Zaman bujang (belum kawen dan belum berpacaran) dulu aku selalu keluar sorang-sorang. Shopping sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Tengok wayang sorang-sorang. Sejibik macam kera sumbang. Tapi nikmat being free and easy masa tu adalah sesuatu yang patut dihargai dan disyukuri.
Sebelum keluar buat list dulu. Bukan je list shopping tapi siap buat itinerary. Macamlah nak gi trip jauh-jauh kat tempat yang tak pernah sampai. Nilai - Mid Valley. Jauh sangat. *roll eyes*.
Tapi sesekali bila awek cun yang itu datang lepak kat rumah sewa dapatlah keluar berdua dan melakukan aktiviti berduet yang nampak lebih normal pada pandangan masyarakat.
Keluar dengan awek yang cun pergi mana-mana akan dapat perhatian. Dan perhatian itu sememangnya bukan untuk aku. Masa shopping boleh lah rasa diskriminasi bila salesgirl dan promoter melebihkan awek yang cun itu dan aku seolah-olah halimunan walaupun time bayar duitnya memang keluar dari dompet aku.
Manusia sememangnya tertarik dengan penampilan. Itu normal.
***
Cerita lain.
Adik sepupu aku. Belajar sampai SPM. Lepas tu terus kerja kat bengkel bapak dia. Dulu masa nak beli kereta second hand dia pernah cuba buat loan 10k dengan bank tapi balik dengan muka kecewa dengan kata-kata - "muka macam kita ni security guard pun tak nak pandang".
Lepas bapaknya meninggal dia ambil alih bisnes. Dia pandai berniaga. Macam bapak dia. Perniagaan makin besar. Alhamdulillah.
Itu hari dia beli kereta. Dia bayar 150k downpayment. 280k harga on the road. Cukai jalan saja dah dekat 6k. Insurans 7k.
Dan masa penyerahan kereta tu dia macam biasa memakai pakaian rasminya - baju T, seluar bermuda, selipar jepun.
Kadang-kadang penampilan tidak menggambarkan status ekonomi seseorang.
5 comments:
Tauke xkorek duit. Tauke buat duit. N tauke takde dress code.
Memandang boleh tp jgn cpt menilai ye x. Tp manusia kan boleh berubah 😉
bagus....kaya tapi down to earth. selipar jepun jugak pilihan hati sbb selesa gila hahahaa
Gi mana2 singgah solat senang nk amik wudhuk. Hee..
"Zaman bujang (belum kawen dan belum berpacaran) dulu aku selalu keluar sorang-sorang. Shopping sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Tengok wayang sorang-sorang. " ehh, samalah kita., sekarang pon lebihkurang sama., hahar2
Ha3. Wak bujang senang.
Post a Comment