|
Cubo ekau toko yang mano satu Nenek Mon? |
Nenek ini ada 13 cucu dan 9 cicit. Umur dalam lingkungan 80.
Kalau keluar rumah dia selalu pakai jubah hitam.
Spek itam adalah satu kewajipan.
Dan celak adalah kemestian.
Dalam majlis tertentu dia akan hadir siap ber
eyeshadow. (
Kellas you...)
Dia suka bahasakan diri dia Emon.
Tapi cucu-cucu yang nakal kadang-kadang panggil dia Kak Mon.
Dia garang. Dia keras kepala. Mulut dia boleh tahan juga, kalau nak cari gaduh boleh ajak dia kot.
Cer try..
Tapi dia baik hati dan pemurah.
Dan macam nenek-nenek lain dia rajin beribadah.
Baca yasin adalah aktiviti harian.
Hidup dia sederhana. Kalau ada anak cucu, saudara mara datang rumahnnya disiapkan nasi dan lauk, mesti balik dengan perut kenyang.
Kadang-kadang jiran-jiran, orang merantau, pun datang mengadu masalah, dan dia berfungsi sebagai YB kawasan.
Dia suka lagu hindustan.
Satu hari satu lagu hindustan berkumandang di radio.
katanya "
Emon nak yo blutut (bluetooth) lagu ni tapi Emon dah tanyo kek kodai, takdo".
Dan cucu-cucu takde sorang pun buka mulut cakap lagu tu boleh di
download.
Pandai betul cucu-cucu menyelamatkan diri. Heheh..
Itulah sedikit cerito tontang nenek den.
Ekau ado?
Hee..