Wednesday, August 5, 2015

Selamat Hari Lahir - Arjuna Beta



Hari ni budak ini genap umur satu tahun jagung.

Setahun yang lepas budak ini tak sesabor nak keluar.

Masuk labor room lima minit dia dah baa-cak kat nurse tu.

Kat nurse je la sebab doktor tak sempat sampai. Eheh.

Perkembangan setakat hari ni:

Gigi dah ada tiga batang.

Belum pandai jalan tapi dah pandai memanjat.

Tokojut den tengok dia dah kat atas gril tingkap kat kampung itu hari.

Ye, grill tingkap, bukan grill pintu ye tuan-puan. Spiderman betul.

Belum pandai cakap tapi pandai nyanyi.

Belum mula menapak tapi kalau dengar muzik dia berdiri dah terhenjut-henjut. Ni dapat dari sapa entah.

Lepas makan tak reti nak minum air kosong tapi pandai pulak menyirap (minum air sirap).

Apa-apa pun semoga berbahagia dunia akhirat.

Amin.