Tuesday, February 21, 2017

Kari yang Ringkas Tanpa Santan


Bawang merah, bawang putih, halia, biji ketumbar, bunga lawang (satu kelopak je cukup, tak perlu sekuntum), rempah penumis kari (campuran biji sawi, halba, jintan manis), serbuk kari yang dah bancuh dengan air, air asam jawa (tiada dalam gambar).

Kalau suka boleh letak cili kering sekeping.

Bahan-bahan tadi cukup untuk buat kari sebanyak 3 1/4 periuk sebesar (sekecik) sauce pan.

Tumiskan semua bahan sampai naik bau dan bawang nampak perang, lepas tu pes kari tadi kasi terjun dalam periuk. Kacau (takut hangus) sampai pecah minyak.

Lepas tu masukkan ikan (ini adalah kari ikan. Kalau nak buat ayam bezanya cuma guna serbuk kari ayam).

Kacau-kacau kari biar meresap kat ikan.

Lepas tu masukkan air asam jawa dan air. Biar mendidih.

Tada... dah siap. Cukup untuk dua ke tiga orang makan.

8 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Mcm kari mamak...?

Seorang Syed said... [Balasan]

Biasanya letak santan kan? wahh ni boleh cuba nanti ni hehe.

cinta said... [Balasan]

Mcm kari mama 😆

cinta said... [Balasan]

Santan tu versi melayu. Ini versi india. Cuba jgn tak cuba.

tiga lalat said... [Balasan]

sedap tuu kari mak., ;p

cinta said... [Balasan]

Belum cuba dh tahu sedap. Hebat betul wak ×D

Manusia Berubah said... [Balasan]

ikan apa tu ekk...?
selalu dilema nak pilih ikan apa sesuai utk masak kari.. kalau yang kari kepala ikan tu, kepala ikan apa yang sedap..?

wahh.. bnyk plak soalan.. i is innocent..
kahh kahh kahhh..

:p

...

cinta said... [Balasan]

Rasanya ikan merah. Ha nampak - 'rasanya'. I is inesen too. Hahaha.
Belasah je ikan apa. Kalau nak buat kari kepala ikan lagi sedap kalau jenis ikan yg byk isi n lemak.
Kepala salmon pn sedap. Sampai korek n sedut2 mata dia. Mmm..