Monday, September 21, 2015

Kami Anak Malaysia

Bangsa Malaysia berumur 5 tahun.
Bangsa Malaysia berumur 4 tahun.
Pakcik-pakcik, makcik-makcik, to all uncles and aunties also, atok-atok dan nenek-nenek juga, harap jangan sebarkan fahaman songsang dan sempit anda kepada kami.

Maaf, kami tidak mampu membenci sesama kami bangsa Malaysia.

To all the racist and haters, tak malu kat kami ke?




Wednesday, September 16, 2015

Selamat Hari Malaysia

Hari ni jerebu kurang nampaknya.
Tapi bila pandang bawah jerebu lain pulak merimaskan pandangan. Aihh...

Setelah 52 tahun penubuhan Malaysia kita masih bergelut dengan virus perkauman dan barah korupsi.

Hari ni aku kerja. Semoga menyumbang kepada pembangunan  ekonomi negara.

Bukan sekadar menempik dan berteriak.

Bukan juga duduk goyang kaki tunggu derma datang berkepuk-kepuk.

Selamat Hari Malaysia untuk semua warganegara.

Tuesday, September 15, 2015

Lemas


Suasana KL pukul 6.15 petang semalam. BTS lenyap ditelan jerebu.
Hujung minggu itu hari segala aktiviti luar dibatalkan. Plan asal nak bawak kanak-kanak riang bersiar pagi-pagi di taman tasik dan nak mandi pool. Tapi bila nampak jerebu dah macam asap fogging terpaksalah tukar plan.

Dan si leng chai itu kembali kepada aktiviti biasa - pandang aje lah pool tu dari tingkap. Sian...

Thursday, September 10, 2015

Transformasi