Setelah sekian lama akhirnya hari ni berjaya log in. Pinjam pc pejabat. Sementara tunggu incek papa pulang dari menjalani kursus BOSIET (Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training). Petanda tak berapa lama lagi mak cik bakal kembali jadi ibu tinggal. Ibunya tinggal di daratan. Bapanya turun ke laut. Eheh.
Sebelum bercerita lebih lanjut ingin mak cik memohon maaf kerana tidak dapat menyambung leteran-leteran mak cik.
Mula-mula tu bizi bebenor. Bizi tahap nak stalk blog orang pun tak sempat. Kejar project deadline sebab nak bercuti hujung tahun itu hari.
Lepas tu tahun baru dimulakan dengan insiden telefon pintar digigit anak teruna sampai hilang gambarannya. Sampai hari ni tak bertelefon pintar. Bila tak bertelefon pintar memang payahlah nak update blog yang hidupnya semacam segan matinya tak
Dua ke tiga hari telefon yang pintar itu digigit kereta pula dipancung orang. Segala kerugian material ditanggung si pelaku. Claim insuran dia. Itulah, lain kali jangan potong Q ye. Tapi kerugian masa dan tenaga serta hutang budi tetap ditanggung badan.
Eh, dah nak Isyak. Papehal solat dulu. Panjang umur insya Allah mak cik datang berleter lagi.
Daa..
0 comments:
Post a Comment