Wednesday, February 1, 2017

Menakutkan (updated)


Aku penakut jarum. Pengalaman ditusuk jarum dan jahitan-jahitan semalam memang boleh buat aku seriau.

Tapi bil hospital tadi lebih menakutkan.

RM 1k GST. Kata incek papa. Rupa-rupanya incek papa salah tengok bil. Hehe.

Tapi beza bil sebelum GST dan selepas GST adalah 1k. Tengok charge perubatan dan harga ubat semua naik.

Pagi tadi sempat layan berborak dengan aci cleaner hospital. Dengar keluhan dia tentang kos sara hidup. Gaji seorang tukang cuci nak sara hidup dengan lima anak bersekolah.

"Kata sekolah kerajaan free. Mana ada free. Itu bayar ini bayar. Satu worang anak buku yuran juga bayar dua ratus. Kalau lima anak? Ayo.. "- petikan keluhan aci cleaner hospital.

Sana sini cukai. Sana sini harga barang naik. Tadi dapat pulak khabar harga minyak naik.

Tapi dia kata kita rakyat mesti tahu berterima kasih dengan kerajaan.

Ok fine. Terima kasih banyak-banyak.

6 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

salam awak... lamannya tak kemari bertanya kabar..

walau pon rumah sepelaung.. takpernah nak bertemu muka...

awak selamat berehat ya...

dah sihat nanti buleh bersilat .. berkejar .. berlari semula... :)

cinta said... [Balasan]

Wsalam. Wah2.. diam2 join client ye.. (dgr gosip).

Berapa kali intai2 tingkap kak su byk sawang nmpaknya. Bizi nor org. He2.

Tgh berehat betul ni. Baring je kejanya. Itu hari discharge smlm admit blk. Kesian bb kena tinggal kat umah.

Sedih lak takleh nk bf. Sob2..

SuzieLAWAti said... [Balasan]

alahai... takpa la mama... nanti mama sihat buleh sambung BF..

bukan client la... subCon ja.. 😂😂😂..

tu lah.. kot klu terjumpa.. lambai2 tngan ya...

yang kecik ni girl ke Boy..?

nanti buleh lah geng2... sekali dgn anak julie..

cinta said... [Balasan]

Boboiboy lg 😅
Tu lah. Tgu kak julie nyer update 😆

ewanthology said... [Balasan]

kena start belajar berjimat sementara nak tunggu pilihanraya yg akan dtg nnt.

cinta said... [Balasan]

Marilah mari
Mari mengundi
🎶