Wednesday, March 5, 2014

Aku Rasa Nak Gelak Guling-guling Sambil Menangis


Pagi ni dapat emel ini maknanya sistem baru di sini sudah dilaksanakan.;

"Dear SITI

Referring to your Lateness/Early Leave/Insufficent Hours on 04/03/2014. Kindly state your reason of Lateness/Early Leave/Insufficent Hours for verification.

Please click the link below to update your reason"


Aku klik link tu dan tengok ada insufficient hour selama 41minit dan aku isi kotak alasan. Alasan yang aku isi (setelah diterjemah ke bahasa Melayu); berurusan di bilik air beberapa kali + solat.

Lain kali aku nak tambah lagi yang part solat tu ayat dalam kurungan; dari tingkat 21 turun ambil wuduk di tingkat 20 dan solat di tingkat 19. Keh3.. Kalau nak nampak kurang ajaran sikit tambah ayat dalam kurungan lepas ayat berurusan kat bilik air; rasa sakit perut, masuk toilet, lepas 5 minit mencuba yang keluar hanya kentut - peristiwa berlaku beberapa kali. Erkk...

Aku rasa lepas ni mungkin ada orang yang set KPI baru seperti ini:
"Kurangkan waktu kencing dan berak dan sembahyang"

Aku ramalkan audien kuliah zohor di surau ofis dan bilangan makmum solat jemaah akan berkurang. Jangan pulak ada yang jamak asar dan zohor waktu lunch sudahlah. Dah tu lepas setahun ramai dapat batu karang.

Aku dah agak sistem yang pelik-pelik akan muncul bermula dengan pembatalan sistem waktu anjal itu hari (dibatalkan dengan alasan yang cukup menjengkelkan). Jangan salahkan CEO sebab aku tak rasa ini kerja dia. Ini bukan signature dia. Er, maksud aku signature kerja bukan tandatangan. Jangan salahkan HR juga sebab diorang sebenarnya yang paling kesian. Keh3.. Patutlah HR manager tak tahan lama. Kesian.. Eh, aku kesiankan diorang, entah-entah diorang tengah kesiankan kitorang yang ditinggalkan kat sini. Eheheh..

So, what's next? To install cctv camera at every workstation? Then what? To monitor every activity at every workstation system? Next? To peep into every email account? Aih..

Hahahadoi..

P/S: I guess massive turnover will happen this year. Again.

8 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

ok...kita sama ancestor..
kat tempat aku mula 1april ni....
yeeehaaaaa!!!

t.a.t.a said... [Balasan]

Mak aih. Dahsyat nya tempat kerja korang ni? Seram dengar.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
hehe.. welcome to the club.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
mcm seram kan? tapi aku suka tempat ni. betul.

SuzieLAWAti said... [Balasan]

lepas ni dah takde line internet.. so dah tak boleh nak update blog.... muahahahaaa....

--sakitmakandalamkan...?!--

SuzieLAWAti said... [Balasan]

Chop... mintak maap eyhh tuan tanah..
--ngelat nak reply komen orang--

Nizam..
kita kan satu payung...
ape nak herann...!!!

Ta..
meh ler kerja satu payung dengan kite orang... muahahahhaaa...


cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
nak harap update kat umah mmg taklah. keh3..

aih..

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
sila, sila. tima kasih tlg memeriahkan ruang komen. kih3..