Friday, March 31, 2017

KPI Untuk Hari Ini dan Ringkasan Aktiviti Cuti Dua Bulan

Projek jemur tilam satu kaki ni mak dan mak mertua tak boleh tahu 💪

Hari ni hari terakhir berdua-duaan dengan dak kecit nombor empat.

Ikut perancangan hari ni nak berehat dan santai-santai. Rutin harian tetap kena buat lah tapinya. No problem. Tak banyak pun.

Dua bulan cuti bersalin. Minggu pertama dan kedua kat Seremban. Dua hari satu malam duk hospital. Discharged.

Hari ke empat kena warded balik. Sebab klik sini. Empat hari kena tahan. Rasa macam tikus makmal. Alhamdulillah seminggu lepas keluar rasa bertenaga.

Dalam masa dua bulan berjaya tidur siang dengan jayanya masa kat hospital. Memanglah. Dah nama duk spital makan tidur yo lah kojo eh. Terutama hari kena endoscope dan colonoscope (untuk ejaan yang betul sila gugel. Aku belasah je) memang betul berhibernasi.

Kat rumah ada empat hari (kalau tak silap) aku berjaya tidur siang. Tahniah untuk aku. (Sebenarnya tak dirancang. Terlelap sniri. Hee..)

Mengurut sempat satu hari sebab hari kedua dah kena warded. Cakap kat makcik urut tu dah sihat sok nak sambung. Pause dulu. Tapi dah nak habis cuti pun takde nampak tanda-tanda nak resume.

Bertungku sempatlah dua hari. Lain-lain jangan tanya. Bab langgar pantang kali ni aku rasa aku champion. Itu hari Cik Puan Suzi lawa dah pesan jangan buat kerja berat. Ok bos. I tak buat kerja angkat besi. I angkat tilam je untuk jemur. Anak kencing.

Kalau dah pantang sendiri tak ada orang tengok. Amboi. Amboi.
Macam kereta kat highway yang tak ada AES. Amboi. Amboi.

Amboi amboi amboi. Eh..

Alhamdulillah rezeki Allah bagi dak kecit tu sihat walafiat. Ada kena selsema itu hari. Rajin-rajin susukan, rajin-rajin sedut hingus, Alhamdulillah sihat. Kembali tersengih dalam cot.

Bila budak sihat, tinggalkan aje dalam baby cot lepas tu boleh lah buat kerja dengan jayanya.

Projek-projek yang dulu asyik terbengkalai - alter kain dan baju sekolah dak leng lui, jahit baju seluar yang koyak sana sini, mengemas bilik-bilik, sorting barangan yang dah jadi sampah, sorok mainan yang perlu disorok, cuci balik stroller, cuci dapur belakang yang dah macam hutan belukar rupanya, gosok lantai, alih almari, dan lain-lain berjaya diselesaikan. Tahniah lagi sekali.

Lepas ni nak ampai kain, kemas toys, lipat kain, susu, gosok baju, susu, sapu lantai, nak call bank yang itu dan yang lagi satu, susu, nak buat kerja-kerja kerani filing surat-surat dan resit-resit, nak buat breakdown untuk resit-resit anak-anak, susu, nak gulung popia, susu, nak siapkan bahan untuk masak, susu.

Hari ni kerja tak banyak. Jadi sambil-sambil tu bolehlah duduk minum kopi sambil jalan-jalan kat youtube ke, stalk blog orang ke. Amboi amboi amboi (tiba-tiba hari ni lagu ni stuck kat kepala taknak keluar).

Friday, March 17, 2017

I Am Number Four

Posing cenggini hensem ke mama?

Senyum nampak gigi gusi

Aktiviti harian beliau adalah aktiviti normal seorang bayi umur sebulan setengah.

Susu, tidur, membuang, menyengih dan berborak. Sangat sibuk.

Semoga berbahagia dunia akhirat dan dilindungi dari kejahatan segala makhluk.

Thursday, March 16, 2017

Persona. Nah Pasta.



One day I opened my tong beras and I terpesona because there was no beras then I felt like cooking pasta for dinner that night. - Persona. Nah pasta.

Elakkan pembaziran dan kitar semula mana-mana bahan yang boleh dikitar semula.

Dan pagi esoknya ada lagi baki spaghetti dan sup krim kentang. Untuk tidak membazir aku cuba mengolah kembali spaghetti itu menjadi sesuatu yang sedap (boleh kata gitu) yang perisanya bukan mainstream - bukan bolognaise, bukan carbonara, bukan aglio olio.

Pendek kata bukan rasa Itali dan bukan rasa barat (western). Fusion. Lebih kurang. Lebih tepat lagi rasa ampang. Hee..

Bahan asas yang diperlukan cuma bawang putih dan tuna dalam tin.

Sama ada tuna chunk atau flakes, dalam minyak atau dalam air, sukatilah. Cuma jangan guna tuna spread yang dah siap boleh sapu kat sandwich sebab rasanya akan jadi pelik.

Aku guna tuna flakes in olive oil sebab itu je yang sedia ada dan dah dibuka. Sebelum terbiar dalam peti sejuk baiklah aku mengapa-apakan beliau.

Diulangi, elakkan pembaziran dan kitar semula mana-mana bahan yang boleh dikitar semula.

Bahan optional suka hati lah nak letak lobak, brokoli, cendawan, bawang, zaitun jeruk, lada benggala, atau apa-apa sahaja yang berkenan di hati.

Lagi sekali, elakkan pembaziran dan kitar semula mana-mana bahan yang boleh dikitar semula.

Mula-mula tumis bawang putih, kemudian masukkan tuna dan apa-apa bahan optional, kacau dan masukkan spaghetti (atau apa-apa pasta), tabur garam sikit dan tadaa... siap!

Disebabkan sup krim kentang malam sebelum tu ada berbaki jadi aku tuangkan jadi kuah. Kalau tak berkuah pun tak jadi hal. Makan macam tu pun ok je.

Elakkan pembaziran dan kitar semula mana-mana bahan yang boleh dikitar semula.

Lepas tu makan diam-diam jangan sampai jiran kau orang Itali tahu. It might be an insult to them.


Wednesday, March 15, 2017

Tahniah!


Semalam adalah hari yang bersejarah. Seumur hidup aku itulah pertama kali aku berjaya buat kek dan hasilnya ialah kek. Bukan kuih bakar. Tak sia-sia aku melabur kat Lazada beli mixer harga RM45 + RM1.50 caj penghantaran.

Tuesday, March 14, 2017

Penampilan

Zaman bujang (belum kawen dan belum berpacaran) dulu aku selalu keluar sorang-sorang. Shopping sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Tengok wayang sorang-sorang. Sejibik macam kera sumbang. Tapi nikmat being free and easy masa tu adalah sesuatu yang patut dihargai dan disyukuri.

Sebelum keluar buat list dulu. Bukan je list shopping tapi siap buat itinerary. Macamlah nak gi trip jauh-jauh kat tempat yang tak pernah sampai. Nilai - Mid Valley. Jauh sangat. *roll eyes*.

Tapi sesekali bila awek cun yang itu datang lepak kat rumah sewa dapatlah keluar berdua dan melakukan aktiviti berduet yang nampak lebih normal pada pandangan masyarakat.

Keluar dengan awek yang cun pergi mana-mana akan dapat perhatian. Dan perhatian itu sememangnya bukan untuk aku. Masa shopping boleh lah rasa diskriminasi bila salesgirl dan promoter melebihkan awek yang cun itu dan aku seolah-olah halimunan walaupun time bayar duitnya memang keluar dari dompet aku.

Manusia sememangnya tertarik dengan penampilan. Itu normal.

***

Cerita lain.

Adik sepupu aku. Belajar sampai SPM. Lepas tu terus kerja kat bengkel bapak dia. Dulu masa nak beli kereta second hand dia pernah cuba buat loan 10k dengan bank tapi balik dengan muka kecewa dengan kata-kata - "muka macam kita ni security guard pun tak nak pandang".

Lepas bapaknya meninggal dia ambil alih bisnes. Dia pandai berniaga. Macam bapak dia. Perniagaan makin besar. Alhamdulillah.

Itu hari dia beli kereta. Dia bayar 150k downpayment. 280k harga on the road. Cukai jalan saja dah dekat 6k. Insurans 7k.

Dan masa penyerahan kereta tu dia macam biasa memakai pakaian rasminya - baju T, seluar bermuda, selipar jepun.

Kadang-kadang penampilan tidak menggambarkan status ekonomi seseorang.