Thursday, February 18, 2016

Cerita Aku dan Bangla

Sekarang tengah hot isu Bangla. Sebagai seorang yang konon trending nak jugalah aku kongsi cerita.

Mungkin boleh menambah pengetahuan. Boleh jadi juga sebagai provokasi pemikiran. Atau paling tidak sebagai bahan bacaan ringan sambil-sambil tunggu tren dan makan kacang.

Tambahan pula dulu dulu dulu hidup aku memang bergelumang dengan Bangla. Sampai hari ni aku boleh ingat lagi diorang - Farouq yang selalu bagi aku pinjam basikal, Kalam yang dah buka workshop kat Bangladesh, Maksudur yang bertemu jodoh dengan Indon, Babul Miah, Nur Islam dan Joydeb. Lain-lain dia kenal aku tapi aku tak kenal diorang.

Cerita aku dengan Bangla aku nak kongsi dek rasa terhina bila rakyat tempatan dituduh oleh pak menteri sebagai pemalas, tak nak buat kerja-kerja kotor dan bahaya, memilih kerja sebab nak kerja yang selesa dalam bilik yang nyaman.

Ok, betul, mungkin ada segelintir rakyat tempatan yang menepati kriteria yang dilabelkan. Tapi kalau yang segelintir tu dijadikan kayu ukur mana aci. Kalau ada statistik nak juga tau segelintir golongan pemalas tu ada ke sampai 1.5 juta.

Atau mungkin diorang yang buat tuduhan tu terbayang-bayang biasan diri sendiri? Heh.

Meh aku nak cerita aku yang dulu-dulu buat kerja kotor, pergi kerja berhimpit dalam van dengan Bangla, buat kerja bergelumang dengan coolant dan minyak, balik kerja pukul 12 tengah malam, dengan gaji lebih kurang sama dangan gaji Bangla masa tu.

Gaji diorang sekarang? 3K baq hang... Aku tengok dalam surat permohonan sebuah syarikat pembinaan yang nampaknya dah tersebar. Aku kerja dekat sepuluh tahun baru dapat gaji macam tu.

Dulu dulu dulu dulu aku buat kerja-kerja fabricate besi-besi pakai lathe machine, pakai milling machine, pakai grinding machine sampai akhirnya kat kilang tu aku jadi caretaker untuk sebuah grinding machine yang besarnya dah macam bot.

Pagi-pagi heret safety boot pergi kerja, sampai awal, dan buka shutter door secara manual sebab controlnya dah tak berfungsi. Shutter door kilang tak macam pintu kedai, kau pergi kawasan industri tengok berapa besar. Berjelir jugaklah nak buka. Tambah-tambah di bulan puasa. Tapi takpe, masa tu tulang besi urat dawai. Adeh..

Tengah hari jalan kaki lagi balik solat sebab kat kilang takde tempat solat, menapak lagi di tengah panas.

Tapi lepas tiga bulan bos promote aku suruh buat design sebab designer lama dah kena pecat. Merasa la buat kerja kat bilik aircond. Tup tap tup tap sebulan siap 5 design kot (lupa lak berapa) stamping tool dan lulus production test dengan jayanya. Hnghh bangga la pulak. Sebab time tu sebenarnya aku praktikal je. Keh3.. Dan kemudian bos bagi aku testimonial yang sungguh buat semua geng-geng jeles sebab testimonial yang sungguh luar biasa. Ok dah nak menjurus ke riak pulak dah.

Ha nampak, kerja keras dibayar elaun praktikal 300 ke 400 (ntah lupa lagi...). Je. 400 je. Lepas bayar sewa rumah berapa lah sangat yang tinggal. Hidup berjimat sebab tak gemar minta duit dengan mak bapak.

Kerja dengan ketiak berpeluh sepanjang masa, deodoran pun memang tak boleh tolong lagi dah, bau dah macam kambing, menapak setiap hari di tengah terik matahari di tengah hari dengan but berat dan dibayar 400 dan aku bagi kualiti tip top. Siapa kata local tak boleh celen Bangla?

Habis belajar aku kerja kilang lagi. Ofis dalam kabin dengan keyboard penuh gris. Vernier Caliper sentiasa di sisi. Keluar masuk workshop ukur itu ini. Masuk kabin lukis itu ini, set spec itu ini, order barang itu ini, call supplier, kejar vendor, kena marah. Eh eh..biasa..

Kerja kilang biasa lah, semua kerja urgent.

Kat kilang tu banyak Bangla terutama bahagian Production. Department aku ada sorang kawan Bangla. Kat situ walaupun aku dah tak sentuh lathe dan milling machine tapi hari-hari mesti pegang minyak. Uniform aku dengan uniform Bangla sama je. Agaknya kalau masa tu aku tak bertudung mungkin ada yang datang offer aku IC. Heheh.

Kadang gi jenguk mesin blowing yang masa tu memang berisiko sebab masa aku ukur cavity mold tu kalau lah mesin tu ada glitch di mana-mana atau operator Bangla tu lupa nak off memang dah arwah lah aku kat situ.

Ha nampak, kerja bahaya, aku mewakili orang local, pun boleh buat. Kata menda mung?

Oh ye, mesin tu dah makan orang lepas aku berhenti kerja situ. Adus..

Pergi kerja naik van yang kalau tengok dari luar macam nak roboh dah, bersesak dalam. Naik lori memang tak payah cakap lah. Memang dah selalu. Jalan kaki hari-hari ulang-alik dari plant 1 ke plant 3 yang jaraknya selang 2 plant di tengah-tengah panas sebab aku tak reti bawak moto. ngehh... Tapi kalau nak cepat aku merempit pakai basikal Bangla tu. Hehe.

Masa tu menyewa sorang-sorang di flat yang sungguh international - penuh dengan Bangla dan Nepal. Lepas setahun dapat housemate pindah rumah teres. Betul-betul depan gate rumah adalah hostel Bangla. Masa tu hidup aku diselubungi Bangla aku rasa. Ohh..

Sekarang tukar industri - jadi orang minyak pulak.

Tapi bila pergi platform, pun penuh je orang local buat kerja kotor dan merbahaya. Kot bagi Bangla buat kerja kat platform aku tak tau berapa target LTI yang munasabah.

Sekarang pun hari-hari aku buat kerja kotor - basuh berak anak. Ada lagi - tadah muntah anak, sedut kahak anak, cuci lantai yang kena kencing kena berak, datang kerja dengan hingus anak melekat kat baju.

Kau yang menuduh dan perasan bagus sangat tu - kau mampu?

Ah sudahlah.

6 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Ehh...kerja aku laagii bahaya...
Sambung ekor beruang...

cinta said... [Balasan]

Kau bukan Bangla kan? Kan?

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Bangla kulit kuning langsat....aku ni

Julie Shahril said... [Balasan]

dasat juga puan siti ni kerja dulu2 yer..
kagum saya..

cinta said... [Balasan]

Mmg dasat berkecimpung dgn Bangla nih kak Julie. Kih3.

cinta said... [Balasan]

Soalan kenapa tu byk potential answer.

Allahu a'lam