Thursday, December 1, 2016

Penunggu Suis

Budak ini. Selain daripada suka melukis (baca:conteng), beliau suka main suis lampu. Panjat sofa, lepas tu kedengaranlah bunyi suis lampu on off on off.


Sebagai mama yang konon kreatif aku guna pendekatan psikologikonon - aku tampalkan lipas plastik dekat suis lampu. Jadi tak perlulah bersusah payah menggunakan tenaga dan air liur untuk larang budak yang memang takkan makan saman.


Tapi kejayaannya terlalu besar. Sebab selain berjaya membantutkan keinginan budak itu main suis lampu, cara ini juga telah berjaya prank papa budak itu sekali secara tidak sengaja. Keh keh keh.

Ingatkan apa lah terjerit lepas tu panjang istighfarnya. Sori pa, mama tak bermaksud pun nak prank.

Tapi aku tetap gelak guling-guling. Hehe.

4 comments:

cinta said... [Balasan]

Hahaha. Incek papa dh berhijrah. Sbb tu istighfar pjg. Klau dulu mau lipas tu dipanggil b*b*.

ewanthology said... [Balasan]

boleh tahan kreatif langkah pencegahan tu

cinta said... [Balasan]

Nak copy silakan. Tiada hakcipta. Hehe..

Wak Lat said... [Balasan]

bagus letak lipas plastik ni dlm bilik tidur dkt suiz mlm jumaat saja ye mkcik., amvoiiii - ehh?