Monday, November 19, 2012

Kamu Ibarat Apa?

Gambar yang tiada kaitan dengan entri
 
Lebih kurang 10 tahun lepas, dalam sebuah program ala kem motivasi sebuah kelab kecil, dalam slotapentahakupundahlupa, mungkin mengenali diri ke apentah.

Fasilitator: saya nak kamu semua ibaratkan diri kamu kepada sesuatu yang kamu rasa dapat menggambarkan diri kamu.

Peserta A: Saya ibarat mutiara. Macam mana susah nak dapatkan mutiara, macam tu lah susah nak cari orang macam saya. Bla bla bla..

Peserta B: Saya ibarat matahari sebab bla bla bla...

Peserta C: Saya ibarat intan permata di celah-celah pasir pantai. Bla bla bla...

Wah, dahsyat betul diorang ni. Aku tengok sume ibaratkan itu ini yang nampak sangat sempurna, sangat istimewa, sangat gah, sangat sangat. Tapi masa solat maghrib dan isyak malam tadi aku tengok 2-3 orang je kat surau kem tu termasuk aku. Ramai yang uzur agaknya. Lelaki pun. Ape ke hell?

Tiba turn aku.

Fasilitator: Kamu, giliran kamu.

Aku: Saya ibaratkan diri saya seperti...

Aku: Mmm.. seperti...


Aku: seperti...


Semua orang tiba-tiba diam.


Mata semua pandang aku.


Adui, tiba-tiba gugup pulak aku bila ingatkan pengibaratan diorang yang sangat-sangat dahsyat dan aku biasa-biasa saja.


Fasilitator: Ya? Teruskan. Jangan malu-malu.

Aku: Saya ibarat ..

....


Aku: Durian.

.....

Aku: Ya, saya ibarat durian.


Pecah ketawa diorang.

Cis.


Fasilitator: Ok, cuba awak terangkan (senyum).

Ada yang senyum-senyum kambing

Aku: Durian, tak semua orang suka. Bagi sesetengah orang durian tu busuk. Bagi sesetengah yang lain, durian itu nikmat. Bagi yang tak suka, baunya pun dah tak boleh tahan, bagi yang suka, sampai buat tempoyak. Itulah saya. Tak semua orang suka saya. Ada yang alahan dengan saya. Tapi ada yang betul-betul menikmati lemak manis bersahabat dengan saya, menelan nasihat-nasihat pahit saya, masih suka dengan saya walaupun terluka dengan duri-duri saya.

Dan lepas tu diorang dah tak ketawa dah. Mungkin dalam hati diorang mengakui ketepatan pengibaratan aku sebab ada antara diorang yang biasa telan lawak-lawak sarkastik aku tapi masih tetap setia bersahabat dengan aku.

Dan antara mereka ada yang alahan (allergic) dengan aku.



Sekian sebuah kisah tentang aku di masa lalu.

Wednesday, November 14, 2012

Suami Akan Kelihatan Sangat Seksi Bila...

Gambar : Figura suami yang seksi bersama anak gadisnya


Adui, dah pukul tujuh malam. Nak kena cepat servis budak Tatak Lon (kakak Long) ni. Nasib baik adik dia dah servis petang tadi, baru je lelap tu. Penat dengan operasi kacau mama dia buat kerja siang tadi agaknya.  Dari pagi tadi mula operasi kemas bilik yang dah jadi macam sarang tikus belum selesai.  Operasi lipat kain pun tak sempat nak habiskan.  Itu belum kira operasi mass ironing - gosok baju banyak-banyak konon cukup untuk satu bulan punya stok.  Oh ye, laci yang dah runtuh tu pun tadi dapat repair separuh jalan je.  Ada je iklan dari budak bertuah dua orang tu.  Nasib baik duk rumah mentua, kalau tak lagi banyak benda lain nak dirisaukan, masak, mop lantai, pinggan mangkuk, periuk belanga, cuci tandas, basuh baju (hari asyik hujan pulak tu), dan lagi dan lagi dan lagi. (Maid dah lari pulak tu. *Carut omputih sikit*.)

Selesai servis Tatak Lon, solat, on the way nak ke dapur nak layan Tatak Lon makan ternampak satu pemandangan yang amat menakjubkan (sila bayangkan pergerakan slow motion berkelajuan 3langkah/minit- kelihatan kabus keluar bersama cahaya terang diiringi pelangi dan pari-pari kecil berterbangan riang berlatarkan intro lagu Yuna, Terukir Di Bintang, kelihatan satu lembaga yang bercahaya gemilang sedang....). Oh, seksinya.  Dia sedang gosok baju kerja dia.  Sambil berlalu aku cuba bagi senyuman paling seksi (tapi tak menjadi sebab Tatak Lon dah jerit panggil mama. Muzik latar - intro lagu kabhi kushi kabhi gham tiba-tiba CD sangkut. Erk...)

Betul, suami akan kelihatan sangat seksi bila dia sedang buat kerja rumah.

Thursday, November 8, 2012

Budak Ini






Budak ini:

Umur 2 tahun lebih sudah pandai buka You Tube.
Belum pandai membaca dah tahu macamana nak cari Upin Ipin, ABC, 123, alif ba ta, lagu2 tadika dalam You Tube.
Baru 2 - 3 kali dengar papanya baca al-fatihah dalam solat dah boleh ikut.
Tak diajar pun dah tahu mana satu logo BMW, Honda, Proton, Peugeot.
Bagilah Blackberry ke, Samsung Galaxy S3 ke, Iphone ke, dia tahu mana nak tap kat skrin untuk tengok gambar, mana nak tengok video, mana nak snap foto.

Tapi masih pakai lampin.

Budak sekarang.
Ngeri betul.

Wednesday, November 7, 2012

10 DON'Ts When Organizing A Function

Bulan ni banyak syarikat yang buat hari keluarga dan 'Annual Dinner'. Jadi sebagai panduan bersama terutama untuk komitti penganjur yang bakal mengadakan acara tersebut, sila beri perhatian terhadap nota-nota berikut yang telah disumbangkan oleh 'seseorang' untuk mengelakkan komitti anda dikutuk sehingga tahun depan. Ngeri siot..

*Ops, maaf sebab nota dalam bahasa Inggeris. Original daripada 'orang itu'.

Lesson Learnt:
10 DON'Ts When Organizing A Function - Major Highlights

Function type: Corporate Family Day + Annual Dinner

1-Don't give a bad design t-shirt when some should pay for it to participate.

2-Don't provide incomplete schedule. Many don't know breakfast is served on the 2nd day when the schedule provided only mention the 1st day program.

3-Don't arrive late (committee) when the VIPs arrive on time.

4-Don't ask the VIP to go to the registration table and register and take their lucky draw no. when they already took their seats.

5-Don't let the CEO queue up to register.

6-Don't mess up the lucky draw number.

7-Don't make a food container/shower gel/towel as a lucky draw prize when many of the participants are professional group (This is not kindergarten family day. Foul.)

8-Don't nominate an Egyptian dress as the best dress when the theme is Arabian. To think that Egypt is Arab is like seeing Japanese as Chinese. General knowledge is a must to the selection juries.

9-Don't let the professional paid MC to use his own pocket money as the giveaway because the organizer has run out of prize.

10-Don't be offensive when receive critics upon such a dreadful function.

*Artikel ini tidak bermaksud untuk mendedahkan kelemahan atau memalukan sesiapa. Segala isi yang dipaparkan sekadar panduan untuk dijadikan iktibar kepada mana-mana komitti yang bakal menganjurkan acara tahunan syarikat - kata 'orang itu'.


Tambahan:
Don't reveal the company's name masa mengutuk acara tersebut kerana pihak syarikat tidak ada kena mengena dengan kepincangan acara. Mendedahkan nama syarikat hanya akan memalukan diri sendiri. Huhuhu..

Saturday, November 26, 2011

i'm back...

assalamualaikum.

mm....

mmm...

mmmm....

dah dekat satu tahun tak update blog.  rasa cam malu-malu lak nak memunculkan diri.  bertapa...  hasilnya?  seorang boboiboy dah selamat melihat dunia.  no plat nogori jugak.  heee...  maknanya?  entri mungkin diupdate setahun sekali.

gambar tak sempat nak upload.  kepada kawan-kawan yang mengenali bolehlah berimaginasi berpandukan rupo den dan somi den yo..

ok, nak menggemukkan si boboiboy ni.  ops, lupa, ismuhu Nur Muhammad.