Sunday, April 30, 2017

Anak yang Bijak


Semua orang nak anak yang bijak.

Tapi ramai tak sedar anak-anak kalau tunjuk kebijaksanaan mereka memang boleh mencabar tahap sabar dan iman ibu bapa.

Jadi kalau doa minta anak yang bijak sila doakan sekali supaya kita sebagai ibu bapa dikurniakan tahap sabar yang tinggi.

Friday, April 28, 2017

Ingat Senang ke Jadi Guru?

Sekarang tengah hot isu murid kena dera.

Lagi orang ramai marah bila kes macam ni berlaku di sekolah aliran agama.

Bagi aku kes ni adalah petunjuk bahawa tinggi ilmu agama belum tentu tinggi kesabaran.

Sabar itu sebahagian daripada iman. Tau. Jadi kalau ada ilmu agama, tahap sabar tak berapa nak tinggi, mungkin mencerminkan tahap iman. Entah. Ukur iman ni bukan kerja kita. Tapi orang yang ada iman kita tengok akhlak pun boleh tahu. Tawadhuknya, sabarnya, etc.

Sekolah biasa mungkin murid-muridnya lagi nakal. Tapi cikgu masih boleh handle. Sebab cikgu-cikgu sekolah kerajaan dah terima latihan perguruan. Mereka dah belajar bagaiman nak jadi guru, nak handle murid, apa yang boleh mereka jangkakan, etc.

Nak mengajar mesti ada ilmu. Bukan setakat ilmu subjek yang nak diajar tapi juga ilmu cara-cara nak mengajar. Cara-cara nak handle anak murid. Pendek kata ilmu perguruan. Lepas tu ada lagi pemantauan Jabatan Pendidikan.

Cikgu (mungkin juga ustaz) sekolah swasta, adakah mereka menerima latihan perguruan macam cikgu-cikgu sekolah kerajaan? Dah tu, siapa yang pantau mereka?

Harap-harap semua tenaga pengajar tak kira sekolah swasta ke, kerajaan ke, aliran agama ke, aliran apa-apalah, harap-harap semuanya dapat latihan dan tauliah untuk mengajar.

Wednesday, April 26, 2017

Menyeksa Jiwa

Ada satu jenis manusia yang nampak baik dan sememangnya mereka ni bukanlah jahat, dan mereka nak dilihat sebagai orang yang baik walaupun tahap baik mereka tak setinggi sangkaan mereka.

Penampilan mereka sememangnya berpenampilan yang baik-baik dan mengikut piawaian.

Tapi mereka ini ada satu jenis disorder - sesuatu yang mereka jangkakan daripada orang lain itu tak dapat mereka berikan kepada orang lain.

Er.. tak faham eh?

Terjemahannya begini - they could not give the same thing that they expect from others.

Mereka nak orang faham kesusahan mereka tapi mereka tak nak faham kesusahan orang lain.

Mereka nak orang anggap mereka baik tapi mereka sendiri berprasangka kat orang lain.

Perasan mulia, perasan amal dah banyak dan bakal jadi asbab mereka masuk syurga. Konfiden betul.

Dah tu mereka ni susah nak ditegur. Cepat terasa.

Aku kalau nak berterus-terang dengan mereka ni fikir dulu sepuluh kali. Akhirnya tak jadi cakap. Kalau jadi pun maksudnya tak kesampaian dek bahasa yang terlalu berlapik.

Pening.

Tuesday, April 25, 2017

Office Superior

Alang-alang dah tua ni tolong lah jadi bijak dan jangan gelojoh.

Entri meroyan di pagi hari.

Boleh abaikan.

Sunday, April 23, 2017

Sukaneka ABCEC 2017

Penyertaan 162 (kalau tak silap) orang murid dari empat cawangan.

Tahniah kepada cikgu-cikgu, pengasuh, staf dan tak lupa pengetua. Anak-anak enjoy. Meriah.

Layan gambar-gambar yang diambil oleh dak leng lui.

Dak leng chai diberi penghormatan membawa bendera negeri Selangor.

Sebelah sini para ibu bapa. Sebelah sinun anak-anak. Di tengah-tengah adalah gelanggang wira-wira berentap.

Stroller jambu tidak mampu menjejaskan kekacakan si kacak.

Budak ni charging lepas penat buat orang penat.

Pagi tadi sampai tengah hari adalah acara sukan tadika.

Balik rumah semua penat. Incek papa masuk ofis. Ada drawing nak disiapkan. Tadi (lebih kurang pukul 11 mlm) baru balik.

Budak-budak yang kepenatan tadi sebelum Isyak semua dah pengsan. Tepat ramalan aku.

Selesai makan malam tiba-tiba semua senyap.

Dapat selesaikan kerja-kerja rumah tanpa iklan daripada anak-anak ni tiba-tiba aku rasa kekok.

Friday, April 21, 2017

24 Jam

Mereka kata semua orang diberikan 24 jam sehari. Semua sama. Cuma cara menguruskan masa yang membuatkan 24 jam itu cukup atau tak.

Tapi dalam masa 24 jam sehari tu tak semua orang ada tugasan yang sama banyak kuantitinya, skalanya, 'urgency'-nya.

Si polan ada 24 jam sehari dan cuma menguruskan diri sendiri.

Si polanah juga ada 24 jam tapi menguruskan 5 orang sehari termasuk diri sendiri. Setiap saat adalah urgent. Setiap minit adalah deadline. Setiap orang yang diuruskannya itu adalah bos dan clientnya.

Jadi 24 jam bagi satu orang adalah tak sama dengan 24 jam orang yang lagi satu.

Monday, April 17, 2017

Alpa

Selepas menyusu atau mengepam susu sila double check baju sebab kes terlupa butang adalah tak mustahil.

Sama tak mustahil dengan kes terlupa zip seluar.

Cuma kalau pakai tudung yang menutupi dada terasa rahmat di situ sebab terlindung daripada aib tanpa sedar.

Mungkin dari segi rekaan fesyen sampin baju melayu juga punya maksud yang sama - sebagai lapisan perlindungan.