Cubo ekau toko yang mano satu Nenek Mon? |
Kalau keluar rumah dia selalu pakai jubah hitam.
Spek itam adalah satu kewajipan.
Dan celak adalah kemestian.
Dalam majlis tertentu dia akan hadir siap bereyeshadow. (Kellas you...)
Dia suka bahasakan diri dia Emon.
Tapi cucu-cucu yang nakal kadang-kadang panggil dia Kak Mon.
Dia garang. Dia keras kepala. Mulut dia boleh tahan juga, kalau nak cari gaduh boleh ajak dia kot. Cer try..
Tapi dia baik hati dan pemurah.
Dan macam nenek-nenek lain dia rajin beribadah.
Baca yasin adalah aktiviti harian.
Hidup dia sederhana. Kalau ada anak cucu, saudara mara datang rumahnnya disiapkan nasi dan lauk, mesti balik dengan perut kenyang.
Kadang-kadang jiran-jiran, orang merantau, pun datang mengadu masalah, dan dia berfungsi sebagai YB kawasan.
Dia suka lagu hindustan.
Satu hari satu lagu hindustan berkumandang di radio.
katanya "Emon nak yo blutut (bluetooth) lagu ni tapi Emon dah tanyo kek kodai, takdo".
Dan cucu-cucu takde sorang pun buka mulut cakap lagu tu boleh didownload.
Pandai betul cucu-cucu menyelamatkan diri. Heheh..
Itulah sedikit cerito tontang nenek den.
Ekau ado?
Hee..
2 comments:
Umur embah den pun lebih kurang samo tu. tapi cucu nya lagi ramai. berapa? tak yah tanya la, saya pun tak pernah nak kira berapa ramai cucu nya. cicit nya pun dah berbelas.
raya baru ni jumpa embah, kami kena kenalkan diri semula. anak siapa, duduk mana. embah dah sikit-sikit tak ingat kami.
@t.a.t.a
embah minat industan x? boleh geng nek mon. hee..
Post a Comment