Tuesday, August 10, 2010

Cita-cita Saya Nak Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa. Salah Ke?

(Gambor Google)

Ya, itu impian saya - suri rumah sepenuh masa. Salah ke? Adakah berjaya diukur dari sudut kerjaya sahaja? Kalau saya menjadi seorang ketua jabatan sekalipun saya tetap akan memandang diri saya sebagai seorang yang belum berjaya sebab itu bukan cita-cita saya. Saya adalah seorang yang berjaya di pandangan mata saya sekiranya saya berjaya menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya tak kisah apa pandangan orang lain. Masing-masing ada sudut pandangan sendiri.

Adakah 'kerjaya' sebagai seorang suri rumah adalah untuk orang yang tidak berpelajaran tinggi? Ramai juga suri rumah yang saya kenali adalah mereka yang berpelajaran tinggi. Salah ke menjadi suri rumah setelah belajar tinggi-tinggi? (Saya pun takde la belajar tinggi sangat pun. Hee..) Sia-sia ke? Tidak. Wanita yang berpelajaran tinggi akan menjadi suri rumah, isteri, dan ibu yang berkualiti dan menghasilkan anak yang berkualiti, membentuk keluarga yang berkualiti, seterusnya masyarakat yang berkualiti.

Tidak perlu lagi menggaji pengasuh. Asuhan yang terbaik datang daripada ibu sendiri. Setuju? Tidak perlu lagi menghabiskan duit untuk menghantar anak ke kelas tuisyen kalau ibu di rumah sudah cukup untuk mengajarkan mereka subjek-subjek di sekolah. Tidak perlu lagi bersusah payah mencari orang gaji, bayar gaji dan beri latihan.

Tidak perlu lagi berhadapan dengan risiko orang gaji yang tidak amanah. Kurang risiko jenayah kanak-kanak berikutan anak-anak dihantar dan dijemput dari sekolah oleh ibu sendiri. Kurang risiko tekanan. Wanita yang berkerjaya berisiko untuk menghidap tekanan perasaan dalam menghadapi hidup sebagai isteri, ibu dan pekerja. Kurang risiko kesihatan. Wanita berkerjaya selalu mempunyai pola tidur yang kurang teratur, mengantuk dan letih - kerja di tempat kerja, balik rumah buat kerja rumah - terpaksa korbankan waktu tidur untuk membereskan kerja-kerja rumah.

Isteri yang tidak bekerja dapat memberikan perhatian yang lebih kepada suami. Tiada lagi alasan penat di tempat kerja (walaupun kerja di rumah selalunya lebih memenatkan tapi kurang tekanan berikutan diselia dan dilakukan sendiri), mempunyai masa untuk menyiapkan diri, tidak perlu terkejar-kejar ke dapur selepas balik dari kerja, terkejar-kejar menguruskan anak, dengan rupa berserabai mengadap suami di meja makan.

Mungkin ada yang beranggapan saya mensia-siakan potensi? (eh, potensi apa ni?) Pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah (Malu dengan statement ni sebenarnya. Eheh..), 'straight A' itu perkara biasa (Cis, statement berlagak!), kantoi sikit time SPM (Hee, malu..), tiga kali turun naik pentas di hari konvokesyen untuk menerima anugerah-anugerah, menghadiri sesi wawancara di RTM (takleh bagitau sebab apa. Tihihi.. Ngengado..), staf kesayangan (orang cakap la) masa bekerja di sebuah kilang (Mana tak sayang, bos offer post manager, korang caye tak? Time tu aku ingat bos dah hilang akal. Takde kaitan dengan bodek aaa. Haip!).

Jadi, agak-agak bila impian ini akan tercapai? Hmm...

p/s: Kerjaya sebagai suri rumah adalah sangat mencabar sebenarnya.

8 comments:

kicapcuka @ said... [Balasan]

saya stuju.. lebih2 lagi kalau duk rumah dan ber business..
contohnya... jaga baby.. dan buat kek.. mashuk aper..

cinta said... [Balasan]

@kicapcuka
betul3. bukak taska kt umah pn ok gak kn?

Julie Shahril said... [Balasan]

bagus cita2 tu, tp trpulang jugak pada situasi.Sebabnya,perempuan skg rmai yg study tggi2,pastu byk hutang,cthnya hutang ptptn,kalo dpt suami yg mampu tanggung bayarkn hutang,itu kira bertuah,tp kalu suami kita x mampu,trpaksa lah isteri bekeje utk meringankn beban suami,tu blom msuk hutang kereta,rumah la bagai.Jadi suri rumah sepenuh masa adalah impian semua wanita sbb kita dpt didik anak dan jaga suami hasil usaha kita sndiri,tp mcm yg saya ckp tdi, tuntutan ekonomi keluarga kdg2 menyebabkn hasrat tu terbatal.

Hopefully all ur dream will comes true siti!

cinta said... [Balasan]

@j.u.l.i.e
tu la pasal. hu2.. doakan laki den copek kayo yo. hi2.
utang den ngan mara tgl lagi rm150. kwn2 jgn jeles ye.~lalala~

fndrocka said... [Balasan]

WOW...kiranya kau ni berlaliber jugaklah...wawancara RTM tu..

Dah elok sgt utk jadi suri rumah yg berkaliber..harp suaminya juga berkaliber..barulah deserve dpt kau iye tak.inyaAllah.

Aku pun nak jd suri rumah..tak salah kan?

Fndrocka.wordpress.com

cinta said... [Balasan]

@fnd
berkaliber ke? hihihih. ops, jgn bandingkan den dgn suami den yo. kalibernye suami den x nmpak dilihat dgn mata, kena pandang dgn ati. kalo tgk dgn mata mcm langit dgn bumi. ye la, den 1.5m, dio 2m. ki3. pepehal pon beliau adelah sorg yg berani melamar den. hee..

ko kalo jd suri rumah bini ko nk buek apo? Haip..

en_me said... [Balasan]

tetiba teringat citer promlee, 'bibik angkat jemurann.. ' ihihi

cinta said... [Balasan]

@en_me
baik pak incek!!..