Nek Tin (pakai spek, tudung warna kuning air) di sebelah awek cun yang menopang dagu. |
Al-Fatihah buat Nek Tin (Hjh. Entin binti Manap) yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Ramadhan 1431 di Hospital Selayang. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..
Nenek,
Dulu tiap-tiap tahun kitorang mesti balik rumah nenek kat Melaka untuk buka puasa sama-sama. Meriah betul. Lepas tu solat jemaah, lepas tu terbungkang kat ruang tamu sampai nenek nak lalu nak pasang ubat nyamuk pun susah. Tapi nenek tak pernah marah.
Dulu tiap-tiap tahun kitorang balik beraya rumah nenek, kecoh rumah nenek dengan bunyi-bunyi mercun. Pastu kitorang main baling-baling mercun kat pokok durian nenek, pokok rambutan nenek. Tapi nenek tak marah. Nenek cuma geleng kepala.
Dulu kalau kitorang balik rumah nenek, pastu malam kitorang keluar jalan-jalan cari pasal sama-sama kitorang kat bandar Melaka, pastu balik lambat, pun nenek tak pernah marah. Paling tak pun nenek akan cakap, "Hei budak-budak ni.." sambil geleng kepala.
Kalau nenek dengar ni mesti nenek akan cakap, "Bila pulak tiap tahun kamu bukak puasa ngan beraya rumah aku? Baru tahun lepas sekali je."
Eh, iye la nek, saya kan baru tahun lepas kawin ngan cucu nenek. Tapi diorang memang tu la aktiviti tahunan. He he..
Tapi itu dulu. Sekarang nak buka puasa kat rumah nenek pun tak sempat. Awal puasa lagi nenek dah masuk hospital.
Beberapa hari sebelum nenek pergi nenek suruh Mak Long beli kuih untuk atuk kat rumah. Nenek dah lupa ke, atuk dah pergi bulan puasa tahun lepas. Sayang betul nenek kat atuk. Masa atuk ada dulu, tiap kali solat nenek mesti berjemaah dengan atuk. Mana atuk pergi, nenek mesti ada sama.
Apa-apa pun, nenek tetap best. Walaupun baru lima tahun kenal nenek tapi nenek sayang saya macam cucu-cucu dia yang lain.
Sayang nenek..
Selamat berbahagia di negeri abadi. Al-Fatihah..

5 comments:
alfatihah,semoga rohnya di cucuri rahmat.
@j.u.l.i.e
amin..
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat nek tin itteww
@en_me
tima kasih..
Terima kasih buat sume dr, nurse, n warga wad 11C Hospital Selayang.
Post a Comment