Thursday, February 6, 2014

Sedingin Salju

Dalam Bahasa Melayu ada banyak perkataan pinjam dari bahasa lain yang selalunya disebabkan perkataan-perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang berasal bukan daripada dunia Melayu.

Tiba-tiba tadi terfikir dari mana asal perkataan salji atau salju? Adakah juga pinjaman dari bahasa lain? Kalau bukan, dan itu sememangnya bahasa Melayu, agaknya sejak bilakah perkataan ini mula digunakan? Dan adakah itu bermaksud salji pernah menjadi sebahagian dari dunia Melayu? Heheh, tiba-tiba terbayang duduk di serambi makan nasi lauk kangkung goreng belacan sambil pandang salji turun. Ahaks.

"Eni, angkat kain, salji dah turun..."

Eh, by the way (ceh, tercakap omputih lak) dulu masa duk di sebuah kampung kat Terengganu pernah turun hujan air batu kat kampung tu. Lepas hujan berhenti kitorang adik beradik pergi kutip air batu atas lantai simen di bilik air yang tak berbumbung. Tapi ais tu cepat sangat cair bila dipegang.

5 comments:

Wak Gelas said... [Balasan]

nak lambat cair, letak ais itu dlm petisejuk mak yee.,ehHHee

cinta said... [Balasan]

@Wak Gelas
tu la, sblm smpai peti sejuk ais dah cair..

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Bukan salju tu bahasa Indo ke?

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
Bahasa Indonesia terbentuk slps pembentukan negara Indonesia. Asalnya tetap bahasa Melayu. Mungkin perlu dilihat sebagai slang spt US yang menggunakan bahasa Inggeris tetap menamakannya English tetapi dibezakan dgn label US. itu yg aku faham la..

t.a.t.a said... [Balasan]

@Wak Gelas
Saya pernah baca blonde joke pasal ice. Kenapa depa letak ice dalam fridge? Sebab nak bagi fridge tu sejuk.