Tiba-tiba berkata kepada diri sendiri
Lupakan seketikaKerja-kerja yang tak pernah selesai.
Kain baju belum berbasuh belum bersidai
Debu-debu di atas lantai
Pinggan mangkuk periuk kuali dalam singki.
Dan seribu satu lagi rutin yang tak akan ada penghujung, sampai mati
Lupakan. Lupakan. Sekejap sahaja.
Kala makhluk-makhluk kecil itu minta didukung, minta dipeluk, minta dicium,
Peluk dia. Dukung dia. Cium dia.
Dan katakan sayang.
Sementara waktu masih ada..
****
Nampak macam puisi.
Tapi bukan puisi.
Mungkin sipi-sipi
Tiba-tiba terdetik dalam hati.
Selepas terserempak dengan blog ini.
Dan terbaca kisah Ja
Walaupun entri nampak bersahaja.
Tapi aku tak sanggup baca lama-lama
Kalau tak bergenang air di bibir mata.
Simpati dengan nasib yang menimpa.
Kagum dengan jiwa seorang wanita.
Kasih ibu yang membawa ke syurga
Kasihan si kecil yang tak mengerti apa-apa.
Tak pernah merasa pelukan ibunya
Gara-gara kecuaian manusia
Buat Granny Hani aku kirimkan doa
Moga ditabahkan lagi hati dan kuat jiwa
Segunung harapan buat Ja,
Semoga kembali bangkit mencipta bahagia
Demi kun fayakun Allah yang Esa.
Satu hari nanti dua budak ini akan dewasa.. dan akan reti sapu lantai. yay!! |
6 comments:
dah dewasa boleh masak memasak sekali nanti..
the time is and will ticking until the time The Creator told to stop ticking. till then, the world will continue revolving.
@Nizam.Ariff
ya betul tu..
@t.a.t.a
yes..
aik... itu hari dah komen... tak keluar...
ini boleh mendatang kan kemarahan... hahahaa
*lupa dah komen ape tu hari...
@CiKPuaNLawA
ilang ingatan? ehehe..
Post a Comment