Thursday, October 24, 2013

Gadis Cantik dan Berus Gigi

Masa tu aku masih single dan menyewa di sebuah flat. Selalu juga akak aku yang juga single masa tu datang lepak-lepak. Alhasil, banyak juga barang-barang dia terkumpul di situ. Ubat gigi, berus gigi, kain baju, hatta barangan dalam pun yang kadangkala aku terguna sebab tak tengok dulu sebelum pakai.

Aku ada tabiat suka mengitar semula barang-barang lama dan terpakai. Dengan kata lain aku menggunakan prinsip "Guna Sampai Tak Berguna Lagi". Rak yang selalunya orang akan humban ke tempat pembuangan sampah aku overhaul dan jadi almari kabinet dapur. Kotak rak baju aku kitar semula jadi kitchen bar. Dan paling biasa berus gigi yang dah lama, aku guna untuk berus singki atau celah tile dan ada yang aku guna untuk berus kuku kaki.

Disebabkan akak aku macam dah lama tak datang lepak dan aku tengok berus gigi dia terabai, aku memutuskan bahawa berus gigi itu sudah jadi barangan terpakai dan aku jadikan berus kuku kaki. Letak sikit ubat gigi dan berus kuku kaki sambil menyanyi-nyanyi riang. Oh, dah lama aku tak buat ni semenjak berumahlif.

Satu hari akak aku datang. Dan korang boleh agak cerita seterusnya.. Hehe... Dia berus gigi dia dengan berus gigi yang aku buat berus kuku kaki. Eheheh.., sowi sis, I lupa nak bagitau U..


Nota kaki: Gambar mangsa tak dapat disiarkan. Tapi bolehlah bayangkan rupa dia macam Marsha AF. Bukan aku yang cakap, orang-orang yang pernah tengok dia yang cakap. Motif? Saja nak bagitau aku ada akak yang cantik. Tihihi... Yang akhirnya gosok gigi pakai berus kuku kaki.

9 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Oo.. berus kuku kaki guna ubat gigi ek...
aku selalu guna sabun mandi je .. guna berus sabut pulak tu...

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
ohoho, pedicure kau agk xtreme..

t.a.t.a said... [Balasan]

sama dengan nizam, guna berus sabut. pastu kalau berus macam dah tak kasar sangat, guna untuk berus badan. syiok wei.


eh sis kau tahu tak pasal berus tu?

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
Aku bagitau dia lepas tu dia buat muka takleh blah. Ewww.. Hehe...

t.a.t.a said... [Balasan]

mesti kembang tekak dia.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
tekak aku pn kembang juga. aku lebih tau keadaan kuku kaki aku masa aku berus. kaki baru keluar safety shoe. eww..

t.a.t.a said... [Balasan]

double eww.

triple eww.

liza aziz said... [Balasan]

yer,, akak siti memang cantik. lupa dah nama dia.. adik siti pun,, sape nama ek? alaaaa dah lupe. sedihh :-( --kirim salam semua ye. rindu tiba-tiba,

cinta said... [Balasan]

@liza aziz
tima kaseh... bg pihak si cantik semua. eheh.. nama xnak publish kat sini bole? ngehh..