Tuesday, June 5, 2018

Kadang-kadang Ibu Bapa Lebih Perlu Disekolahkan

Bila kau ada anak, dan mula hantar anak-anak ke taska dan tadika, kau akan jumpa macam-macam jenis ibu bapa. Dari jenis yang biasa-biasa sampailah jenis yang luar biasa. Jenis yang luar biasa ni pulak yang jenis boleh buat cikgu tadika dan pengasuh taska pening kepala.

Pening kepala melayan kerenah anak-anak dah satu hal. Masih boleh handle. Biasa lah budak-budak. Sepuluh budak sepuluh ragamnya.

Pening kepala melayan kerenah ibu bapa yang luar biasa ni memerlukan kesabaran yang lebih tinggi. Jenis yang terlebih cerewet, perfectionist dan tak tahu bertenang. Silap sikit je siaplah kau cikgu tadika dan pengasuh taska. Lebih-lebih lagi si pengetua. Memang kena fire kaw-kaw. Masaklah korang.

Lebih luar biasa bila bukan setakat cikgu, pengasuh dan pengetua yang kena, budak tadika umur empat tahun pun boleh kena dengan ibu bapa jenis ni. Kot anak dia kena cakar ke, kena gigit ke, siaplah dia nak korek nak tahu budak mana yang buat lepas tu nak jumpa budak tu. What?! Kalau setakat nak jumpa cikgu ke pengasuh ke, mak pak budak tu ke, logik la kan. Kau nak jumpa budak tu buat hape? Nak marah dia? Nak gigit dia balik? Budak 4 tahun, kot dia tembak orang pun mahkamah tak boleh gantung mati dia.

Dari satu sudut, ye betul, ibu bapa ada hak untuk komplen. Contohnya pagi-pagi dia bancuh susu untuk anak, letak dalam beg, sampai taska suruh pengasuh bagi anak, alih-alih pengasuh tu lupa. Ok fine, memang salah pengasuh. Atau dia bagi ubat dan pengasuh lupa bagi. Ye, itu salah pengasuh. Tapi tegur la elok-elok. Mana tahu ada prosedur yang kita tak aware, contohnya untuk anak yang ada ubat nak kena tulis pesanan dalam log book ke, lepas tu follow-up dengan pengetua dia, tau la pengetua dia nak kejar pengasuh yang mana satu. Proper la kan. Bukan meroyan dekat group whatsapp. Silap-silap dah terbuka aib sendiri.

Lepas tu kena la ingat, pengasuh tu bukan jaga anak kita sorang. Untuk budak 4 tahun ke atas, kalau tak silap aku nisbah satu pengasuh enam kanak-kanak yang dia jaga. Kau kalau jaga anak sorang pun tak terkejar kan. Ini pulak seramai entah berapa orang. Dah dihadkan tapi ada pulak ibu bapa merayu-rayu nak enrol anak. Akhirnya terima juga. Bukan masalah nak untung lebih. Lagipun bisnes taska tadika ni pun untungnya bukan macam bisnes lain. Kos pengendalian tinggi. Nak letak yuran tinggi-tinggi pun fikir juga kemampuan ekonomi ibu bapa. Dah tu, cikgu-cikgu dan pengasuh pun nak juga merasa naik gaji, sekali sekala nak juga merasa bonus dan benefit lain. Kalau tak ada minat dan kesungguhan bisnes bidang ni memang susah nak survive. Pendek kata bidang ni lebih kepada tanggungjawab sosial.

Kalau anak-anak tu pagi-pagi senang hati ke tadika, jemput balik waktu petang pun gembira (silap-silap tak nak balik), balik dah siap mandi, duk taska makan minum cukup, kencing berak semua ada orang cuci, syukur Alhamdulillah. Dengan yuran lebih kurang RM400 sebulan anak boleh attend formal class (siap pakai certified & high quality syllibus lagi kau) + ada orang jaga makan minum kencing beraknya + bersosial dengan kawan-kawan, syukur lah.

Kau kalau dibayar gaji RM700 ke, RM900 ke, RM1000 ke, kau sanggup kerja 7 pagi sampai 7 malam, jaga makan minum, mandi pakai, cuci kencing cuci muntah cuci berak paling kurang 6 orang anak orang lain? Kerja 8 jam kat ofis buat kerja menghadap pc sambil minum kopi dengan gaji RM3k 4k sebulan bos bagi kerja lebih pun dah berkokok. Kata menda mung?

Bila anak-anak belajar berkawan, fitrah budak-budak, biasa la ada gaduh-gaduh, rebut-rebut, lari sana lompat sini terjatuh sana lebam sini, itu ini. Itu semua pun proses pembelajaran. Bukan setakat buka buku dan belajar A B C 1 2 3. Budak yang pernah rasa sakitnya jatuh akan belajar untuk berhati-hati. Budak yang tahu tak bestnya bergaduh perlahan-lahan akan belajar berdiplomasi. Budak yang pernah mengalami betapa annoyingnya terpaksa berebut akhirnya akan belajar bahawa berkongsi dan win-win itu lebih seronok.

Paling penting, pengalaman-pengalaman ni bila diorang ceritakan kat mak pak diorang, dan mak pak diorang pulak pandai bimbing macam mana nak deal dengan situasi, macam mana nak bersangka baik, bila kena minta maaf, bila kena ucap terima kasih, macam mana nak memaafkan, tang mana nak kena bertegas, akhirnya pengalaman-pengalaman ni membentuk akhlak dan memacu common sense diorang. Dah besar esok masuk dalam masyarakat kemahiran-kemahiran untuk berakhlak dan beradab ni dah jadi jati diri dan insya Allah terhindar dari penyakit hipokrit. Jadi lah mereka manusia berakhlak dan tak menyusahkan masyarakat.

Tapi itulah, dalam sibuk-sibuk ibu bapa nak sekolahkan anak-anak, sebenarnya ibu bapa ni terlebih dahulu perlu disekolahkan. Aku tak la bermaksud tak boleh komplen langsung dengan pihak taska dan tadika. Ada tempat memang kena tegur. Ada tempat memang salah pihak tadika/taska. Tapi cara 'tegur' tu pun kadang jauh lebih salah dari kesalahan yang di'tegur'. Kononnya nak menegur tapi 'tegurannya' dah bersulam dengan buruk sangka dan tuduhan, tambah lagi buka aib orang. Kalau ayat dah pakai banyak '!!!' itu bukan tegur. Itu marah namanya. Marah tu pangkat nafsu paling tinggi. Mu tau dok lagi? Tengah puasa ni bawak-bawak la bersabar.

Sebagai ibu bapa, BELAJAR la untuk redha, bertenang, dan jadi bijak. Itu lebih baik untuk anak-anak. Lebih baik untuk semua orang, dan lebih baik untuk diri sendiri. Dan ye, BELAJAR untuk hargai penat lelah dan kasih sayang cikgu-cikgu tadika dan pengasuh taska. Sebab tak ramai orang ada kemahiran dan boleh bertahan dalam profession ni. Belajar juga untuk bersyukur. Ada orang sanggup jaga dan sayang anak kita itu pun satu bentuk nikmat Allah. (Maka nikmat Allah manakah lagi yang kau dustakan?)

Paling penting belajar la untuk BELAJAR. Bukan sibuk nak mengajar orang di saat diri sendiri yang perlukan ajaran.

0 comments: