Thursday, May 2, 2013

Mama dan KR1M


I have never understood politics before, where people will say what people want
to hear rather than what is the truth. It really is an insult of a persons intelligence.
- Joel Therien of Pureleverage.com.


***


Pada suatu petang, Tucipet panjat meja yang 1.5 kali lebih tinggi daripadanya dan menari-nari tanpa menyedari dia sedang menghampiri sisi meja dan kemungkinan untuk jatuh adalah 95%. Mamanya sedar risiko bahaya tersebut dan bertindak mengangkat dan menurunkan si Tucipet ke bawah dan menghalangnya daripada mengulangi aksi-aksi stunt dan akrobatik. Tucipet tidak puas hati dan menangis, merajuk, dan cuba memberontak. Dia tidak dapat apa yang diingininya tetapi tanpa dia sedar dia terselamat daripada risiko kecederaan yang mungkin bukan ringan (kot kepala jatuh atas simen naya oo..). Dan akibatnya, mamanya adalah musuhnya pada petang itu.


Konklusi? Mamanya bukan politikus. (haha, macam tak relevan).


Eh, wait seminit, lepas tu mama dia bagi roti kr1m kegeramannya sebagai langkah memujuk dan meredakan rajuknya. Dan dia makan dengan gembira. Hmm, sekali sekala politik juga. Ahaks.


Lepas tu Kepo Chan datang dan menuntut bahagiannya. Oh, nasib baik stok roti kr1m itu masih ada. Betul, kalau nak bagi tak boleh bagi satu, sebab yang melihat pun nak juga.

***
Iklan:

Tucipet: (Buang angin tayar pun best juga..Hee..)


Tucipet: Oho, keta tatak Lon nyer alignment dah lari ni.

Kepo Chan: Camane?
Tucipet: Bereh boh! (Alamak, yang ni takleh keluarkan angin da..)

Tucipet: Ok ma'am, mana mau pegi?
Kepo Chan: Jap, posing dulu.

Wednesday, April 24, 2013

Aku Nak Pangkah...

Akhir-akhir ini berita di akhbar agak memeningkan. Perlu segera aktifkan pengesan sampah dalam otak untuk menapis auta yang kononnya fakta. Kadang-kadang terbaca berita (baca: cerita) yang seperti menghina kewarasan berfikir aku (baca: kita) tiba-tiba rasa nak marah. Tambahan bila baca sambil dengar lagu-lagu memujuk. Bila nampak pula semua pihak macam dua kali lima aku jadi kecewa.



Aih.. perlukah aku pangkah pintu jamban?..

Friday, April 19, 2013

Ceramah Pilihanraya Paling Pendek

10 tahun lalu aku pernah jadi calon pilihanraya.

Hanya sekali aku 'berceramah'.

Dengan ucapan sebelas patah perkataan ini:

"Kalau anda rasa saya tak boleh buat kerja, JANGAN undi saya".

Dan aku menang kawasan


...



Umum Siswi.
Hee... (apa, korang ingat aku puteri pink ke ape??)

Terima kasih kepada yang tidak mengundi aku.

Moral : Nak menang undi tak perlu caci maki, mengaibkan orang, tuduh orang sesat, buat fitnah, rasuah dan mengungkit minta dibalas budi.

Selamat mengundi.
Be wise.
Think twice.

Thursday, April 18, 2013

Siri Cerita Pendek Kepochi : Mari Mengeja

Ini cerita lama.


Beberapa bulan lepas.

Atau mungkin tahun lepas.

Aku lupa.

Mungkin semalam aku dah termakan semut yang ke 40 sepanjang hidup aku.

Mungkin.



Kepo chan sudah pandai ABC.

Belum lagi tiga tahun.

Dia dah boleh baca nombor plat kereta.

Dia dah kenal huruf-huruf yang terpapar di signboard.



Bangga mama nya.

Sampai post kat blog yang dah beberapa bulan tak dijenguk.



Alang-alang dah kenal ABC aku berkira-kira nak biasakan dia dengan suku kata.

Maka pada satu hari terjadilah sebuah cerita.



***



Kepo chan belek-belek sebuah buku aktiviti mewarna berilustrasi sayur-sayuran.

Sebuah buku yang dwibahasa - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ada satu gambar cili.

Satu ilham datang untuk aku cuba mengajarkan patah-patah suku kata yang sangat basic lagi senang.

Jari telunjuk aku menunjuk tulisan Bahasa Melayu.



Aku: Si - Ai, Ci, El - Ai, Li. Ciilii..



Kepo chan pandang aku.

Lepas tu pandang buku yang aku pegang.

Jari kenit dan bulat dia menunjuk tulisan Bahasa Inggeris.



Kepo chan: Ci, Ech, Ai, El, El, Ai.


Aku: Yay, pandai. Si, Hesh, Ai, EL, El, Ai... Apa?



Kepo chan: Belacan.



Dan dia bangun dari riba aku sambil ketawa.



Pecah ketawa nenek yang menjadi saksi kejadian.

Monday, April 15, 2013

Entri Pertama Untuk Tahun 2013

Bermula 01.01.2013 aku sangat perasan sibuk.

Hari ini tahap keperasanan sibuk aku berkurangan dan akan mula post entri-entri baru secara konsisten (mungkin tidak..).

Mungkin entri-entri yang menceritakan kehilangan aku selama hampir lima bulan, termasuk hilang di lautan selama dua minggu. Entri tentang penglibatan aku dalam pilihanraya. Semoga sempat aku tulis sebelum tarikh mengundi (kalau dah lepas akan jadi isu basi). Serta beberapa lagi entri yang berguna dan tidak berguna untuk yang tidak berkaitan tapi tetap menambah pengetahuan.

Tapi aku tak janji.

Sebab aku tau banyak halangan untuk menunaikan janji.

Lagipun janji hanya dapat ditepati dengan izin Allah.

Jadi aku rasa aku boleh cakap ini je,

Insya Allah.