Friday, October 25, 2013

Cerita Gaduh Budak-Budak

Dua budak itu kadang-kadang boleh main dengan aman damai, kadang kala main dengan ribut petir.
Kalau main dalam keadaan aman aku akan jadi manusia paling bahagia. Bahagia yang tak bermakna aku boleh duduk-duduk lepak depan tv tengok bola movie atau lepak online sambil update football fantasy blog atau bersantai-santaian bagai tapi bahagia dalam konteks boleh buat kerja rumah tanpa iklan-iklan mengejut, atau iklan-iklan filem pendek, atau iklan-iklan pop-up.
Jadi bolehlah aku jadi tukang cuci, toilet cleaner, tukang masak, laundry girl atau kadangkala technician atau plumber dengan jayanya. Tapi, memang, iklan harus ada cuma iklan ringan-ringan ala-ala iklan tv al-Hijrah. Tengah cuci toilet ada yang mintak susu mintak milo mintak biskut mintak cium mintak dukung, tengah masak ada pulak yang nak buang air. Tengah goreng ayam dah separuh jalan pulak tu, dan dia buat muka kedut-kedut dengan ayat kesian "Cepatlah mama, dah tak tahan ni..". Tapi takpe, tetap bahagia.. walaupun lepas tu makan malam dengan ayam hangus. Heheh..
Kadang-kadang kesabaran boleh juga tercabar bila dua orang itu main-main dengan cuaca ribut petir. Puncanya kecik tapi dua-dua nak menang dan akan berakhir dengan adegan hujan air mata yang boleh jadi banjir kilat. Lebih-lebih lagi kalau yang hensem itu yang menangis, genre mesti nak rock, meraung-raung dah bunyi macam lagu-lagu koRn yang aku tak faham tang celah mana kemerduannya. Dan darah aku yang aku ingat dah berlagu zapin boleh pulak macam nak ikut tempo bak gitar karan yang mengiringi lagu-lagu yang tak berlagu itu. Aduss..
Tapi bila ribut dah reda budak berdua itu akan main balik macam tak pernah jadi apa-apa sebelum tu. Heran betul aku. Jadi aku akan sangat kagum kalau aku jumpa mana-mana parents yang ada anak-anak yang tak bergaduh. Dan setakat ni aku belum jumpa. Dan seingat aku dulu dulu dulu aku pun macam tu. Ehehee.. Patut ler..

6 comments:

t.a.t.a said... [Balasan]

sama la ngan kat rumah tu. kalau yang duduk asrama balik, jadi tukang sakat si gundut. aku cuma boleh, "abaang.." dengan suara lembut aje.

paling kurang pun "Abg chichi ngan kacau abg afiq la" or vise versa.

tapi kalau dah tension, jerit aje. jerit² pun muka ai masih tenang.

tak pernah la nak marah giler² sebab bebudak ni. nama pun bebudak. akal masih tahap bebudak lagi.

yang penting sabar dan ikhlas, tenang la hati kita. jangan merungut kalau dia kacau kita buat kerja. sebab once kita merungut, lepas tu kita akan asyik nak merungut dan mesti akan naik marah.

t.a.t.a said... [Balasan]

and lupa nak cakap, marah dan merungut dan seangkatan dengan nya adalah sangat penat, ok.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
Di sinilah gunanya kesabaran.. eheh..

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
tau xpe, sbb tu kdg2 incek papa take over sesi ceramah. kih3..

senyumSOYA said... [Balasan]

hahah.. sakat menyakat... kih3.
terkenang zaman dolu2 =P

cinta said... [Balasan]

@senyumSOYA
tukang sakat ke kena sakat? Haa...