Wednesday, January 25, 2017

Mama, tadi kakak nampak ...

Satu hari dak leng lui masuk bilik dengan muka serius - bercakap dengan matanya bulat.

Katanya,

"Mama, kakak (bukan nama sebenar) nak bagitau sesuatu. Tadi kan kat sekolah cikgu ada cakap, lelaki dengan perempuan tak boleh pegang-pegang tangan, tak boleh peluk-peluk."

Aku tunggu lagi cerita dia. Dia sambung,

"Mama tau tak tadi kakak nampak apa?"

Aku tiba-tiba tak sedap hati. Entah apa benda yang dia nampak. Benda yang tak patut dia tengok ke, maksiat ke, etc. Maklumlah dah sekolah besar sikit, takutlah dia ada terserempak apa-apa pemandangan yang tak diingini.

"Mama tau tadi kakak nampak budak kembar yang sekolah sama kakak masa tadika dulu rupanyan sekarang sekolah sama dengan kakak. Tapi tak tau lah kelas mana."

Haha. Cerita nombor satu dan nombor dua tak ada kaitan rupanya.




Wednesday, January 18, 2017

Get Well Soon..


Budak yang baju belang tu hari ni dah hari ke lima demam. Hari ni juga dah tiga hari tak pergi sekolah. Demam panas dan batuk teruk. Pagi tadi menangis sebab tak nak duk rumah. Nak sekolah katanya.

Walaupun demam tiap-tiap hari bangun pagi tak payah kejut. Tak disuruh mandi pun baru masuk azan subuh dia dah siap mandi.

Lepas tu beria-ia galas beg sekolah. Bila kata dia kena duk rumah muka dah moyok semacam.

Kesian pulak tengok budak yang suka sekolah tak dapat pergi sekolah.

Almasalahnya telan antibiotik je dia muntah. Rugi je makanan dan ubat lain semua keluar balik.

Baru tadi papanya lagi sekali bawa pergi klinik yang sama tapi doktor lain. Doktor tu tengok prescription doktor sebelum ni. Tinggi dos antibiotik yang doktor sebelum ni bagi katanya. Ler.. agaknya itu punca budak tu asyik muntah nak telan.

Harap-harap lepas ni cepatlah baik.




Friday, January 13, 2017

Masa Berlalu

Leng lui dan leng chai tiga tahun lepas. Outing dengan atuknya. Ini teknik atuknya supaya dua budak ni tak lari sana sini.

Leng lui tiga minggu lepas.

Sekejap je. Tup tup dah besar. Kalau masa diorang kecik-kecik jarang dipeluk jarang dicium bersedialah untuk rasa menyesal. Masa memang cepat berlalu.


Thursday, January 12, 2017

Tutorial di Kolam Renang

Malam tadi, lebih kurang pukul sebelas malam, aku keluar ampai kain baju di beranda.

Lepas beberapa minit aku perasan macam ada orang bagi tutorial kat bawah.

Aku jenguk kolam renang di bawah. Aku syak orang asing. Malam-malam begini selalunya diorang gemar beriadah (baca: bersidai) kat taman sebelah kolam tu.

Tapi malam ni aku tak nampak pulak diorang. Yang aku nampak seorang lelaki tempatan dengan anaknya berdiri di tepi kolam renang.

Lelaki tu pegang joran. Rupa-rupanya dia sedang bagi tutorial cara-cara baling mata pancing.

Tutorial memancing di kolam renang. Agak-agak apa lah yang bakal melekat di mata pancing tu.

Tuesday, January 10, 2017

Azam Tahun Baru yang Gagal

"Tahun baru ni aku berazam untuk tidak membuat azam tahun baru"

Azam untuk tidak berazam. Berazam juga namanya.


Monday, January 9, 2017

Apa Jadi Kalau Budak Tiga Tahun Masuk Kelas

Gambar dicilok dari fb tadika.
Budak tiga tahun kalau masuk kelas macam ni lah.

Siap ada charger atas meja. Rasa-rasa bateri dah kurang boleh cas sambil buat kerja.

Klau charger habis bekalan kuasa boleh minta dengan cikgu - "Nak susu".

Nampaknya cikgunya pun mesti cukup bertenaga.

Lagi, cikgu mesti pandai menterjemah juga. Terjemahkan bahasa yang tak pernah diajar di mana-mana. Bahasa yang pelbagai dalam satu kelas.

Friday, January 6, 2017

Kos Persekolahan

1) Anak no. 1 darjah 1:

Uniform x 4 set + kasut sekolah x 2 pasang + baju sukan sekolah x 2 : rm 433 (lebih kurang)
Pendaftaran sekolah agama: rm 186
Pendaftaran sekolah kebangsaan: rm 89
Pembelian buku sekolah kebangsaan: 89
Yuran pengangkutan bulanan: rm 60
Yuran transit bulanan: rm 180

2) Anak no. 2 tadika kelas 6 tahun:

Yuran enrolment semester 1: rm 700
Yuran bulanan (tadika+daycare): rm 375 (selepas diskaun)
Yuran bulanan kelas Iqra: rm 70

3) Anak no. 3 tadika kelas 3 tahun:
Yuran enrolment semester 1: rm 600
Yuran bulanan (tadika+daycare): rm 400
Uniform x 1 set: rm 50.
Baju sukan x 1 set: percuma.

4) Anak no. 4:
Eh, belum keluar lagi.

*Jumlah besar: rm 3232 (sapu peluh di dahi).

*Perbelanjaan sekadar yang benar-benar perlu dengan bajet yang sangat ketat. Tiada sebarang pembelian beg sekolah, uniform baharu untuk anak no. 2 dan alat tulis baharu. Walau bagaimana pun, perbelanjaan sebenar mungkin lebih daripada jumlah yang tertera. Sekadar panduan untuk ibu bapa yang ada anak nak masuk sekolah tahun depan untuk mula merancang dan menabung.

Harap membantu.


Sunday, January 1, 2017

Berita Terakhir Tahun 2016 Untuk Aku

Siang tadi jumpa puan doktor bidan. Dak leng chai itu pun sama ikut. Macam biasa dia tanya banyak soalan kat doktor tu.

Dia pegang alat ukur tekanan darah, picit-picit pam dia dan dia tanya ini apa. Dia angkat ketiak dia picit-picit pam tu dan dia tanya lagi ini macam perfume ke?

Macam biasa juga puan doktor sabar pulak melayan soalannya yang macam-macam walaupun kadang soalannya tak masuk akal.

Dia nampak stetoskop (harap-harap aku eja dengan betul) dia tanya itu apa. Puan doktor sambil scan adik dia yang masih lepak dalam perut mama bagi jawapan dengan sungguh memuaskan.

Aku menyampuk - stetoskop ye bukan teleskop.

Sebabnya aku tiba-tiba teringat beberapa hari sebelum tu dia pernah cakap kalau takde duit juta-juta nak naik roket nak tengok planet belilah teleskop boleh juga tengok planet.

Lepas tu dia bercerita kat doktor tu pasal planet itu ini siap buat model saturn.

Aku tengok puan doktor rajin pulak melayan dia sambil sibuk terangkan keadaan penghuni dalam perut.

Mungkin sebab dia yang sambut dak leng chai masa mula-mula dia menjenguk dunia.

Dan akhirnya aku dapat tahu kawan sekolah puan doktor ada bekerja dengan NASA dan terlibat dengan projek eksplorasi marikh. Puan doktor naik teruja melayan dak leng chai bercerita pasal planet. Mungkin sebab aku patient terakhir jadi puan doktor pun macam tak kisah nak berlama-lama melayan budak banyak cerita ni.

Leng chai kat sekolah masa cuti sekolah

Cuti sekolah pun ada kelas. Hehe..

Tapi hasilnya tadi aku baru tahu ada rakyat Malaysia yang terlibat dengan eksplorasi angkasa.

Siapa dia? Boleh klik SINI