Thursday, October 31, 2013

Otak

Aku nak minum tapi tangan aku capai pinggan dan tadah bawah dispenser. Adoi.

Aku buat susu anak. Taruk susu, air panas, air sejuk, bila nak tutup botol rupanya aku tonyohkan penutup flask kat botol susu. Adoi ai..

Itu yang aku ingat. Yang tak ingat ada banyak.

Lepas ni aku bercadang nak minum susu si bulat dan si hensem itu. Moga ganglioksida dapat menghubungkan sel-sel otak aku yang tak bersambung.

Hmm..

Wednesday, October 30, 2013

Aku Nak Juga, Aku Nak Juga..

Pagi ini aku rasa aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar. Ehehek.. Sebabnya pagi tadi aku boleh handle dengan penuh kesabaran tanpa rasa tertekan dengan budak hensem yang meraung-raung menangis moody di pagi hari nak pakai T-shirt superman dan seluar malam tadi yang semua dah kotor dan kena kencing.

Skill menangis genre heavy metal ni sebenarnya baru je develop dalam bulan ni. Juga tabiat memilih baju sendiri, pun baru lagi. Cakap baru nak pandai dah pandai pilih baju. Huh. Kalau baju tak berkenan di hatinya dia takkan pakai dan akan sendiri cari dalam almari sampai jumpa baju yang cantik di matanya. Jadi kadang-kadang tidurnya dengan baju kemeja. Hensem sangat dah. Nasib dia tak mintak mama dia iron dulu. Dan pagi tadi bila mama dia berkeras yang seluar baju yang dia nak pakai tu dah kotor dan busuk dan dia dilarang pakai dia mula melagukan irama-irama besi yang sungguh berat dan mama dia buat dek dan nyanyi lagu-lagu sindiran tahap mild yang dia boleh faham sambil servis kakak Long dia.

Akhirnya dia mengalah secara paksa rela setelah didorong secara halus oleh mamanya untuk mengalah tanpa rasa kalah. Heee.. benda macam ni mama nak kena pandai lebih-lebih lagi dalam situasi taufan di pagi hari..

Akhirnya dia memilih seluar jeans dengan T-shirt sendat gambar patchwork gorila main rugby dengan gembira untuk ke taska. Adoyai... Hensem sangat...

Friday, October 25, 2013

Cerita Gaduh Budak-Budak

Dua budak itu kadang-kadang boleh main dengan aman damai, kadang kala main dengan ribut petir.
Kalau main dalam keadaan aman aku akan jadi manusia paling bahagia. Bahagia yang tak bermakna aku boleh duduk-duduk lepak depan tv tengok bola movie atau lepak online sambil update football fantasy blog atau bersantai-santaian bagai tapi bahagia dalam konteks boleh buat kerja rumah tanpa iklan-iklan mengejut, atau iklan-iklan filem pendek, atau iklan-iklan pop-up.
Jadi bolehlah aku jadi tukang cuci, toilet cleaner, tukang masak, laundry girl atau kadangkala technician atau plumber dengan jayanya. Tapi, memang, iklan harus ada cuma iklan ringan-ringan ala-ala iklan tv al-Hijrah. Tengah cuci toilet ada yang mintak susu mintak milo mintak biskut mintak cium mintak dukung, tengah masak ada pulak yang nak buang air. Tengah goreng ayam dah separuh jalan pulak tu, dan dia buat muka kedut-kedut dengan ayat kesian "Cepatlah mama, dah tak tahan ni..". Tapi takpe, tetap bahagia.. walaupun lepas tu makan malam dengan ayam hangus. Heheh..
Kadang-kadang kesabaran boleh juga tercabar bila dua orang itu main-main dengan cuaca ribut petir. Puncanya kecik tapi dua-dua nak menang dan akan berakhir dengan adegan hujan air mata yang boleh jadi banjir kilat. Lebih-lebih lagi kalau yang hensem itu yang menangis, genre mesti nak rock, meraung-raung dah bunyi macam lagu-lagu koRn yang aku tak faham tang celah mana kemerduannya. Dan darah aku yang aku ingat dah berlagu zapin boleh pulak macam nak ikut tempo bak gitar karan yang mengiringi lagu-lagu yang tak berlagu itu. Aduss..
Tapi bila ribut dah reda budak berdua itu akan main balik macam tak pernah jadi apa-apa sebelum tu. Heran betul aku. Jadi aku akan sangat kagum kalau aku jumpa mana-mana parents yang ada anak-anak yang tak bergaduh. Dan setakat ni aku belum jumpa. Dan seingat aku dulu dulu dulu aku pun macam tu. Ehehee.. Patut ler..

Thursday, October 24, 2013

Gadis Cantik dan Berus Gigi

Masa tu aku masih single dan menyewa di sebuah flat. Selalu juga akak aku yang juga single masa tu datang lepak-lepak. Alhasil, banyak juga barang-barang dia terkumpul di situ. Ubat gigi, berus gigi, kain baju, hatta barangan dalam pun yang kadangkala aku terguna sebab tak tengok dulu sebelum pakai.

Aku ada tabiat suka mengitar semula barang-barang lama dan terpakai. Dengan kata lain aku menggunakan prinsip "Guna Sampai Tak Berguna Lagi". Rak yang selalunya orang akan humban ke tempat pembuangan sampah aku overhaul dan jadi almari kabinet dapur. Kotak rak baju aku kitar semula jadi kitchen bar. Dan paling biasa berus gigi yang dah lama, aku guna untuk berus singki atau celah tile dan ada yang aku guna untuk berus kuku kaki.

Disebabkan akak aku macam dah lama tak datang lepak dan aku tengok berus gigi dia terabai, aku memutuskan bahawa berus gigi itu sudah jadi barangan terpakai dan aku jadikan berus kuku kaki. Letak sikit ubat gigi dan berus kuku kaki sambil menyanyi-nyanyi riang. Oh, dah lama aku tak buat ni semenjak berumahlif.

Satu hari akak aku datang. Dan korang boleh agak cerita seterusnya.. Hehe... Dia berus gigi dia dengan berus gigi yang aku buat berus kuku kaki. Eheheh.., sowi sis, I lupa nak bagitau U..


Nota kaki: Gambar mangsa tak dapat disiarkan. Tapi bolehlah bayangkan rupa dia macam Marsha AF. Bukan aku yang cakap, orang-orang yang pernah tengok dia yang cakap. Motif? Saja nak bagitau aku ada akak yang cantik. Tihihi... Yang akhirnya gosok gigi pakai berus kuku kaki.

Wednesday, October 23, 2013

Muafakat Membawa Berkat

Cara ini pernah aku praktikkan 10 tahun yang lalu. Dalam group kitorang ada 6 ahli tetap. Kadang-kadang bertambah bila ada exile member dari group lain. Walaupun semua ahli mendapat tajaan MARA tapi tetap perlu berjimat.

Waktu makan tengah hari semua orang biasanya tapau nasi dengan satu lauk sahaja. Kitorang makan di bilik hostel. Kumpulkan semua 6 ahli dan kitorang kongsi lauk. Jadi, ada 6 jenis lauk untuk dikongsi.

Masa tengah makan tiba-tiba ada tangan interrupt dalam bekas nasi itu perkara biasa dan kitorang tak kisah, lagipun semua ahli adalah hygenic.

Jadi, kepada siswa-siswi yang nak berjimat, bolehlah cuba cara ini. Cuma pastikan ahli-ahli kongsi makan adalah hygenic dan tak berkira. Betul kata ustaz, rezeki yang disentuh oleh tangan yang banyak itu ada keberkatannya. Berapa peratus penjimatan, kiralah sendiri.

Selamat mencuba.

Monday, October 21, 2013

Lawak Seram Mentua Vs Menantu


Satu hari seorang menantu sedang cuci pinggan dan seorang ibu mertua sedang goreng mihun untuk sarapan. Kemudian lalulah rombongan kereta mayat diiringi lagu-laguan dan pukulan gendang yang membawa seorang jiran yang baru menjadi mendiang beberapa hari lalu terbaring di dalam kereta khas itu.
Dari dalam ibu mertua itu mengucapkan good bye uncle. Dan di meja makan menantunya membuat lawak seram "Nasib baik uncle tu tak jawab . Ok, see you".

Hehehe...

Tuesday, October 1, 2013

Pesanan Luar Biasa Di Restoran

Boleh cuba order..

1- Milo ais kurang harga

2- Teh O ping panas

3- Nan of yor bisnes

4- Roti canai banjir kilat

5- Nan cheese bedebah

6- Teh tarik menarik

Sila create yang seterusnya.