Sunday, February 28, 2016

لا إله إلا الله

So you don't dare to read the Quran?
Well, I'm quoting from the Bible then.

*****

Hear, O Israel: The Lord our God is one Lord
(Deutronomy 6:4)

And Jesus said unto him, Why callest thou me good? there is none good but one, that is, God.
(Mark 10:18)

And the scribe said unto him, Well, Master, thou hast said the truth: for there is one God; and there is none other but he:
(Mark 12:32)

And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord:
(Mark 12:29)

And Jesus said unto him, Why callest thou me good? none is good, save one, that is, God.
(Luke 18:20)

As concerning therefore the eating of those things that are offered in sacrifice unto idols, we know that an idol is nothing in the world, and that there is none other God but one.
(1Corinthians 8:4)

Now a mediator is not a mediator of one, but God is one.
(Galatians 3:20)


Tuesday, February 23, 2016

Tahun Baru Cina di Tadika

kelas si leng lui dengan cikgu kelas

kelas si leng chai.

Amoi a, ini lu punya olen ka?
amoi: aya, malu la..

Gambar-gambar sambutan tahun baru cina di tadika si leng chai dan leng lui itu.

Tiada seorang pun pelajar Cina atau cikgu Cina di cawangan ini.

Tapi sambutan meriah macam hari raya.

Cawangan lain ada pelajar dan cikgu Cina yang rasanya kalau aku jadi diorang akan rasa macam semua orang celebrate aku. Heheh.

Kalau lalu depan tadika cawangan sini ramai yang keliru ingat ini tadika Cina.

FYI puan pengusaha tadika ini adalah seorang peguam syarie bangsa Melayu.

Semoga kita terus harmoni dan hormat menghormati.

Monday, February 22, 2016

Why Did He Cry? (video update)





Chapter no. 89 al-Fajr (the dawn)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

1-By the day breaks

2-And ten nights

3-And the even and the odds

4-And the night as it recedes

5-Is there in it oath for a rational person?

6-Have you not seen how your Lord dealt with Aad?

7-Erum (the city of Aad) of the high buildings.

8-The like of which was never created in the land.

9- And Thamood, those who carved the rock in the valley.

10-And Pharoah of the stakes (big buildings)

11-Those who committed excessive in the land.

12-And spread much corruption therein.

13-So your Lord poured down upon them a scourge of punishment

14-Your Lord is surely on the lookout.

15-As for man, whenever his Lord tests him, and honors him, and prospers him, he says, "My Lord has honored me".

16-But whenever He Tests him, and restricts his livelihood for him, he says"My Lord has insulted me".

17-Not at all. While you do not honor the orphan.

18-And you do not urge the feeding of the poor,

19-And you devour inheritance with all greed.

20-And you love wealth with immense love.

21-No-when the earth is leveled, pounded, and crushed.

22-And your Lord comes, with the angels, row after row.

23-And on that Day, Hell is brought forward. On that Day, man will remember, but how wil remembrance avail him?

24-He will say," If only I had forwarded (the good deeds) for my life"

25-On that Day, none will punish as He punishes.

26-And none will shackle as He shackles.

27-But as for you, O peaceful soul.

28-Return to your Lord, pleased and accepted.

29-Enter among My servants.

30-Enter My paradise.

****

Still wonder why did he cry?

What about have a copy of the holy Quran

and

read.

;)

Doesn't matter what you believe.

But please throw your prejudice away before reading it.

Thursday, February 18, 2016

Cerita Aku dan Bangla

Sekarang tengah hot isu Bangla. Sebagai seorang yang konon trending nak jugalah aku kongsi cerita.

Mungkin boleh menambah pengetahuan. Boleh jadi juga sebagai provokasi pemikiran. Atau paling tidak sebagai bahan bacaan ringan sambil-sambil tunggu tren dan makan kacang.

Tambahan pula dulu dulu dulu hidup aku memang bergelumang dengan Bangla. Sampai hari ni aku boleh ingat lagi diorang - Farouq yang selalu bagi aku pinjam basikal, Kalam yang dah buka workshop kat Bangladesh, Maksudur yang bertemu jodoh dengan Indon, Babul Miah, Nur Islam dan Joydeb. Lain-lain dia kenal aku tapi aku tak kenal diorang.

Cerita aku dengan Bangla aku nak kongsi dek rasa terhina bila rakyat tempatan dituduh oleh pak menteri sebagai pemalas, tak nak buat kerja-kerja kotor dan bahaya, memilih kerja sebab nak kerja yang selesa dalam bilik yang nyaman.

Ok, betul, mungkin ada segelintir rakyat tempatan yang menepati kriteria yang dilabelkan. Tapi kalau yang segelintir tu dijadikan kayu ukur mana aci. Kalau ada statistik nak juga tau segelintir golongan pemalas tu ada ke sampai 1.5 juta.

Atau mungkin diorang yang buat tuduhan tu terbayang-bayang biasan diri sendiri? Heh.

Meh aku nak cerita aku yang dulu-dulu buat kerja kotor, pergi kerja berhimpit dalam van dengan Bangla, buat kerja bergelumang dengan coolant dan minyak, balik kerja pukul 12 tengah malam, dengan gaji lebih kurang sama dangan gaji Bangla masa tu.

Gaji diorang sekarang? 3K baq hang... Aku tengok dalam surat permohonan sebuah syarikat pembinaan yang nampaknya dah tersebar. Aku kerja dekat sepuluh tahun baru dapat gaji macam tu.

Dulu dulu dulu dulu aku buat kerja-kerja fabricate besi-besi pakai lathe machine, pakai milling machine, pakai grinding machine sampai akhirnya kat kilang tu aku jadi caretaker untuk sebuah grinding machine yang besarnya dah macam bot.

Pagi-pagi heret safety boot pergi kerja, sampai awal, dan buka shutter door secara manual sebab controlnya dah tak berfungsi. Shutter door kilang tak macam pintu kedai, kau pergi kawasan industri tengok berapa besar. Berjelir jugaklah nak buka. Tambah-tambah di bulan puasa. Tapi takpe, masa tu tulang besi urat dawai. Adeh..

Tengah hari jalan kaki lagi balik solat sebab kat kilang takde tempat solat, menapak lagi di tengah panas.

Tapi lepas tiga bulan bos promote aku suruh buat design sebab designer lama dah kena pecat. Merasa la buat kerja kat bilik aircond. Tup tap tup tap sebulan siap 5 design kot (lupa lak berapa) stamping tool dan lulus production test dengan jayanya. Hnghh bangga la pulak. Sebab time tu sebenarnya aku praktikal je. Keh3.. Dan kemudian bos bagi aku testimonial yang sungguh buat semua geng-geng jeles sebab testimonial yang sungguh luar biasa. Ok dah nak menjurus ke riak pulak dah.

Ha nampak, kerja keras dibayar elaun praktikal 300 ke 400 (ntah lupa lagi...). Je. 400 je. Lepas bayar sewa rumah berapa lah sangat yang tinggal. Hidup berjimat sebab tak gemar minta duit dengan mak bapak.

Kerja dengan ketiak berpeluh sepanjang masa, deodoran pun memang tak boleh tolong lagi dah, bau dah macam kambing, menapak setiap hari di tengah terik matahari di tengah hari dengan but berat dan dibayar 400 dan aku bagi kualiti tip top. Siapa kata local tak boleh celen Bangla?

Habis belajar aku kerja kilang lagi. Ofis dalam kabin dengan keyboard penuh gris. Vernier Caliper sentiasa di sisi. Keluar masuk workshop ukur itu ini. Masuk kabin lukis itu ini, set spec itu ini, order barang itu ini, call supplier, kejar vendor, kena marah. Eh eh..biasa..

Kerja kilang biasa lah, semua kerja urgent.

Kat kilang tu banyak Bangla terutama bahagian Production. Department aku ada sorang kawan Bangla. Kat situ walaupun aku dah tak sentuh lathe dan milling machine tapi hari-hari mesti pegang minyak. Uniform aku dengan uniform Bangla sama je. Agaknya kalau masa tu aku tak bertudung mungkin ada yang datang offer aku IC. Heheh.

Kadang gi jenguk mesin blowing yang masa tu memang berisiko sebab masa aku ukur cavity mold tu kalau lah mesin tu ada glitch di mana-mana atau operator Bangla tu lupa nak off memang dah arwah lah aku kat situ.

Ha nampak, kerja bahaya, aku mewakili orang local, pun boleh buat. Kata menda mung?

Oh ye, mesin tu dah makan orang lepas aku berhenti kerja situ. Adus..

Pergi kerja naik van yang kalau tengok dari luar macam nak roboh dah, bersesak dalam. Naik lori memang tak payah cakap lah. Memang dah selalu. Jalan kaki hari-hari ulang-alik dari plant 1 ke plant 3 yang jaraknya selang 2 plant di tengah-tengah panas sebab aku tak reti bawak moto. ngehh... Tapi kalau nak cepat aku merempit pakai basikal Bangla tu. Hehe.

Masa tu menyewa sorang-sorang di flat yang sungguh international - penuh dengan Bangla dan Nepal. Lepas setahun dapat housemate pindah rumah teres. Betul-betul depan gate rumah adalah hostel Bangla. Masa tu hidup aku diselubungi Bangla aku rasa. Ohh..

Sekarang tukar industri - jadi orang minyak pulak.

Tapi bila pergi platform, pun penuh je orang local buat kerja kotor dan merbahaya. Kot bagi Bangla buat kerja kat platform aku tak tau berapa target LTI yang munasabah.

Sekarang pun hari-hari aku buat kerja kotor - basuh berak anak. Ada lagi - tadah muntah anak, sedut kahak anak, cuci lantai yang kena kencing kena berak, datang kerja dengan hingus anak melekat kat baju.

Kau yang menuduh dan perasan bagus sangat tu - kau mampu?

Ah sudahlah.

Wednesday, February 17, 2016

Interest

Al-Baqarah:275
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

 Al-Baqarah:276
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

 Al-Baqarah:278
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

 Al-Baqarah:279
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

 'Āli `Imrān:130
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

 An-Nisā':161
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Tuesday, February 16, 2016

Imported Minteri Boleh Ka?

Bukan screenshot aku

Pagi kirija jadi minteri, malam kirija kilang karpet, hujung minggu kirija potong rumput.
#3kirija.
-Dato Mujibur (Minteri Jhabatan Chukay)

恭喜发财

Ini bukan bom. Harap maklum.
Kelas Art and Craft minggu lepas si leng chai itu belajar buat mercun.

Er.. replika.

Kat bahagian bawah mercun ada amaran jangan main mercun, merbahaya.

Konsepnya sama dengan amaran di kotak rokok.

Monday, February 15, 2016

Cuti-cuti Bajet

Balik kampung satu minggu macam-macam boleh buat.

Main dengan kucing Ki. Nama dia Roy. Nama penuh Bo-Roy.

Main dengan ayam, itik, angsa, dan kambing.

Main kejar-kejar dengan ombak.

Main dengan sepupu-sepapat.

Pusing-pusing naik basikal sampai tertidur.

Pergi kenduri ada persembahan tomoi dan dikir barat.

Semua aktiviti adalah percuma dan GST free.


Friday, February 5, 2016

Lawak

Buat lawak dengan budak-budak walaupun macam tak kelakar tapi diorang gelak tak ingat dunia.

Buat lawak dengan orang dewasa rasa macam dah kelakar tapi ketawanya setakat heh heh lepas tu boleh pulak cakap

idea kelakar tu ada tapi punchline tak kena.

Thursday, February 4, 2016

Gampang

Kita bercerita tentang sambal tumis ikan bilis yang kalau dicampur petai rasanya bertambah umph.

Tiba-tiba diorang kata kita sedang menafikan kesedapan sambal tumis konvensional.

Apa masalahnya diorang ni sebenarnya?

Masalah dalam mengenalpasti atau mengklasifikasi atau memang saja suka-suka nak buat orang rasa annoying atau nak cuba tunjuk pandai tapi malas nak meneliti atau memang jenis suka terjun buat konklusi tanpa menganalisis ke hape hah?

Eh eh marah. Eheh.

Memang ada jugaklah rasa nak marah kalau berdiskusi dengan orang-orang macam ni.

Sebab terpaksa berdebat pasal isu yang bukan setakat tak penting tapi lari tajuk walaupun nampak macam berkait.

Berdebat pasal isu yang sebenarnya sama-sama sependapat tapi dipaksa debat seolah-olah diorang pro-tajukrekasniri dan buat macam kita pembangkang yang tak boleh terima kenyataan.

Patut tak kena carut?

Wednesday, February 3, 2016

We Demand Your Apology

Kepada ahkak pemandu viva yang baru pagi ni ada cium bontot inspira putih no. plat nogori kat AKLEH sila tinggalkan jejak ahkak kat sini.

Tuan punya keta berenti tepi lepas tol tapi ahkak lari ye.

Tuan keta naik hangin sebab ahkak bawak keta kalut.

Tapi ahkak jangan takut.

Kitorang nak berkenalan.

Mungkin ada ilmu baru yang kita boleh kongsi.

Ps: we don't want to display your plate no here

Tuesday, February 2, 2016

Petai


Balik kenduri santai-santai di Ipoh, naik Cameron Highland jap.

On the way turun ke Tapah sempat tapau petai yang hijau menggoda di tepi-tepi jalan.

Balik rumah dua budaktakretidiam ni ntah apa kena berkenan benar dengan petai mintak nak tolong mamanya kopek petai.

Lepas dua minit diorang surrender.

Huh.