macam jabatan kebajikan ke untuk bertindak menyelamatkan anak-anak itu dari terus dieksploitasi.

Kedua, untuk mereka yang datang minta derma untuk Palestin ke, Syria ke, sekolah ke, dengan senyum manis, tanya khabar, dari mana (maksudnya dari group mana yang minta derma tu), lepas tu minta no. akaun bank. Begitu lebih selamat. Menderma melalui bank in online setidak-tidaknya kita tahu kepada siapa kita bersedekah, saluran betul ke tidak, dan sempat lah google dulu aktiviti persatuan diorang, status persatuan dan sebagainya. Mana tau bagi buta-buta rupanya persatuan penyokong militan. Tak pasal-pasal kita menyumbang aktiviti keganasan.

Dan satu hari aku didatangi seorang awek yang minta derma untuk Palestin atas nama sebuah yayasan. Aku tak derma. Aku minta no. akaun. Dia tunjuk kad sukarelawan. Aku tanya lagi no. akaun bank ada tak. Dia cakap boleh tengok facebook yayasan. Jadi aku cuba memahamkan dia yang aku bukan penderma duit masuk tabung tapi aku lebih suka cara online. Dia berlalu.

Semalam aku google nama yayasan tu. Maka terjumpalah laporan itu dan ini, perkaitan di situ dan di sini, laporan akhbar itu dan ini, dapat tahu siapa pengasas, latar belakang dan kaitannya dengan ajaran sesat, modus operandi diorang, eksploitasi kanak-kanak dan remaja sebagai sukarelawan, dan akhirnya membawa ke laman sesawang ini. Bila dah keluar fatwa sudah terang lagi bersuluhlah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-pengharaman-ajaran-azhar-bin-wahab-pengasas-al-mansur-holding-sdn-bhd

Menderma membuta tuli tanpa tahu kepada siapa yang kita derma bukan saja menyuburkan aktiviti sebegini (baca: mengemis) tapi juga membahayakan akidah. Tak sangka kan.

Itulah, buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.

Friday, January 9, 2015

O-On


leng lui fitting baju tadika

Leng lui sudah mampu tinggalkan O-On selama 12 jam. Lama tu.

Kalau dulu-dulu ke mana beliau pergi O-On mesti ada. Tak boleh tinggal.

Pernah satu kali nak balik kampung mama kat Terengganu kena patah balik sebab O-On tertinggal.

Sekarang O-On cuma jadi peneman tidur malam. Penambah perisa sambil hisap jari. Layan..

Oh ya, O-On tu nama manja bantal busuk beliau berupa katak hijau berbulu.

Dan mereka berdua sudah rapat sejak umur leng lui 6 bulan lagi.

Thursday, January 8, 2015

Barang Lama Jangan Dibuang

Tokyo Sky Tree - terhasil selepas bencana gempa bumi dengan magnitud-9.0 yang melanda Jepun beberapa tahun lalu.

Diilhamkan daripada struktur binaan pagoda, dengan struktur tengah sebagai tiang utama yang memasak bumi dikenali sebagai shinbashira untuk 'counterbalance' gelombang seismic dan mengurangkan gegaran di struktur kelilingnya. Bangunan ini dikatakan mampu bertahan terhadap gempa bumi berskala magnitd-8.0 dan mungkin lebih.

Menara kayu tertinggi di Jepun, pagoda Toji Temple setinggi 55M (perbandingan ketinggian: lebih kurang 20 tingkat) masih teguh berdiri sejak tahun 1644.

***

Di Malaysia, rasanya struktur binaan untuk rumah kediaman patut meniru binaan rumah Melayu tradisional - tinggi dan berkaki. Secara tak langsung mungkin boleh mengurangkan jumlah kereta yang  park di tepi jalan yang menyebabkan jalan-jalan di taman perumahan menjadi sempit, sebab bawah rumah boleh jadi porch.

Lagi, dengan rekabentuk yang ada sisip angin dan pembinaannya mengambil kira arah aliran angin serta arah terbit dan terbenam matahari dapat menyamankan rumah dan air-cond mungkin tidak lagi diperlukan.

Lagipun sebagai bumi yang kerap menerima hujan dan kejadian banjir juga kerap berlaku, mungkin boleh mengurangkan skala kemusnahan harta benda.

Tiang seri yang terdapat dalam rumah tradisional Melayu pula apa fungsinya? Mungkin supaya rumah lebih teguh dan mungkin juga prinsipnya sama dengan shinbashira! Itu aku agak je. Hee..

Nenek moyang kita bina rumah dengan rekabentuk yang sebegitu, pasti ada sebabnya.

Tapi sekarang, kenapa dipotong kakinya?

26 Disember

Aku ada seorang kawan lama. Hari lahirnya 26 Disember. Ada sebab aku ingat hari lahirnya. Sebab dia pernah bercerita tentang hari lahirnya yang tak berapa seronok. Sebab pada hari itu dan hari-hari sekitar tarikh itu selalu terjadi musibah yang besar.

Antaranya ribut Greg di Sabah - 26 Disember 1996. Tsunami Acheh dan Pulau Pinang - 26 Disember 2004. Dan baru-baru ini musibah banjir yang melanda banyak negeri di Malaysia dan kemuncaknya sekitar 26 Disember 2014 terutamanya di Kelantan. Oh ya, ribut tropika Jangmi (dikenali sebagai Seniang di Filipina) juga berlaku pada tarikh sekitar 26 Disember tapi sebetulnya mula melanda beberapa bahagian di Filipina pada 28 Disember 2014.

(Jangmi yang pernah diramal oleh NASA sepatutnya melanda Malaysia pada 3 Januari 2015 tapi kemudiannya pada 31 Disember 2014 imej satelit NASA-NOAA Suomi NPP  (diambil pada pagi 30 Disember 2014) menunjukkan terdapat angin (wind shear) sedang melanggar dan memecah-belah kan Jangmi yang dalam perjalanan menuju Malaysia dan melemahkan seterusnya menghapuskan Jangmi dalam masa satu hari. Pheww...)

Dan nama kawan lama aku itu bila diterjemahkan ke bahasa Melayu maksudnya adalah 'PERINGATAN'.

Adakah kebetulan?