Thursday, December 20, 2012

Akhirnya Dia Pergi

Balik kerja semalam, rasa sangat lega. Tiada lagi muka dia. Setelah dua minggu bersama kitorang, dia dipulangkan. Sebab musababnya terlalu banyak tapi paling utama demi keselamatan anak-anak.

Bab 1.
Dia sangat slow. Selalu lupa tutup lampu, kipas, pintu bilik air, dan paling bahaya gas dapur sebab pakai dapur besar yang macam kat pasar malam tu. Nasib baik dapur kat luar rumah.

Bab 2.
Aku suruh cuci lap tempat periuk nasi dia basuh kaw-kaw dengan kabelnya sekali yang masih terpasang kat tempat periuk nasi tu.

Bab 3.
Aku kat luar jaga budak dia masuk bilik dan tidur siang sedangkan kerja masih banyak yang belum selesai.

Bab 4.
Aku cuci udang kat dapur dengan anak merengek peluk kaki dia syok tengok tv kat luar.

Bab 5.
Kalau tak disuruh buat kerja dia akan tercegat, atau duduk depan tv, atau masuk bilik dan tidur.

Bab 6.
Selalu sangat ulang kesalahan yang sama seolah-olah segala ajaran tidak diproses.

Bab 7.
Anak-anak sangat tak suka dia.

Bab 8.
Dia lipat baju macam roti canai penyek. Lipatan murtabak lagi cantik dari baju yang dia lipat. Baik aku suruh kepochi aku yang lipat, lagi kemas.

Bab 9.
Botol susu dilambakkan dalam periuk kotor yang berminyak dalam singki sedangkan ada tempat khas untuk botol susu kotor.

Bab 10.
Ibu lipat kain, dia sama duduk lipat (gulung, gulung, penyek) kain. Ibu bangun masuk bilik dia pun sama masuk bilik dan tinggal budak-budak main kat depan tanpa ada sesiapa monitor.

Bab 11.
Sapu minyak telon kat celah kelangkang budak masa tukar lampin. Nasib baik aku nampak. Bila ditanya dia cakap "Nggak, saya sapu di sini aja". Sedangkan aku boleh nampak dan rasa minyak kat bikini line budak tu.

Bab 12.
Sidai kain bergentel-gentel, tak tau nak dikibas-kibas dulu kain tu.

Bab 13.
Aku bangun waktu subuh dia bangun waktu dhuha. Aku buat sarapan dan dia makan. Aku layan budak dan dia tengok budak. Aku keliru siapa maid siapa majikan.

Bab 14.
Dia suka termenung.

Bab 15.
Malas nak cakap dah.

Kitorang kesian kat dia sebenarnya sebab kitorang rasa dia mungkin ada masalah mental sikit. Tapi kitorang terpaksa pulangkan dia demi keselamatan anak-anak. Sesekali masa leter anak-anak, ibu ada terdengar dia cakap "Kalau Kak Long degil-degil, nanti autie bawa balik Jakarta". Esh, seram betul pompuan ni.

Inilah antara hasil kerja tangan dia selepas diajar beberapa kali.

Ini juga

Bahagian dalam baju yang dilipat (lipat ke?)

Kalau boleh aku nak bagi cadangan kat pihak yang berkenaan, setiap CALON pembantu rumah atau pekerja asing mesti lulus ujian saringan terutama ujian IQ, EQ dan sahsiah.

Tuesday, December 18, 2012

Siri Cerita Pendek Kepochi: Air Mata Nenek


Nenek dan cucu-cucu bertuah

Kejadian berlaku pada tahun lepas. Kepochi masa tu baru setahun lebih. Belum pandai cakap pun. Nenek duduk menonton drama Korea. Tiba babak sedih nenek pun sama mengalir air mata. Kepochi nampak mata nenek berair. Dia panjat kerusi dan duduk atas riba nenek. Jari kiut dia pegang hujung baju nenek dan lap air mata nenek.

Patutlah nenek sayang cucu nenek walaupun cucu nenek nakal.

Monday, December 17, 2012

7 Kepelikan Dalam Rumahtangga Kami

Ini gambar tangan tuan blog. Inai kurang merah sebab pagi sebelum akad nikah pengantin cuci ikan. Biasalah, pengantin rock, apa ada hal...


7 perkara yang berlaku dalam rumahtangga kami yang mungkin jarang berlaku dalam rumahtangga orang lain pada zaman sekarang;

1-Selalu lupa ulangtahun perkahwinan.
Setiap kali tiba hari ulangtahun, tak pernah ingat. Tapi kitorang cool je, tak kecil hati. Menda dua-dua lupa, buat apa nak kecik ati, sendiri malu ada.

2-Selalu lupa ucap hari lahir.
Bila ada orang lain ucap baru ingat. DOB dah cantik, dua-dua pun sama hari dan tahun, bulan je lain, pun boleh lupa. Apa da..

3-Masing-masing tak pernah bagi dan dapat hadiah birthday daripada spouse
Tapi, emm, bagi kiss pun cukup kan? Kan? Kan?

4-Gurauan poligami.
Bila saya cakap, "Abang kahwin lah sorang lagi", kadang-kadang dia jawab,"Ok". Kadang-kadang dia jawab,"Betul ni?..." Kadang-kadang dia buat dek je sambil layan bola sebab dah boring dengan lawak poligami yang tak kelakar dan kadang-kadang berbau sarkastik. Heee..

5-Puji awek lawa depan bini
Kalau keluar jalan-jalan dan tiba-tiba ada awek cun lalu depan mata, dia dengan selambanya tanya pendapat saya, "Yang, lawa la awek tu. Kan?". Dan jawapan biasa,"Ha ah, Yang tolong pinangkan, nak?" Dialog seterusnya tak dapat dipaparkan sebab ada banyak versi.

6-Gembira duduk rumah mak ayah.
Bahagia betul tinggal sebumbung dengan mak ayah merangkap mertua sampai gaya dah macam nak menetap situ tak nak pindah sampai bila-bila.

7-Belum berbulan madu.
Anak dah dua tapi belum honeymoon. Very de ol skul. Kitorang plan nak berbulan madu bila anak-anak dah besar. Berapa besar tu kitorang belum plan lagi. Sape2 nak save budget boleh buat macam kitorang. Keh keh keh..

Harimau Kecil Pun Kecewa


Di saat gajah-gajah perang menari-nari,

Adik rimau dibuai mimpi,

dan

Kakak rimau layan Upin & Ipin

dengan tenang

kerana

tiada sorakan gol dari Papa Rimau

dan 

Mama Rimau ambil kamera dan snap gambar-gambar harimau yang kecewa.

Meow.. (harimau ni makan whiskas)


*(Entri ni lambat post atas sebab-sebab teknikal)

Thursday, December 13, 2012

mariberkasihsayang.blogspot - blog not found

Maskot rasmi BBC - Tenkorak yang bahagia

Semalam tangan gatal nak tukar setting itu ini, tiba-tiba terasa pulak address mariberkasihsayang.blogspot tu macam complicated, tiba-tiba terfikir nak tukar jadi blogbicaracinta.blogspot, macam lebih senang nak taip dan sebut. Sekali nak redirect address tak dapat.

Jadi kepada kawan-kawan yang semalam nak cuba jenguk BBC tapi dapat notis 'blog not found', ampun tok. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekarang, dengan rasminya diumumkan,

Blog Bicara Cinta aka BBC sudah bertukar alamat daripada mariberkasihsayang.blogspot kepada blogbicaracinta.blogspot.

Harap maklum dan sekali lagi harap maaf, segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Cinta