Thursday, September 12, 2013

Episod No. .. Err.. Entahlah..


*Stok entri lama yang dah 10 kali delete, 20 kali pikir nak publish ke tak. Hehe.. Layan je lah ye..

Ada orang tanya aku depan-depan (yang tanya belakang aku tak tau) kenapa aku tak sambung belajar. Selalu aku malas nak bercerita panjang aku akan cakap takde rezeki. Dan aku tak tahu apa yang diorang fikir - aku dah malas nak belajar ke, aku dah gatal nak kawen ke, lantak lah.

Jadi sempena aku ada mood nak tulis ni baik aku cerita kat sini je lah ye. Bukan aku tak nak sambung belajar. Aku dah apply pun. Tiga kali. Hah, ko dengar tu, tiga kali aku apply. First time apply dia mintak academic statement masa tu belum keluar lagi, aku bagi je apa yang ada. Sebab masa aku apply tu pun ada lagi 1 semester belum selesai - sem. pendek dua bulan selepas 4 bulan praktikal. Fail.

Takpe, habis belajar aku apply lagi sekali sambil-sambil layang resume sana-sini. Back-up, mana tau tak dapat sambung belajar boleh sambung kerja. Tunggu punya tunggu, follow-up bagai, datang offer kerja. Kerja dulu sambil tunggu offer sambung belajar. Senyap.

Dah berapa bulan kerja ada edu fair dan aku tanya booth Uni yang tempat aku apply dua kali tu dan dia buat muka hairan bin ajaib apesal tak dapat dan suruh aku apply lagi sekali. Ok, aku try lagi. Follow up lah bagai. Senyap lagi.

Oh ye, kali ke-3 ni aku dah ade buah hati (ngehh..) tapi nak juga sambung wey, belum nak kawen lagi. Lastly aku dah tak kuasa dah. Tiga kali aku apply Uni yang sama, course yang sama. Apa? result? Ok, aku cakap, CGPA 3.49. Ha, betul, 3.49. Lagi 0.01 nak dapat 3.5. Ada masalah? Bukan course medic pun. Adui. Kawan-kawan aku 2.7 pun lepas je.

Dan akhirnya aku terima sebagai takdir. Ada hikmahnya. Sekarang aku kerja langsung takde kaitan (eh, ada sikit kot) dengan course yang aku amek dulu. Kalau aku dapat sambung dulu tentu aku sekarang kat tempat lain, bukan kat sini. Dan aku suka hidup aku sekarang.

Betul, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Macam budak kecik mintak nak minum air berkarbonat time perut kosong, tapi parents dia tak bagi, sebaliknya bagi makan nasi. Budak kecik tu ingat air berkarbonat tu yang terbaik time tu tapi tindakan parents dia tak bagi dan ganti dengan nasi yang dia tak suka tu mengakibatkan perut dia berisi tanpa dia sedar dan mengelakkan dia sakit perut kembung sebab minum air berkarbonat kegeramannya.

Betul ke perumpamaan aku ni. Adui, bantai ajelah labu. Pepehal pun, moralnya, jangan persoalkan takdir Allah. Allah tahu apa yang terbaik. Yakin.

Sekian pengajaran untuk aku.

9 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Ya. Setuju. Ada hikmah. Yang penting, kita dah usaha. Selepas itu, hal rezeki adalah hal Tuhan.

SuzieLAWAti said... [Balasan]

setuju perumpaan tu...

sebab tu perut nih... penuh rama2.. asek nak minum air ber karbonat ja..
tak mo makan nasik...

eyhh.. tetiba...

saya yakin takdir Allah dan saya Redha...
ade rahsia di sebaliknya... ade hikmah yang menanti kemudian hari nya.. InshaAllah...

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
betul.

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
betul3..
eh, g makan nasik.

t.a.t.a said... [Balasan]

mak kita pulak cakap kalau perut kosong jangan terus sumbat nasi. minum dulu air kosong atau air suam. tapi dah perut tengah lapar giler, nasi juga la kita kejar.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
o ye ke? takleh terus sumbat nasi ke? baru den tau..

t.a.t.a said... [Balasan]

nak sumbat tu boleh, tapi nanti senak la perut. imagin perut kau penuh angin, pastu kau sumbat nasi tutup kan ia. camne angin tu nak keluar.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
jap nak imagine..
ohoho...seksa oo..

t.a.t.a said... [Balasan]

itu baru imagin, belum lagi alami sebenarnya. rasa macam nak tebuk-tebuk aje perut tu, supaya angin dapat keluar terus.