Thursday, February 4, 2016

Gampang

Kita bercerita tentang sambal tumis ikan bilis yang kalau dicampur petai rasanya bertambah umph.

Tiba-tiba diorang kata kita sedang menafikan kesedapan sambal tumis konvensional.

Apa masalahnya diorang ni sebenarnya?

Masalah dalam mengenalpasti atau mengklasifikasi atau memang saja suka-suka nak buat orang rasa annoying atau nak cuba tunjuk pandai tapi malas nak meneliti atau memang jenis suka terjun buat konklusi tanpa menganalisis ke hape hah?

Eh eh marah. Eheh.

Memang ada jugaklah rasa nak marah kalau berdiskusi dengan orang-orang macam ni.

Sebab terpaksa berdebat pasal isu yang bukan setakat tak penting tapi lari tajuk walaupun nampak macam berkait.

Berdebat pasal isu yang sebenarnya sama-sama sependapat tapi dipaksa debat seolah-olah diorang pro-tajukrekasniri dan buat macam kita pembangkang yang tak boleh terima kenyataan.

Patut tak kena carut?

1 comments:

cinta said... [Balasan]

Tett...
Dua2 salah.
Citer sambal tumis ikan bilis.
Boleh cuba lg lain kali.
Hehe bai.