Thursday, December 15, 2016

Duit Juta-Juta




Beberapa hari lepas..

Leng chai: Mama, dalam dunia ni ada ke duit ribu-ribu?

Mama: Ada.. Nak buat apa duit ribu-ribu?

Leng chai: Nak naik roket nak tengok planet, boleh tengok Jupiter.

Mama: Nak naik roket duit ribu-ribu tak cukup. Kena ada juta-juta.

Leng chai: Mama draw lah duit juta-juta.

Mama: Nak draw macam mana duit mama dalam bank ada 50 hengget je. Kot ada 2.6 billion boleh lah.

Thursday, December 1, 2016

Penunggu Suis

Budak ini. Selain daripada suka melukis (baca:conteng), beliau suka main suis lampu. Panjat sofa, lepas tu kedengaranlah bunyi suis lampu on off on off.


Sebagai mama yang konon kreatif aku guna pendekatan psikologikonon - aku tampalkan lipas plastik dekat suis lampu. Jadi tak perlulah bersusah payah menggunakan tenaga dan air liur untuk larang budak yang memang takkan makan saman.


Tapi kejayaannya terlalu besar. Sebab selain berjaya membantutkan keinginan budak itu main suis lampu, cara ini juga telah berjaya prank papa budak itu sekali secara tidak sengaja. Keh keh keh.

Ingatkan apa lah terjerit lepas tu panjang istighfarnya. Sori pa, mama tak bermaksud pun nak prank.

Tapi aku tetap gelak guling-guling. Hehe.