Monday, February 27, 2017

Perkara yang Patut Anda Lakukan Sebelum Mandikan Bayi

Sebelum memandikan bayi ada beberapa perkara penting yang ramai orang tak buat.

Pertama, lepas buka segala pakaian bayi anda, jangan lupa untuk biarkan lampinnya. Maksudnya jangan buka lampin dia. Jangan gelojoh nak mandikan bayi. Hehe.

Kedua, cium mulut dia. Ada bau masam-masam susu. Ahh... mampu mengaktifkan neuron otak dan merembeskan hormon yang mampu membuatkan anda rasa seronok dan comel dalam masa yang sama.

Ketiga, cium dan sedut bau kat hidung dia. Heaven.. Lebih-lebih lagi waktu pagi.

Keempat, cium ketiak dia. Masa ni lah waktu terbaik nak cium ketiak bayi anda - masa berat dia baru kurang lebih 5kg. Kok dah 50kg esok jangan cuba. Pengsan.

Kelima, cium perut dia. Pure bau bayi. Terbaik.

Keenam, suka hati lah nak cium mana. Selagi ada bau bayi. Sebab haruman jenis ni takkan kekal lama.

Ketujuh, udah-udah lah tu. Budak tu dah sejuk. Gi mandi.

6 comments:

julie shahril said... [Balasan]

makcik husband kita suka bau muntah baby....sedap katanye

cinta said... [Balasan]

Ohoho.. ini rare. Bau yogurt ke bau keju? Hehe.

IK Tia said... [Balasan]

tengah menanti detik tu. hihi

tiga lalat said... [Balasan]

asek cium baby je, mana gmbr selpie babynyerr., (p

cinta said... [Balasan]

Ye ke 😀
Alhamdulillah. Moga semua selamat dan dipermudahkan Allah.

cinta said... [Balasan]

Itu lah wak. Asek cium smpai lupa gmbarnya. Haha.